Pages

Tuesday, June 29, 2010

Indonesia: I was there




Assalammualaikum..
Maybe agak terlambat nak post pasal nie. tapi tak apalah kan? kan?kan? hehe. 11-16 jun lepas aku ke Indonesia. Aku, pak cik aku, mak cik aku dan cousin aku hana. Trip yang sangat-sangat bes dan takkan dapat dilupakan. Kalau nak cakap briefly pasal Indonesia mungkin aku cakap shopping n food heaven. Makanan mmg tak payah cakaplah. Terlalu banyak. Masakan padang, jawa dan lain-lain.

Masa mula-mula sampai kitorg dah lapar sangat so trus pergi ke Rumah Makan untuk makan nasi padang. Aku agak terkejut macam kena shock 12 volt bila tgk makanan dihidangkan. Cepat betul. kalah kedai mamak. Ada dekat sepuluh hidangan lauk. So, apalagi bedallah. Kita ambil lauk yang kita nak pas tu yang kita tak nak dia takkan kira. Bagus kan?Haha..

Nie kat Tanah Abang
Yang nie namanya Nasi Uduk.



Nie kat ofis tempat pak cik aku lecture. Universiti Trisakti.
The following day kami pergi ke Taman Safari Indonesia. Dua jam dari Jakarta. Nasib kami baik sbb tak ada road block. Dekat Indonesia mostly, jalan dia sempit so diorg akan bukak satu hala dua jam dan block lagi satu hala dan vice versa. Kalau tak kena time sangkut la untuk dua jam. Bes sangat kat taman safari ni sebab kita duduk dalam kereta kita jer. Tak payahlah nak jalan2.hehe.














Yang ini Menara Monas di Jakarta.


Balik dari Taman Safari kami makan kat sini. Sedap sangat makanan-makanan dia.
Nie namanya Es Teller. Dalam santan dia letak sume jenis buah. Sedap bangat!!
Yang nie masa tengah tunggu di Ancol Dufan atau dgn kata lain Disneyland Indonesia.





Nie kat Universiti Padjajaran di Bandung.
Bersama Ibu Desi.
Last day teringin nak makan J.Co.


Nie Rumi Al-Farisi. Comel kan?


Tulah serba sedikit pengalaman aku di Indonesia. Jakarta dan Bandung. Bes sangat2. Aku harap next trip boleh jelajah ke tempat-tempat lain di Indonesia. Aku teringin nak ke negara-negara yang masih membangun macam Vietnam.

Oklah tu jer untuk kali ini. Salam..

Wednesday, June 23, 2010

Tahun Kedua Semster 1 BSK Kimia

Assalammualaikum.....

Wah....dah kecoh skrg kat FB ke atau kat mana-mana cter pasal nak bukak sem tak lama lagi. Ada yang hepi ada plak yang malas-malas n ada jugak yang tak suka. Huhu...aku? Campur-campur.

So, aku pun start lah nak susun jadual utk next sem. Syukur Alhamdulillah result aku naik sem nie dr sem lps. Tapi bak kata org jgn relak sangat dengan posisi yang kita berada sekarang. So, a reminder to myself. Strive harder for next sem to get the best.

Nie lah jadual kuliah aku efektif dr 12 julai 2010.

Tarikh final exam pun aku dh cek. Syukurlah kali ini tak ada 2 paper dalam satu hari macam sem lepas.
Ayuh kita ke sekolah!!!!!!!!!!!Mulakan semester anda dengan harapan n azam yang baru...

Tuesday, June 22, 2010

Kem Menjana Siswa Gemilang 01


Kucing-kucing yang comel
Assalammulaikum...
Smlm baru lepas upload video Kem Menjana Siswa Gemilang (MSG) kat FB. Tiba-tiba teringat blk psl kem nie. Kem ini diadakan di Stesen Penyelidikan Marin UPM di Port Dickson selama dua hari 1 malam.

Masa mula-mula dapat tahu kena pergi kem nie aku agak keberatan gak atas sebab2 tertentu. Tapi bila fkr blk mesti aku akan dapat something dr cni jadi aku pun bersiap sedia utk g sana.

Budak kimia berapa kerat jer yang terpilih tapi yang pergi sikit jer. Aku, Lia, Hanis n beberapa org lg. Tapi sebenarnya ramai jer yang aku kenal sbb majoriti budak dari KOSASS.

Lepas aku sampai sana, aku tul2 jd syg sgt kat prog ni. Banyak sgt mende yg aku dpt. Pengurusan masa, motivasi n len2. Banyak sgt input menarik yg aku dapat.
Makanan pun sdp2. huhu...n mengenyangkan.

