Pages

Thursday, May 27, 2010

Seindah Saat Itu...

Dah setahun aku berada di Bumi Berilmu Berbakti ini. Tempat yang menjadi impian setiap graduan untuk memegang segulung ijazah.

Seperti setiap insan yang melalui kehidupan normal yang lain sudah tentu aku juga mempunyai impian tersendiri.

Jika diimbas kembali ke beberapa tahun yang lalu. Boleh dikatakan aku melalui kegemilangan dalam hidup aku. Di zaman sekolah rendahku, aku hanyalah pelajar yang biasa yang mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dan dalam masa yang sama tidaklah begitu teruk. Aku mula meminati bidang penulisan ketika berada di darjah enam. Mungkin hasil tunjuk ajar Puan Saliza, guru Bahasa melayuku merangkap guru kelasku dan Cik sabariah yang mengajarku kelas tambahan. Ketika itu baru aku sedari minatku dalam bidang penulisan. Aku suka menulis cerpen.

Aku masih ingat ketika itu Minggu Pusat Sumber atau singkatannya Minggu PSS. Pelbagai pertandingan telah dianjurkan seperti Pertandingan Drama Radio, Pertandingan Menulis Cerpen, Pertandingan melukis Poster dan sebagainya. Sejak dulu lagi aku kurang minat di dalam bidang lukisan. Aku mencuba peluang untuk memasuki pertandingan menulis cerpen dan pertandingan drama radio. Aku menjadi sukarelawan untuk membuat skrip drama radio dan dalam masa yang sama membuat manuskrip cerpenku.

Aku tidak ingat tajuk skrip drama radioku namun tajuk cerpen yang aku tulis masih jelas diingatanku. "Tempat yang pernah anda lawati." aku memilih tempat Melaka sebagai subjek utamaku. Di dalam Pertandingan Drama radio pula kami masuk bertiga iaitu aku, Mizah dan Azira.

Kami berasa amat terkejut apabila kami berjaya merangkul gelaran juara untuk kedua-dua pertandingan yang aku masuki. Saat itu aku berazam untuk bergiat aktif di dalam bidang penulisan.


Hadiah johan pidato tahun 2004
Hadiah Johan Pidato 2006

Naib Johan Pidato Tahun 2007

Johan Pertandingan Drama Radio

Johan Menulis Cerpen


Namun, apabila aku memasuki ke tingkatan 1 aku lebih menonjol di dalam pertandingan pidato, syarahan, bahas ala parlimen, forum remaja dan nasyid.

Pasti sesiapa yang membaca perkataan nasyid itu akan terkejut. Haha...aku sendiri akui suaraku tidak sesuai untuk bidang nyanyian, syair dan perkara-perkara yang memerlukan irama dan lagu. Namun, kerana sekolahku kekurangan pelajar melayu aku terpaksa masuk.

Walaupun aku bertanding di dalam pelbagai pertandingan, namun nasib tidak pernah menyebelahi aku seperti di sekolah rendah. Aku tidak pernah mendapat nombor di mana-mana pertandingan. Namun aku tidak pernah kesal kerana aku bersyukur aku mendapat pelbagai pengalaman pahit manis, rakan-rakan baru dan pengalaman baru.

Kejayaan aku yang tidak pernah aku lupai adalah ketika terpilih untuk mewakili sekolah ke Konvenyen Displin Pelajar Sekolah Menengah Peringkat Wilayah Persekutuan di Pulau Pangkor selama 4 hari 3 malam. Aku dapat mengenali ramai rakan-rakan baru dari serata sekolah. MGS, VI, ASIS dan ramai lagi. Kami ibarat adik-beradik yang tinggal bersama.
Kenangan manis di pulau Pangkor

Aku mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR namun nasib tidak menyebelahi aku ketika di tingkatan 5. Aku tidak berjaya mengekalkan kejayaanku di dalam peperiksaan seperti selalu. Di sekolah aku merupakan seorang pemimpin yang dikagumi namun aku kesal kerana tidak dapat menjadi contoh di dalam SPM.

Aku menyesal kerana begitu aktif di dalam aktiviti kokurikulum. Tetapi aku berjaya membuat bedah siasat terhadap kegagalan aku lalu aku bangkit kembali. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Aku ingin berdiri dengan kaki ku sendiri. Lalu, permohonan ke Kolej Matrikulasi Johor aku terima dengan hati yang terbuka.

Aku akui aku bukan seorang fast learner. Aku mengambil masa untuk memahami sesuatu yang baru. Aku mencuba menerima ilmu di Bumi Johor. Room mate ku Yuafida dan Rohaizah yang sangat-sangat tekun tidak pernah jemu untuk mengajarku. Sahabatku, Afiqah selalu mengingatkanku mengenai tujuan kami ke sini. Aku berazam untuk membalas dendam terhadap kegagalanku yang dahulu. Dengan adanya Azahiri, yang selalu memberikan nasihat melalui pengalamannya sangat memberikan inspirasi kepadaku dan Ikhwan yang sentiasa memberikan nasihat dalam setiap perkara yang aku buat menjadikan aku tabah melalui kehidupan ini.

