Pages

Tuesday, December 28, 2010

Tiada Jodoh Antara Kita..

Dua tahun yang lepas, aku bertemu dengannya. Kata orang Cinta Pertama sukar untuk dilupakan...Ya, memang betul aku akui perkara itu. Aku jatuh cinta pandang pertama terhadapnya. Siang dan malam dialah menjadi tempat untuk aku bergembira, bersedih...aku cuba lakukan yang terbaik untuk membanggakannya. Hanya kerana cinta yang tulus dan ikhlas aku padanya.


Namun, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya. Aku redha dengan kententuan ini. Walaupun kini aku bukan lagi miliknya, kenangan antara kami tidak mungkin akan aku lupakan...kerana aku sedar ini bukan silap aku atau dia tetapi orang ketiga yang hadir di antara kami. Aku tidak akan sesekali lupakan cinta pertama ku ini. Aku tidak pernah membencikannya. Aku ingin sentiasa melihat dia gembira.


Selamat Tinggal KOSASS....K6 here i come...

p/s: Benar kata orang, Cinta pertama sukar untuk dilupakan.....





Friday, December 17, 2010

Muhasabah CINTA

Muhasabah Cinta


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu


Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu



Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


Wednesday, December 15, 2010

High School Musical atau Hogwarts???

Assalammualaikum.....

Erm, pernah tak sesiapa antara kita yang pernah teringin nak sekolah macam kat bawah ini....

Atau nak sekolah macam Harry Potter?


Apa?? Tak nak?? Mesti tipu kan. Aku pasti bila korang tengok movie nie korang mesti teringin kan nak sekolah macam tu? Tak ada tension-tension. Nyanyi-nyanyi dan lepak-lepak. Tapi possible ke??? Ha...di sinilah aku nak kongsikan satu kisah benar. Baru ni aku baca novel negeri 5 menara. Kalimat yang selalu disebut "Man Jadda Wajada- siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan mendapat hasilnya." Kalimat yang biasa menjadi luar biasa apabila kita merenung dan mengahayati definisinya.

Pondok Madani atau nama sebenarnya Pondok Modern Darussalam Gontor terletak di Jawa Timur. Sebuah pondok yang aku kira buka pondok biasa tetapi pondok yang luar biasa yang melahirkan ummah yang berguna untuk dunia dan akhirat.

Di PM mereka tidak diberikan ijazah atau ikan tetapi mereka memberikan ilmu dan kail. Di setiap halaman novel ni pasti ada kata-kata hikmat. Mereka memberi ilmu dengan ikhlas maka mereka perlu mendapatkan ilmu degan iklas. Dengan prinsip inilah para pelajar PM dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.

Di pondok mereka hanya belajar al-Quran?? Langsung tidak tepat. Bahasa utama yang perlu mereka tuturkan di pondok ini ialah Inggeris dan Arab. Setiap minggu kena sediakan teks pidato bahasa inggeris dan arab. Wat pidato? Iyer, pidato in ENGLISH n ARABIC. Jika terkeluar bahasa Indonesia pasti akan dihadapkan ke mahkamah PM. Kokurikulum setiap hari, ya!!

Kain pelekat hanya dibenarkan untuk waktu solat. Waktu tidur pun kain pelekat tidak dibenarkan.

Kini, para pelajar lepasan PM berada di seluruh dunia. Penulisnya sendiri a.Fuadi merupakan bekas wartawan yang pernah melaporkan berita secara langsung ketika serangan 11 September dari Pentagon, White House dan Capitol Hill. Beliau berjaya mendapatkan biasiswa untuk menyambung pelajarannya di George Washington University dan University Of London selepas menamatkan pengajian di PM.

Negeri 5 Menara- bagaimana lima sahabat ini berjaya di setiap negara yang mewakili setiap menara itu. Bagaimana pelajar-pelajar lepasan pondok berjaya di negara barat? Tidak mempunyai ijazah bukan halangan untuk merealisasikan impian mereka.

So, kawan-kawan apa lagi. cepat pergi cari buku ni. Hanya RM 20.00 dan boleh didapati di kedai buku berhampiran.


p/s: time kasih pada kak fathanah yang promote buku nie..=)
maklumat lanjut pasal PM atau N5M tanya pak cik google k...

Wednesday, December 1, 2010

Jom, Buli junior!!!!

Assalammualaikum....

