Pages

Monday, January 31, 2011

k6 terbakar!!!

Tarikh:19 Januari 2011

Masa: 1.00 pagi

Aku, syikin dan Fiqa bergerak ke bilik *** di blok ****** untuk menyambung menaip Kertas Kerja Karnival Sains 2011. Mata dah berat sebab dua hari berturut-turut tidur dekat pukul empat-lima pagi lepas tu bangun untuk pergi kelas lapan pagi. Tapi, masing-masing gagahkan juga sebab dah janji untuk emailkan pada 19 Januari.

Aku dengan selamat dah tak mampu nak buka mata lagi landing atas lantai.

Syikin: Zeeza, tidurlah atas katil tu. Kitorang siapkan.

Aku: Ok, kejap je aku tido. Mata aku dah tak mampu nak buka dahh ni.

Fiqa: Tak apa. Syikin nak tidur pun tidur lah. Aku leh buat.

Syikin: Tak apa. Kita siapkan secepat mungkin.

Syikin pun ambil alih tempat aku.

Fiqa n Syikin: *******xxxx**************(aku x dapat nak dengar dah apa yang diorg cakap sebab dah lena sangat.)

Selepas beberapa minit.....

Fiqa: Wei, biar betul.

Syikin: A ah lah. RM *********

Aku: Wei, siap dah ke? Nape wei? Bape kena?

Fiqa: RM......Inipun kitorg dah kurang-kurangkan.

Aku n Syikin: Tak apalah biar lebih jangan kurang (sambil gelak).

Fiqa: Dah jom balik. Azee.....kau emailkan lah..aku dah tak boleh pandang skrin komputer dah.

Lampu blackout dengan tiba-tiba.

Aku: Malam-malam buta pun nak blackout ke. Haish...

Syikin memandang ke luar blok. Blok lelaki dah kecoh.

"Api...api....apii......".....................................................................................................

Aku, syikin n fiqa berpandangan sesama kami.

Syikin: Jangan kata fire drill.....????

Blok kami pun kena gempur. "Keluar-keluar semua. Api...api...api......."

Dan semuanya menjadi sejarah...............

Dahlah aku pakai BAJU KURUNG lagi time tu.

4.00 pagi: Syikin n fiqa balik kosass.....4.10 pagi kertas kerja selamat dihantar.