Ketika keputusan peperiksaan pertama dikeluarkan aku menangis kegembiraan kerana pointerku amat membanggakan walaupun tidak mendapat 4.0 namun aku tetap gembira. Keluargaku juga menyambut berita itu dengan gembira.

Namun, di dalam hati aku tetap berasa terkilan kerana tidak dapat aktif di dalam bidang kokurikulum. Aku seorang yang aktif sejak sekolah namun aku lupakan segala-galanya ketika di kmj. Mungkin takdirku, ketika di kmj rakan-rakanku yang nakal mengundi aku bagi pihak kelas untuk memasuki pertandingan public speaking. Aku boleh berbahasa inggeris dengan yakin namun untuk memasuki pertandingan aku belum cukup berani. Tapi aku tetap mencuba.

Aku cukup terharu apabila melihat rakan-rakan kelasku turut turun padang untuk memberikan sokongan kepadaku. Chiko, Epul, Seha, Aza, Azai, Ravi......(Aku terharu dengan korang time tu tau). Mulutku gatal mengatakan bahawa kalau aku dapat masuk semi final aku blanjer korg dengan harapan aku takkan lepas semi final.

Lepas abis 1st round aku menunggu emcee menyebut nama yang akan ke semi final. Seramai sepuluh orang akan terpilih. Nama kesembilan telah disebut namun tiada namaku. Aku menjadi semakin berdebar apabila emcee menyebut "Last but not least, Azeeza Gulam Muhiaddeen". Rakan-rakanku yang datang memberikan aku support mengerumuni aku. Rasa amat gembira tak terkata.

Hari seterusnya pusingan semi final merupakan pusingan on the spot. aku berasa amat takut. Aku tetap berusaha. Geng-geng H1P9 taat bersamaku memberikan semangat. Pusingan semi final berjaya aku hadapi dan aku berjaya ke pusingan final. Gembira tak terkata waktu itu. Kawan-kawanku sudah mengingatkanku aku mengenai 'blanjer'. aku hanya buat-buat tak tahu.

Pusingan final juga aku berjaya hadapi. Namun rezeki bukan milikku. Aku hanya mendapat hadiah saguhati. Namun aku tetap berasa gembira kerana aku mendapat tahu nilai persahabatan yang sebenar. Kerana kegatalan mulutku aku terpaksa mebelanjakan mereka. Aku hanya mampu membelikan coklat. Mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.

Daripada KMJ rezeki ku kini di bumi Universiti Putra Malaysia. Ketika di sekolah dahulu, aku akui aku bencikan kimia. aku tidak faham mengapa kita perlu belajar kimia. Namun di KMJ kimia menjadi subjek kegemaranku. Mungkin dipengaruhi oleh piqa yang juga minat kimia. Aku jadi semangat nak buat tutorial kimia tapi bila tutorial maths mmg aku x suka.

Syukur alhamdulillah choice pertamaku, Bacelor Sains Kimia berjaya. Dengan rasminya sehingga ke hari ini, aku menjadi pelajar Bachelor Science (HONS.)-Chemistry. Ramai yang bertanya kepadaku, nanti abis belajar keje kat mana? Keje apa? Ramai yang tidak begitu yakin dengan pilihanku ini. Mungkin kebanyakan mereka lebih mengenali Chemical Engineering daripada course aku ini. Mungkin di lain entry akan aku explainkan mengenai courseku ini.

Semakin hari semakin aku cintakan kimia. Aku cuba untuk enjoy dalam setiap yang aku buat. Kesilapan-kesilapan aku yang dahulu aku jadikan sebagai panduan.

Di bumi ini juga aku mula berjinak dalam dunia DEBAT. Rakan-rakan yang pernah menjadi top dlm debat membantu aku. Pada mulanya aku khuatir untuk menulis nama untuk pergi ke audition. Atas semangat yang diberikan oleh kawan-kawanku aku gagahi juga. Syukur, aku terpilih di team B. Team A dan Team B sama-sama berusaha untuk mengharumkan nama KOSASS.

Walapun tidak berjaya ke pusingan suku akhir Team B tetap berbangga kerana itulah pertama kali kami masuk Debat dan kami berjaya. Liga Debat Putra juga menyaksikan kegemilangan team kami. Pada kali ini team A dan team B bergabung. syukur yang tak terhingga kami berjaya ke pusingan separuh akhir.

Aku rasakan diriku yang sebenar telah kembali.