Haha..radikal sangat ke ayat di atas tu..biasalah dah jadi senior kenalah buli junior...barulah orang kata kau hebat! superman! bla bla bla...okeh dah cukup bebel satu ayat. Jom Tengok gambar-gambar yang diambil masa gerak ilmu kimia 10/11. First time jadi fasilitator bergandingan dengan sam! bes2...jom usha!!

Baru aku sedar gambar ni gegar...haha..watever!!

Fasilitators
Ida, hanis n ayat! Pure chemist rulez!!!
Aku tak tahan tengok orang tisu ni hias tisu ni. Terdiam aku tengok masa dia hias.
Ayat buat part time domestic engineering!!hee=p
Prof. Dr. Siti Khalijah: Timb. dekan akademik fakulti sains
Juniors.
Sesi pengenalan dengan para fasilitator.
Fasilitator lelaki.
Fasilitator wanita...=)


Group Ida
Group Hanis
Group aku...hehe



Ida tutup telinga takut ada belon meletup.Huhu
Nak posing pun ida sempat tutup telinga..hahaha..
Junior kena ambil tandatangan sesama mereka di belon tersebut.


Acara Pemberian Hadiah

The future chemists!!!!!

Wednesday, November 24, 2010

Ayuh, Kita Beraya!

Assalammualaikum.....

Hehe....aku bukan nak update gambar raya aidiladha yek. Gambar tu pun ada tapi rasanya upload gambar aidilfitri dululah walaupun aku tahu dah basi sikit. Hehe.....rasa rugi pula tak masuk dalam hydrogen bond.....hehe...enjoy=)

Round 1 with the chemists: Baju coklat-Faridah, Baju Hitam- Munirah, Baju kelabu-Liyana....(nama penuh kut)

Round 2 with the phycisist and chemist: baju merah-aliffah, baju kuning-afiqah, baju biru-wani, baju ungu- asyikin



p/s: ida, mun, liya, pah, piqa, syikin, wani thanx for coming, ya! Cayang korang semua...

Tuesday, November 23, 2010

Akaun itu sangat bes...oooyeah!!!


Awas! Jangan gelak. Saya tau logo ini sangat kelakar. Patut ditambah hidung dan mulut sekali.

Assalammualaikum....

Okeh, tajuk tu aku tipu. Saya ulangi....T.I.P.U. Agaknya aku tak ada kriteria jadi akauntan kot...oho....MGM 3180 paper asas keusahawanan sememangnya mencabar minda dan perasaan. Aku nasihatkan kawan-kawan yang tak ambil lagi subjek ni kuatkanlah semangat ya sebelum nak ambil subjek nie. Tapi part yang bes masak dan jual (konon surirumah yang berjaya la kan..huhu). Korang lalui lah sendiri ya apa yang aku maksudkan. Di hydrogenbond kali ini kami ingin berkongsi pengalaman kami lalui kelas ini. =)

Oh ye. Terlupa nak bagi tahu nama perniagaan kami ialah Ketupat Waka-Waka Enterprise. Hehe..nape nama tu? sebab masa kami tubuhkan perniagaan kami ketika itu FIFA baru lepas dan event seterusnya ialah Hari Raya Aidilfitri jadi kami gabungkan dua nama tersebut menjadi nama perniagaan kami. Unik tak???? Baik cakap unik!!
Semasa di Dewan Maha, Serdang mengikuti kursus keusahawanan. Diadakan untuk melahirkan para usahawan muda dalam kalangan belia (okeh...saya tau ayat itu agak skema)
Pegawai Operasi 1 sedang memberi ulasan kepada pegawai inventori sehingga pegawai inventori berfikir panjang.


Pengurus Besar Ketupat Waka-Waka Enterprise dan Pegawai Pemasaran. (hee..mun kau senyum jahat tau.)

Pengurus besar bertekak dengan pagawai pemasaran.

Buat caption sendiri lah, ye!

Pengurus kewangan, Pengurus Besar n Pegawai Pemasaran

Ketupat Waka-Waka Enterprise

Mun cover senyum!!



Dadih Dalam Hati Ada TAman dan Dadih Kala Bulan Mengambang.


Roti Tarakuchacha...haaaa korang mesti tertanya-tanya kan asal nama pelik sangat. Well, ketupat waka-waka memang berbeza. (ada unsur riak disitu..sila abaikan)





Apa? Terliur? Ye ke? Sorilah kami dah tutup bisnes. Cuba lagi di masa akan datang ya. Hehe...