Assalammualaikum...
Hari Sabtu lepas ada kawan aku call kata ada kenduri aqiqah dengan sambutan birthday mak dia. Masa tu matahari dah naik atas kepala dah tapi aku tak bangun lagi. (kepada bakal mak mertua....nanti dah kahwin dengan anak mak saya tak buat macam ini lagi...lepas subuh tak tidur lagi, ye..=p).
Masa tu aku baru bangun dapatlah panggilan telefon daripada Eqe. Aku tak tahulah aku mimpi apa aku ingat kenduri tu hari sabtu. So, dengan gigihnya aku bersiap dan suruh adik aku hantar kereta. Siap ajak Effa lagi suruh teman aku. Masing-masing stok lapar so gigihlah bersiap pergi ke Taman Impian Putra.
Dah selamat sampai tanpa sesat bagai, sekali sampai rumah dia tengok macam tak ada benda je. Aku cakap dengan Effa,
Aku: Eh, takkan kenduri dah habis. Alamat betul dah.
Effa: Ke kenduri esok?
Aku: Erk, betul ke aku dengar hari ini? Aku rasa aku dengar hari ini. Tak apalah jom masuk.
Aku: Assalammualaikum...
Mak Eqe: Waalaikumussalam. Eh, masuklah.
Mak dia pun panggil Eqe.
Eqe dengan muka blur tengok aku.
Eqe: Eh, kenapa kau datang hari ini.
Aku: (dah start tergelak terguling-guling padahal cover malu)
Maka, bersama-samalah kami tergelak terguling-guling.
Macam manalah boleh salah faham.
So, kami pun borak-borak sekejap lepas tu keluar dari sana. Aku rasa seumur hidup aku, aku pernah dengar orang salah jemputan baru first time kena batang hidung sendiri. Nasib baiklah rumah Eqe mahunya kalau rumah membe tak rapat...pergh, tak payah pakai blusher dah muka. Dah natural muka jadi macam ala-ala awek korea walaupun mata besar gilo.
Masuk dalam kereta, aku dengan Effa berpandangan. (Saja nak buat ayat novel)
Tiba-tiba mentol lampu bernyala ala-ala cerita kartun Walt Disney.
Aku: Jom, Cyberjaya! Makan nasi Arab.
Effa: Jom!
Maka bermulalah perjalanan tidak dirancang kami.
Setelah beberapa minit maka sampailah kami ke Saba Restoran Cyberjaya. Dari segi harga dekat sini lebih murah daripada Al-Diafah Sri Petaling. Tapi kalau untuk student macam kami datang satu semester sekali boleh la.
Kami pilih untuk duduk di luar untuk menikmati udara yang nyaman. (Skema gila ayat. Padahal duduk luar sebab tak nak rasa sesak)
Pesanan kami. Kalau perut macam aku ni pun kena makan bershare. Kalau perut lagi kecil boleh share tiga orang kut.
Order kami ialah Roasted Chicken with rice. Kalau datang dengan family biasa aku order Kabsa rice with chicken. Tapi tiba-tiba rasa nak makan yang lain pula.
Okeh. Perut sudah kenyang. Maka bermulalah acara untuk berposing.
Meneruskan perjalanan. Tadi masa nak cari restoran kami terpandang sign board Tasik Cyberjaya. Maka kami pun segera mencari jalan untuk ke sana.
Taman Tasik Cyberjaya
Tempat dia lawa sangat. Aku yang duduk kat KL pun tak pernah jejak kaki ke sini.
Ini bukan step menari ya kawan-kawan. Tapi step untuk turun dari bukit.
Bateri kamera pula telah kong pada saat-saat kami sedang syok bergambar. Maka henpon murah kesayangan aku tiba-tiba menjadi sangat berguna bagi sesi penggambaran seterusnya.
Sedang syok-syok berjalan ternampak pak cik jual ais krim. Mata pun menjadi bersinar-sinar. dengan segera kami mendapatkan aiskrim. aku tahu mulut aku agak over. Sila abaikan.
Pose yang agak jarang aku buat. Effa lah nie suruh aku wat peace. Okeh peace kawan-kawan
Pukul 8 pagi pun boleh 8 malam pun boleh.
Maka, dengan ini kerja gila kami tercapai. Haruslah terbang seperti lagu bawaku terbang.
Gambar terakhir bagi kerja gila kami pada hari ini. Demikianlah laporan untuk hydrogenbond semoga bertemu lagi di lain masa. Sekian, terima kasih.