Pages

Monday, November 22, 2010

Labbaik......

Assalammualaikum.....

Alhamdulillah...setelah sekian lama menyepi kini aku kembali.....(konon glamour la kan..haha). Semester Tiga sememangnya semester yang sangat mencabar bagi aku n aku pasti untuk kawan-kawan aku. Okeh. Rasanya tak adalah terlambat sangat untuk update cerita mengenai penjelajahan aku ke Tanah Suci. Pengalaman yang tidak akan dilupakan dan terlalu banyak untuk diceritakan. Tapi hanya satu yang dapat aku simpulkan disini. Pengalaman ke sana susah untuk diekspresikan dengan kata-kata.

30 Ogos 2010 - Ketika sedang menunggu untuk check-in terjumpa seseorang. Hehe..tak sangka aku akan berpeluang untuk jumpa Angkasawan Malaysia yang pertama Dato' Sheikh Muszaphar Shukor bersama-sama dengan tunangnya(ketika itu) dan ahli-ahli keluarganya yang lain-lain. Adik aku yang kaki mencapap(ampun tuanku...=p) tak lepaskan peluang nak bergambar dengan angkasawan negara tu....huhu....


Lapan jam dalam flight memang sesuatu yang sangat2 memerlukan kesabaran....ya...saya ulangi kesabaran. Nasib baik aku ni kua tidur jugak....(ops...kantoi disitu...). Tibanya di Jeddah aku ternampak........hehe....Dato' dr. fadzilah kamsah, fahrin ahmad, azwan ali. Pergh....jumpa depan-depan kot. Haha...aku ni nak cerita pasal pegi umrah nie apa kes pula mengular tempat len. Okeh..tu antara jemaah yang hadir sekali untuk mendapatkan redha Allah s.w.t di bulan yang penuh keberkatan ini.

Sampai di Jeddah kami terus ke Madina dan tinggal di sana satu malam. Sempatla bersahur dan berbuka di sana. Sungguh pengalaman yang sangat-sangat berbeza. Berbuka puasa di Masjid Nabawi merupakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi di mana-mana. Selepas solat asar ramai umat manusia yang duduk berzikir di masjid tersebut sementara menunggu waktu berbuka. Rezeki di sana memang melimpah-ruah. Setiap orang melakukan sedekah mengikut kemampuan masing-masing. Jika kita duduk di sana dengan tangan yang kosong, selepas beberapa minit pasti makanan penuh di tempat kita. Ukhwah yang sangat kuat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan ras(hehe....influence dr subjek hubungan etnik).

Sedikit je gambar yang sempat aku ambil di sana memandangkan masa yang sangat terhad dan orang yang sangat2 ramai. Seriously, aku tak pernah tengok manusia seramai tu. Syukur aku, mak dengan abah dapat menunaikan ibadat umrah dengan lancar. Moga Allah terima ibadat kami. Tapi perasaan berada di sana sukar digambarkan. Apabila teringat sirah-sirah Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda sangat-sangat rasa diri ini kecil. Syukur sangat ke hadrat Illahi yang telah berikan aku peluang untuk menjejakkan kaki ke sana dalam usia yang aku kira masih muda.
Gambar di bawah ni diambil ketika malam ke 29 ramadhan. Untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t, mereka sanggup melompat ke bumbung untuk menunaikan solat sunat terawih. Selepas solat asar lampu alert merah sudah menyala menandakan masjidil haram sudah penuh dan tidak boleh dimasuki lagi. Namun, beribu-ribu jemaah menunaikan solat di luar masjidil haram. Subhanallah! Melihat kejadian itu, hati aku mejadi hiba tiba-tiba mengenangkan dosa-dosa yang pernah aku lakukan . Moga Allah ampuni segala-galanya. Betapa lekanya aku selama ini.





Gambar di bawah ini diambil ketika pulang dari Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Nabawi. Jalan menjadi sesak dengan kenderaan.


Menunaikan ibadat pada bulan Ramadhan di Tanah Suci Mekah dan Madina sememangnya sesuatu yang sukar digambarkan. Aku pasti akan kembali ke sini. InsyaAllah.

13 comments:

  1. subhanallah...umrah sungguh bermakna.insyaAllah didoakan dapat kembali kesane utk hayat yg masih diberi..buat haji dgn suami tercinta plok.

    ReplyDelete
  2. banyak gak artis yang gi umrah eh???

    tapi gambar2 di bawah tu memang menakjubkan...........

    ReplyDelete
  3. darkartz: kan? bila kita dalam keadaan tu lagilah...perasaan yang ssh nak digambarkan...rs rendah diri sangat...moga dapat pergi lagi dalam bulan ramadhan...sebenarnya banyak gambar2 situasi kat yang boleh amik tapi x berkesempatan...

    ReplyDelete
  4. subhanallah...speechless..

    ReplyDelete
  5. faiz: iA one day..awak pula ke sana ye..=)

    ReplyDelete
  6. Amiin Ya Rabb.. InsyaAllah azee.. semua umat islam pasti ingin kesana :) .. oh iya, FB azee kok tak ada??

    ReplyDelete
  7. amin..=)....saya deactivate FB saya buat sementara waktu...lepas final saya akan activate kan balik...=)

    ReplyDelete
  8. owh ya.. agar azee konsentrasi buat study ya?? semangat azee..belajar dan berdoa.. cheers!!

    ReplyDelete
  9. haha..konsentrasi untuk studi buat sementara waktu...hanya blog sahaja yang dilayan buat sementara waktu ini...doakan kami ya, faiz..=)

    ReplyDelete
  10. haha..memang kadang FB membuat kita terlupa untuk belajar..iya azee, bismillah semoga semua kawan2 UPM diberi kemudahan..oh iya, anyway exist dulu pernah famous di indonesia ketika saye elemntary school..yang paling famous lagu "alasanmu".. i guess azee knew :)

    ReplyDelete
  11. amin..=)....alasanmu iya saya pernah mendengar..tapi lagu exist yang paling saya suka ialah lagu ini...hilang dalam ramai...muziknya sangat bes....hehe

    ReplyDelete
  12. saye cuba dengarkan via youtube, bagus juga muziknya..lyric-nya pun oke punya.. :)

    ReplyDelete