Pages

Wednesday, May 26, 2010

Penjelajahan Ke Negeri Di bawah Bayu


Nak ikut pergi sabah? ayah aku tanya lalu bagi schedule ke sabah...mata aku dah rasa macam bercahaya bila tgk tempat-tempat di sabah yg ayah aku akan pegi. Sandakan, lahad datu, Kinabatangan, Tawau. hati dah melonjak-lonjak nak pegi sana. Immediately aku kata nk ikut.

1st week pada tarikh yg sepatutnya pegi dah kena tunda ke 2nd week atas sebab-sebab tertentu. Then the following week baru pergi. Fuh, bes gler kat sana. Experience yang sangat-sangat berharga. Selalu pegi Sabah(slalulah sgt kan..hehe) pegi Kota Kinabalu tapi kali nie pegi direct ke Sandakan.

Flight 2 jam 35 min. Memang sangat sangat sangat lama. Aku rs dah penat nk tunggu. Bila dah sampai naik 4wd pegi ke Lahad datu n satu malam kat sana. Macam bandar zaman 60-an. Town yang kecik tapi sibuk. Lain dari Kl of course. Aktiviti sana juz follow ayah aku nyer prog.

The next day, pegi Tawau. Naik 4 wd gak. Jalan dia nak kata teruk tak adalah. Macam jalan-jalan kampung kat Semenanjung. Tp its far better drpd tgu dalam flight selama 2 jam lbh. At least leh cuci mata kat kawasan sekeliling tu.

Dari tawau kitorg pergi ke Semporna untuk pergi ke Pulau Mabul untuk lawat tempat Sea Weed. Experience yg sgt2 berbeza. Aku pernah naik boat yang tertutup semuanya ms pegi pulau pangkor, pulau besar tapi kali nie boat yang separuh tertutup. Nasib baiklah aku nie bukan jenis mabuk laut. 1st time naik agaklah takut. Tapi cover lah cun kejap kan. hehe. Gambar-gambar kat bawah nie di ambil masa on the way ke Pulau Mabul.

Kat tengah lautan. Dapatlah tengok kapal-kapal n sampan-sampan yang lalu kat sana.
On the way ke Pulau Mabul kitorg singgahlah kejap ke Kapalai selama 40 minit. Rasa macam tengah tengok giant akuarium.
Kawasan nelayan Orang laut di Kapalai.

Di Kapalai.


Chalet-chalet yang ada di kapalai. Kitorg tanyalah baper ringgit kalau nk tinggal satu malam. Huhu..sume tutup mulut bila dgr receptionist tu bagitau rate. RM 690 satu kepala untuk satu malam.

Biru yang menyamankan.

kapal-kapal n sampan-sampan yang lalu kat sana.

Bila kita tengok dari darat, kita boleh tengok batu-batu karang yang kat bawah lautan. Tak payah nak zoom in pun dah nmpk clear gler.
Pusat Pelancongan Lautan Semporna. Tempat kitorg ambik bot untuk ke Pulau Mabul
Area sekeliling Jeti Semporna
Chalet kat Jeti tu.

It's a great journey. Aku harap sangat2 dapat ke sana lagi in future. Tempat yang sangat-sangat menenangkan. Aku rasa klu in future aku pegi aku nk tglkan laptop, handphone n all other stuff. Juz nak bawak satu backpack n koleksi novel2 aku n ddk kat sana beberapa hari.

2 comments:

  1. huiyooooo........
    gi sabah tak ajak.......
    huhuhu.......

    ReplyDelete
  2. haha..takpe nnti ms nk g pulau tu azeeza ajak tp guna duit aza lah...hehe

    ReplyDelete