Dapat fasi pun yang spoting yang byk bg nasihat n dorongan. Aku syg gler kat group aku. Group kucing yang ahlinya comel2.

Masa dah dkt beberapa hari jer lagi nak final. So aku tak dapat nak ubah sepenuhnya terhadap perancangan yang telah aku tetapkan. Tapi Insyaallah aku yakin aku akan cuba untuk ikut perancangan yang telah aku buat masa MSG.

Oh ya terlupa. Salah satu aktiviti menarik dlm prog tu ialah Sesi nak tulis surat cinta untuk diri sendiri. Pernah tak sesiapa di antara kita pernah tulis surat cinta untuk diri sendiri?

Huhu..memang pelik bunyinya kan? Kami disuruh untuk menulis surat cinta sendiri dan dialamatkan ke diri sendiri. Surat tu fasi aku yang pegang. Dia kata bila rasa nak ambik blk surat tu dtg jumpa dia. Aku cadang bukak sem nie aku nak g ambik blk surat tu. Aku nak kembalikan semangat aku utk teruskan perjuangan di Bumi UPM.

Monday, June 21, 2010

Makkk....Takuttttt....



Assalammualaikum...
hehe tgk tajuk pun mcm pelik kan? kan? Cakap jer ya. Hehe...tiba-tiba dapat ilham nak tulis psl mende nie. Tapi aku bukan nak cter hantu kat cni yek. Huhu...jgn slh anggap plak.

T A K U T...ye sume org pernah laluinya kan? dalam setiap mende yang kita wat kita rasa TAKUT.

1st day sekolah takut, nak mintak permission nak pergi toilet dr cikgu takut, nak makan sesuatu yang baru takut, nak pergi interview takut, nak pergi ambik test takut, nak pergi ambik result lagi bertambah2 takut....kita selalu dilanda ketakutan...tapi pernah x sesiapa di antara kita pernah terfikir kenapa mesti perasaan tu wujud? ok aku confirm 120% orang akan cakap tu fitrah manusia sbb tu ialah perasaan natural kita. Ok fine...tapi pernah tak kita terfikir perasaan itu sbnr nyer menjatuhkan kita? Perasaan itu sbnr nyer buatkan kita jadi lemah.
Ya, memang betul. Perasaan itu menyebabkan kita menjadi orang lain. Tambahan pula, menyebabkan perasaan kita sentiasa down. Sejak aku gagal capai keputusan yang cemerlang dalam SPM, perasaan takut aku selalu menghantui aku. kadang-kadang mende yang simple tapi aku takut aku akan buat salah.

Aku benci sangat dengan perasaan ini. N suatu hari aku cuba ubah takut aku nie jadi positif. Caranya dengan jadikan perasaan TAKUT tu sebagai semangat untuk aku. Masa tulah aku tengok movie 3 idiots(bukan motif nak buat iklan ye). Cter nie tul2 bg impak yg positif bg diri aku..Aku suka sgt ngan watak Amir Khan. Dialog dia mmg kaw...kaw...Ayat yang dia selalu sebut 'AAl is Well'...
Dia kata sbnr nyer hati kita ni penakut yg teramat sgt. Tapi bila kita tenangkan hati kita dengan kata 'aal is well' ternyata kita takkan rs takut.
Cuba lps nie kita cuba buat apa yang dia cakap. Dalam keadaan yg tertekan. Example kita tgh kesuntukan masa deadline utk assignment. pastu ada competition plak kn msk esk, pastu kawan lak mintak tlg. Semuanya dalam masa yang sama. Confirm haru-biru, merah,hijau sume jadi.
Tapi cuba kita tutup mata kejap pastu kenangkan seketika peristiwa2 yang menenangkan. Peristiwa yg menggembirakan kita. patu bukak mata. Confirm rasa tgh berkhayal kan? Cuba letak tangan kat area jantung kita n rasa degupan kita. Mesti slow n steady tak mcm ms awl2 ms kita tgh fkr sume problem kita. Masa tu degupan kita mungkin lagi kuat drpd angin monsun pun. See, hati kita nie senang jer nak kawal.

So, memandangkan semester br akn buka tak lama lagi marilah kita sama2 tanamkan azam untuk buat yang terbaik. Takkan nak kekalkan pointer jer kan. Kalau dh dapat dekan pun cuba plak tanam azam nak dptkan 4.0 flat. klu dpt 2 something cuba target untuk 3 something. Jangan sesekali TAKUT. sebab itulah musuh utama kita.
Konklusinya di sini, kalahkan dahulu musuh kita yang satu tu. Katakan tidak pada
T A K UT.

Saturday, June 19, 2010

The Path to Become a Chemist


Assalammualaikum.....seperti yg dijanjikan sblm nie...aku nk cerita psl course kesayangan aku nie...Bacelor Sains (kepujian)-kimia.

