Pages

Wednesday, November 24, 2010

Ayuh, Kita Beraya!

Assalammualaikum.....

Hehe....aku bukan nak update gambar raya aidiladha yek. Gambar tu pun ada tapi rasanya upload gambar aidilfitri dululah walaupun aku tahu dah basi sikit. Hehe.....rasa rugi pula tak masuk dalam hydrogen bond.....hehe...enjoy=)

Round 1 with the chemists: Baju coklat-Faridah, Baju Hitam- Munirah, Baju kelabu-Liyana....(nama penuh kut)

Round 2 with the phycisist and chemist: baju merah-aliffah, baju kuning-afiqah, baju biru-wani, baju ungu- asyikin



p/s: ida, mun, liya, pah, piqa, syikin, wani thanx for coming, ya! Cayang korang semua...

Tuesday, November 23, 2010

Akaun itu sangat bes...oooyeah!!!


Awas! Jangan gelak. Saya tau logo ini sangat kelakar. Patut ditambah hidung dan mulut sekali.

Assalammualaikum....

Okeh, tajuk tu aku tipu. Saya ulangi....T.I.P.U. Agaknya aku tak ada kriteria jadi akauntan kot...oho....MGM 3180 paper asas keusahawanan sememangnya mencabar minda dan perasaan. Aku nasihatkan kawan-kawan yang tak ambil lagi subjek ni kuatkanlah semangat ya sebelum nak ambil subjek nie. Tapi part yang bes masak dan jual (konon surirumah yang berjaya la kan..huhu). Korang lalui lah sendiri ya apa yang aku maksudkan. Di hydrogenbond kali ini kami ingin berkongsi pengalaman kami lalui kelas ini. =)

Oh ye. Terlupa nak bagi tahu nama perniagaan kami ialah Ketupat Waka-Waka Enterprise. Hehe..nape nama tu? sebab masa kami tubuhkan perniagaan kami ketika itu FIFA baru lepas dan event seterusnya ialah Hari Raya Aidilfitri jadi kami gabungkan dua nama tersebut menjadi nama perniagaan kami. Unik tak???? Baik cakap unik!!
Semasa di Dewan Maha, Serdang mengikuti kursus keusahawanan. Diadakan untuk melahirkan para usahawan muda dalam kalangan belia (okeh...saya tau ayat itu agak skema)
Pegawai Operasi 1 sedang memberi ulasan kepada pegawai inventori sehingga pegawai inventori berfikir panjang.


Pengurus Besar Ketupat Waka-Waka Enterprise dan Pegawai Pemasaran. (hee..mun kau senyum jahat tau.)

Pengurus besar bertekak dengan pagawai pemasaran.

Buat caption sendiri lah, ye!

Pengurus kewangan, Pengurus Besar n Pegawai Pemasaran

Ketupat Waka-Waka Enterprise

Mun cover senyum!!



Dadih Dalam Hati Ada TAman dan Dadih Kala Bulan Mengambang.


Roti Tarakuchacha...haaaa korang mesti tertanya-tanya kan asal nama pelik sangat. Well, ketupat waka-waka memang berbeza. (ada unsur riak disitu..sila abaikan)





Apa? Terliur? Ye ke? Sorilah kami dah tutup bisnes. Cuba lagi di masa akan datang ya. Hehe...

Monday, November 22, 2010

Labbaik......

Assalammualaikum.....

Alhamdulillah...setelah sekian lama menyepi kini aku kembali.....(konon glamour la kan..haha). Semester Tiga sememangnya semester yang sangat mencabar bagi aku n aku pasti untuk kawan-kawan aku. Okeh. Rasanya tak adalah terlambat sangat untuk update cerita mengenai penjelajahan aku ke Tanah Suci. Pengalaman yang tidak akan dilupakan dan terlalu banyak untuk diceritakan. Tapi hanya satu yang dapat aku simpulkan disini. Pengalaman ke sana susah untuk diekspresikan dengan kata-kata.

30 Ogos 2010 - Ketika sedang menunggu untuk check-in terjumpa seseorang. Hehe..tak sangka aku akan berpeluang untuk jumpa Angkasawan Malaysia yang pertama Dato' Sheikh Muszaphar Shukor bersama-sama dengan tunangnya(ketika itu) dan ahli-ahli keluarganya yang lain-lain. Adik aku yang kaki mencapap(ampun tuanku...=p) tak lepaskan peluang nak bergambar dengan angkasawan negara tu....huhu....


Lapan jam dalam flight memang sesuatu yang sangat2 memerlukan kesabaran....ya...saya ulangi kesabaran. Nasib baik aku ni kua tidur jugak....(ops...kantoi disitu...). Tibanya di Jeddah aku ternampak........hehe....Dato' dr. fadzilah kamsah, fahrin ahmad, azwan ali. Pergh....jumpa depan-depan kot. Haha...aku ni nak cerita pasal pegi umrah nie apa kes pula mengular tempat len. Okeh..tu antara jemaah yang hadir sekali untuk mendapatkan redha Allah s.w.t di bulan yang penuh keberkatan ini.

Sampai di Jeddah kami terus ke Madina dan tinggal di sana satu malam. Sempatla bersahur dan berbuka di sana. Sungguh pengalaman yang sangat-sangat berbeza. Berbuka puasa di Masjid Nabawi merupakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi di mana-mana. Selepas solat asar ramai umat manusia yang duduk berzikir di masjid tersebut sementara menunggu waktu berbuka. Rezeki di sana memang melimpah-ruah. Setiap orang melakukan sedekah mengikut kemampuan masing-masing. Jika kita duduk di sana dengan tangan yang kosong, selepas beberapa minit pasti makanan penuh di tempat kita. Ukhwah yang sangat kuat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan ras(hehe....influence dr subjek hubungan etnik).

Sedikit je gambar yang sempat aku ambil di sana memandangkan masa yang sangat terhad dan orang yang sangat2 ramai. Seriously, aku tak pernah tengok manusia seramai tu. Syukur aku, mak dengan abah dapat menunaikan ibadat umrah dengan lancar. Moga Allah terima ibadat kami. Tapi perasaan berada di sana sukar digambarkan. Apabila teringat sirah-sirah Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda sangat-sangat rasa diri ini kecil. Syukur sangat ke hadrat Illahi yang telah berikan aku peluang untuk menjejakkan kaki ke sana dalam usia yang aku kira masih muda.
Gambar di bawah ni diambil ketika malam ke 29 ramadhan. Untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t, mereka sanggup melompat ke bumbung untuk menunaikan solat sunat terawih. Selepas solat asar lampu alert merah sudah menyala menandakan masjidil haram sudah penuh dan tidak boleh dimasuki lagi. Namun, beribu-ribu jemaah menunaikan solat di luar masjidil haram. Subhanallah! Melihat kejadian itu, hati aku mejadi hiba tiba-tiba mengenangkan dosa-dosa yang pernah aku lakukan . Moga Allah ampuni segala-galanya. Betapa lekanya aku selama ini.





Gambar di bawah ini diambil ketika pulang dari Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Nabawi. Jalan menjadi sesak dengan kenderaan.


Menunaikan ibadat pada bulan Ramadhan di Tanah Suci Mekah dan Madina sememangnya sesuatu yang sukar digambarkan. Aku pasti akan kembali ke sini. InsyaAllah.

video