Ketika di tingkatan empat aku mula menulis novelku sendiri. Ia masih di dalam proses menulis. Kini ia telah menjangkau 50 mukasurat.Aku masih mencari idea untuk menyiapkannya. Idea telah ada kini aku dalam proses untuk menyambungnya. Aku berazam untuk menyiapkannya sebelum aku menyambung tahun keduaku di UPM. Nantikanlah kemunculan novel sulungku di pasaran yang terdekat...(hehe....konon mcm penulis yang hebatlah)....tapi x salah bermimpi kan kerana ia menjadi kunci kepada kejayaan kita yang sebenar. Buat masa nie aku letak tajuk Seindah Saat Itu... kalau ada cadangan lagi bagus mungkin aku akan tukar. Sape-sape nak bagi cadangan dialu-alukan. hehe..itu saja untuk kali nie...salam...=)
Public Speaking 1st Round kat KMJ
Jangan kutuk yek..saja suka-suka nak post kat sini....thanks to chiko yang recordkan....=p

Wednesday, May 26, 2010

Penjelajahan Ke Negeri Di bawah Bayu


Nak ikut pergi sabah? ayah aku tanya lalu bagi schedule ke sabah...mata aku dah rasa macam bercahaya bila tgk tempat-tempat di sabah yg ayah aku akan pegi. Sandakan, lahad datu, Kinabatangan, Tawau. hati dah melonjak-lonjak nak pegi sana. Immediately aku kata nk ikut.

1st week pada tarikh yg sepatutnya pegi dah kena tunda ke 2nd week atas sebab-sebab tertentu. Then the following week baru pergi. Fuh, bes gler kat sana. Experience yang sangat-sangat berharga. Selalu pegi Sabah(slalulah sgt kan..hehe) pegi Kota Kinabalu tapi kali nie pegi direct ke Sandakan.

Flight 2 jam 35 min. Memang sangat sangat sangat lama. Aku rs dah penat nk tunggu. Bila dah sampai naik 4wd pegi ke Lahad datu n satu malam kat sana. Macam bandar zaman 60-an. Town yang kecik tapi sibuk. Lain dari Kl of course. Aktiviti sana juz follow ayah aku nyer prog.

The next day, pegi Tawau. Naik 4 wd gak. Jalan dia nak kata teruk tak adalah. Macam jalan-jalan kampung kat Semenanjung. Tp its far better drpd tgu dalam flight selama 2 jam lbh. At least leh cuci mata kat kawasan sekeliling tu.

Dari tawau kitorg pergi ke Semporna untuk pergi ke Pulau Mabul untuk lawat tempat Sea Weed. Experience yg sgt2 berbeza. Aku pernah naik boat yang tertutup semuanya ms pegi pulau pangkor, pulau besar tapi kali nie boat yang separuh tertutup. Nasib baiklah aku nie bukan jenis mabuk laut. 1st time naik agaklah takut. Tapi cover lah cun kejap kan. hehe. Gambar-gambar kat bawah nie di ambil masa on the way ke Pulau Mabul.

Kat tengah lautan. Dapatlah tengok kapal-kapal n sampan-sampan yang lalu kat sana.
On the way ke Pulau Mabul kitorg singgahlah kejap ke Kapalai selama 40 minit. Rasa macam tengah tengok giant akuarium.
Kawasan nelayan Orang laut di Kapalai.

Di Kapalai.


Chalet-chalet yang ada di kapalai. Kitorg tanyalah baper ringgit kalau nk tinggal satu malam. Huhu..sume tutup mulut bila dgr receptionist tu bagitau rate. RM 690 satu kepala untuk satu malam.

Biru yang menyamankan.

kapal-kapal n sampan-sampan yang lalu kat sana.

Bila kita tengok dari darat, kita boleh tengok batu-batu karang yang kat bawah lautan. Tak payah nak zoom in pun dah nmpk clear gler.
Pusat Pelancongan Lautan Semporna. Tempat kitorg ambik bot untuk ke Pulau Mabul
Area sekeliling Jeti Semporna
Chalet kat Jeti tu.

It's a great journey. Aku harap sangat2 dapat ke sana lagi in future. Tempat yang sangat-sangat menenangkan. Aku rasa klu in future aku pegi aku nk tglkan laptop, handphone n all other stuff. Juz nak bawak satu backpack n koleksi novel2 aku n ddk kat sana beberapa hari.

Saturday, May 22, 2010

My Nest

Speechless...Clueless...1st post....apa yang patut aku ceritakan mengenai diri ini?? Aku bukanlah seorang duta...seorang selebriti yang terkenal..tetapi aku adalah diri aku...aku adalah duta untuk diri aku...aku adalah selebriti untuk diri aku....aku sygkan diri ini n plg utama i luv myself...

Al-kisahnya....pada 25 April 1990 ketika jam menandakan pukul 2 pagi aku melihat dunia ini buat kali pertama.

Bumi kenyalang-Miri, Sarawak menyaksikan kelahiran seorang insan yang percaya akan

menjadi seorang yg berjaya dalam perjuangan hidup ini.

Kuala Lumpur- daripada seorang kanak-kanak ke alam remaja kini menginjak ke alam yang penuh mencabar......ALAM DEWASA..

SK Bandar Baru Seri Petaling ke SMK Bandar Baru Seri Petaling

Bukanlah sekolah bestari...bukanlah sekolah kluster...tetapi sekolah biasa yang menjadi saksi kepada setiap momen yang menjadi sejarah pembentukan diri ini.


Kolej Matrikulasi Johor----->Sejarah percintaan aku dan Kimia bersama-sama rakan seperjuangan yang setia memberi semangat dan dorongan kepada aku.

Universiti Putra Malaysia------> Tempat yang bakal mencipta sejarah kegemilangan diriku..Yeah...Akan ku realisasikannya...