Briefly, course ni mengambil masa selama 4 tahun. Sekiranya kita amik couse nie lepas matrik....approximately kita akan grad masa umur kita 23-24 tahun.

Total kredit yg kita kn ambil untuk grad ialah 120 jam.

1. Kenegaraan Malaysia
2.Tamadun Islam dan Tamadun Asia
3. Hubungan etnik
4. Pertanian dan manusia
5.Oral interaction skills
6.General writing skills
7.Asas keusahawanan

Subjek2 nie ialah subjek yg wajib diambil oleh semua pelajar yg menuntut di UPM. Subek2 tersebut diletakkan di bawah kategori Kursus Universiti. Sebanyak total 18 kredit perlu diambil.

Next, Kursus Teras Asas. Kursus nie sume pelajar BSK kena ambik. Maksudnya sama ada anda pelajar kimia, fizik, sains bahan, sains instrumentasi, maths dan sebagainya wajib ambil. Tapi ada pengecualian untuk sesetengah kes untuk beberapa subjek. Tertaluk pada jabatan masing2.

1.Konsep Biologi (jika ambil sains fizik ms matrik atau f6)
2.Fizik Am(jika ambil sains hayat ms matrik or f6)
3.Kalkulus
4.Aljabar
5.Fizik 1
6.Fizik 2
7. Kimia Fizik dan tak organik
8. Kimia Organik 1

Total kredit hour ialah 26.

Sekarang ialah Kursus Teras Major.
1.Kimia Fizik
2. Kimia polimer
3.Kinetik Kimia
4.termodinamik kimia
5.kimia organik 2
6.kimia organik 3
7.kimia organik 4
8.kimia tak organik 1
9.kimia tak organik 2
10.kimia tak organik 4
11.kimia analisis
12.spektroskopi kimia
13.projek ilmiah tahun akhir.

Total kredit hour 46

Seterusnya, Kursus Elektif Teknologi Maklumat. Minimum 4 jam kredit perlu ambil. Pilih satu subjek di antara dua subjek nie.

1.Kimia Pengkomputeraan
2.Pengaturcaraan komputer

Kursus Elektif Jabatan..Minimum 15 kredit. Pilih mana2 yang berkaitan dengan ms dpn atau minat.
1.Kimia perindustrian
2.Kimia keadaan pepejal
3.Elektrokimia
4.Tajuk khas kimia organik
5.Pemangkinan
6.Latihan Industri

Kursus Elektif Umum.Kursus nie berubah mengikut dasar universiti setiap tahun. Buat masa nie ini adalah kursus yang dicadangkan. Minimun 11 kredit. Tapi kalau kita berminat dgn kursus lain yang ditawarkan di fakulti2 len yang dipersetujui oleh fakulti anda. anda boleh ambil.
1.Prinsip ekonomi
2.Pengucapan awam
3.Kemahiran berfikir
4.Pengenalan kepada falsafah
5.etika dan nilai dalam pembangunan
6.Bahasa Asing Tahap 1
7. Bahasa Asing Tahap 2.

Inilah seba sedikit info mengenai course aku. Sape yg minat kimia bleh lah tengok subjek2 nie dan tumpukan perhatian di f6 atau di matrik. kalau nk ambik kimia sbg 1st degree tanamkan minat dlm setiap topik kalau bleh. Setahun aku dah masuk dlm bidang ini secara serius. Aku menjadi semakin minat dalam subjek ini dan yakin aku tak tersilap pilih jurusan ini. Tapi dalam setiap perkara yang kita buat pasti ada cobaan. Jd walaupun aku tersungkur banyak kali aku terus buat post mortem atas kegagalan aku n aku cuba perbaiki.



Friday, June 4, 2010

Reminiscing


Bismillahirrahmannirahim..
Terima kasih yang dipertua dewan
Barisan pihak kerajaan yang saya hormati
Sahabat lama di barisan pihak pembangkang
Seterusnya warga dewan sekalian.
Assalammualaikum dan Salam Perdebatan
Selaku timbalan perdana menteri berdiri teguh di belakang Perdana Menteri menyokong usul yang berbunyi "................................................................"

Yg Dipertua,
Sebelum saya mulakan hujah saya, izinkan saya untuk membongkarkan kesilapan yang tidak dapat dimaafkan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang sebentar tadi...........................................................................................................................................

Huhu..tiba-tiba teringat time masuk debat ms sem 1 n 2. rindu ngan suasana tu. walaupun banyak cabaran dan dugaan yang dilalui segala-galanya berjalan dengan lancar.
Masih adakah peluang untuk aku meneruskan perjuangan dalam dunia perdebatan???