Pages

Saturday, August 28, 2010

Penjelajahan ke tempat yang SATU....



Ya, Allah! Ya, Tuhanku!
Penjelajahan ku pada kali ini adalah untuk menghadap-Mu, Ya Allah!
Sesungguhnya aku adalah selemah-lemah manusia yang tidak alpa dengan kelalaian dan kekhilafan.
Semoga rezeki yang engkau berikan kepada-Ku pada kali ini dapat memberikan 1001 erti dan keberkatan dalam hidup ini.
Moga cahaya keinsafan dan pintu hidayah masih lagi terbuka buat diri ini.
Ya, Rahman! Ya, Rahim!
Ampunilah dosa-dosa laluku dan lindungilah aku pada masa yang akan datang.
Sesungguhnya aku gentar untuk menghadap-Mu.
Moga peluang yang Engkau berikan ini tidak akan aku persiakan.......

p/s: Sahabat-sahabatku yang diredhai Allah s.w.t....ampunkan dosa-dosaku terhadap kalian. Sesungguhnya kalian adalah sahabat-sahabat dunia akhiratku. Andai terkasar bahasa, terguris hati, diri ini pinta keampunan dari kalian semua. Andai rezekiku di dunia ini masih lagi panjang, moga bertemu kembali.
Di kesempatan ini, diri ini mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, August 21, 2010

Sekadar Renungan..

Assalammualaikum...

Buat sahabat-sahabatku yang sedang berduka dengan result test 1. Jangan sedih-sedih yek. Peluang masih ada untuk perbaiki. Moga kita akan lebih bersemangat menempuh fasa kedua semester ini. Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa bersama-sama dengan hamba-Nya. Cheer up, yek! hee...=p


Friday, August 20, 2010

Tips membuat slide show yang menarik

Assalammualaikum...

Setelah lama menyepi kini aku kembali ke hydrogen bond. Banyak cerita yang ingin aku coretkan namun kesuntukan masa ditambah pula dengan ayat stereotaip pembahas atau pemidato, "Masa Mencemburui saya." membuatkan aku tidak ada masa untuk berceloteh.

Rasanya sedikit tips yang ingin aku kongsikan bersama-sama dengan semua yang membaca blog aku.

Minggu lepas, kami ditugaskan untuk membuat presentation slide show untuk subjek Inorganic Chemistry 1 atau bahasa bukan orang putihnya Kimia Tak Organik 1. Tajuk yang ditugaskan ialah Boron Hydrides dan Interstitial Hydrides.

Setelah bahagikan tugas kepada semua ahli aku pun duduk termenung di depan skrin komputer pada pukul 3 pagi. TING!!!! Ada gambar mentol menyala muncul...(okeh itu aku tipu.)

Dapat idea untuk buat slide show. Rasanya selalu kita buat biasa jer. Paling cikai pun letak bunyi-bunyi. Tapi kali ini, memandangkan tajuk yang kami akan present pun tajuk yang sangat-sangat 'dry', jadi aku cuba menggunakan method yang baru ini. Selamat Mencuba!




















p/s: kitorg dapat markah penuh untuk presentation ini.!!!hee...=)