Pages

Monday, March 28, 2011

Thank You...

Khas buat sahabat yang duk dengar aku bebel sejak dua ari nie..Terima kasih sangat-sangat tau =)



Thursday, March 24, 2011

To the person that i love the most..

This post is specially dedicated to the person that i love the most in this world...=)

Huhu...Siapa lagi kalau bukan abahku yang tersayang...

Abah, tomorrow is ur big day...even though u might not reading this post...i juz wanna tell the whole world that tomorrow is ur birthday....=)

Thanks for always being there for me as a dad n a fren too....

U r the best dad in this world....love u so much....

p/s: waa...nak balik rumah sekarang juga......

Sunday, March 6, 2011

Aku dah jumpa IMAM MUDA....!!!!

Assalammualaikum....

Waaaaa.....lama gila aku tak update belog aku....macam dah lupa yang aku ada belog...(dah..dah jangan nak kutuk aku)...tajuk tu sebenarnya agak gedik..kalau rasa-rasa macam nak termuntah tu muntahlah dulu...di hydrogenbond kami tak sediakan plastik ya...=) Dah..dah...asyik ngarut je keje...Sebenarnya nak kongsi yang baru-baru ni aku pergi dua ceramah agama...=)....jap jangan puji dulu....kalau tahu tajuk apa mesti korang kata aku ni gatal....(tapi tak gatal ye...saya hanya ingin menambahkan pengalaman sebenarnya).

Ceramah ini disampaikan oleh IMAM MUDA ASYRAF..=) Mula-mula macam ragu-ragu juga nak pergi bila fikir lab repot yang tak siap tapi bila tengok tajuk je...hehehe...sampailah aku di Dewan Putra 3 KPZ.


Ni plak forum yang ahli-ahli panel serta moderatornya Imam-Imam Muda. Pengisiannya lebih kurang je sebenarnya...MENUJU KE GERBANG PERKAHWINAN.

Kesimpulannya di sini aku rasa tak rugi hadirkan diri ke dua-dua program ini. Sebab banyak input yang aku dapat. Sedikit perkongsian disini..Aku dah combinekan pengisian dua program ini ya.

Pertamanya, apa yang aku faham dari apa yang disampaikan mengenai CINTA. Cinta itu bukanlah sekadar "u suka i, i suka u" tapi lebih dari itu. Sebenarnya CINTA itu anugerah Illahi yang tak ternilai. Terpulang pada kita bagaimana untuk jadikan cinta kita halal atau haram di sisi-Nya.

Bak kata Imam Muda Asyraf, memandangkan kita semua masih lagi student yang masih lagi berjuang untuk menghabiskan degree. Utamakan itu dahulu. Tetapi andainya kita sudah jatuh cinta dengan seseorang, berdoalah kepada-Nya. Tetapi janganlah berdoa nak dapat lelaki/wanita itu tapi doalah kepada Allah agar temukan kita dengan seorang yang soleh/ solehah sebagai teman kita kelak.

Imam muda Asyraf menceritakan sebuah kisah bagaimana Siti Fatimah Az-Zahra r.a yang menyimpan hati dengan suaminya Saidina Ali sebelum perkahwinan mereka. Selepas mereka bernikah Fatimah memberitahu suaminya bahawa dia pernah mencintai seorang lelaki sebelum perkahwinan mereka. Saidina Ali yang terkejut bertanya kepada Fatimah siapakah lelaki tersebut. Dan alangkah gembiranya Saidina Ali apabila mendapat tahu bahawa dialah lelaki yang dicintai oleh puteri Rasulullah S.A.W itu.

Kesimpulan yang kita boleh buat daripada kisah itu ialah. Tak salah untuk mencintai seseorang tetapi utamakanlah dahulu Allah dan Rasul. Berdoalah banyak2 kepada Allah agar kita disatukan dengan seseorang yang kita sayangi. Andainya itu adalah yang terbaik untuk kita pasti Allah akan makbulkan doa itu.

Seterusnya, dalam forum tu pula. Lebih banyak bercerita mengenai perkahwinan.

1.Apa itu perkahwinan?
  • Bukanlah untuk mengisi kekosongan nafsu semata-mata tetapi ia merupakan kenderaan untuk ke syurga.
  • Lelaki diingatkan agar mengumpulkan kesabaran yang sangat tinggi sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
  • Terima kelemahan isteri dan kekuatan isteri sebagai anugerah daripada Allah s.w.t
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan janganlah terburu-buru mengambil keputusan. Banyakkan membuat istikharah. sebagai contoh, ketika baginda Rasulullah S.A.W dipinang oleh Saidatina Khadijah, baginda sendiri membuat istikharah dan merisik khabar mengenai Khadijah pada pak cik-pak ciknya kerana diingatkan perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi untuk selamanya.

2. Couple tu dikira tunang ke?
Untuk soalan ni, imam muda kata kita ada adat tersendiri. Sekadar pasangan kekasih tu declare je tak bermaksud mereka sudah bertunang. Tunang yang sebenar adalah mendapatkan persetujuan ibu bapa.

3. Teknik mencari calon suami/isteri.

Taat pada Allah dan rasul. Jika ingin mencari calon suami tengoklah sama ada lelaki tu rajin tak pergi solat kat masjid/surau. Jaga solat, puasa. Andainya dia mampu menjaga hubungan dia dengan Allah. MAka dialah calon yang paling sesuai. Tak payah nak tengok kualiti lain. Kalau calon isteri tu cantik, berpendidikan tinggi. Anggaplah tu sebagai bonus yang Allah kurniakan.

4. Cara untuk luahkan perasaan pada orang yang kita suka.=) Part yang paling susah kot...

  • Memandangkan kita ni masih lagi student, imam muda suruh kita banyakkan bersabar. Utamakan dahulu niat kita datang ke U.
  • Luahkan perasaan secara berperingkat-peringkat. Sebagai manusia sangat susah untuk kita bendung perasaan kita tapi dinasihatkan untuk sabar dulu.
  • Kalau suka kat orang tu, observe dulu. Kawan dulu dengan orang tu. Kenal hati budi. Tak payah nak gelojoh terus nak bagitahu.
  • Rasa-rasa bila dah habis study, barulah terus terang dengan orang yang kita suka.
  • Lebih afdhal jumpa terus dengan family calon teman kita. Tu lagi proper.
  • Bincang dengan family dan buat istikharah sebaik2nya 7 hari sehingga dapat petunjuk daripada Allah s.w.t.
5. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik ; lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat.
  • Mungkin pada pandangan kita adakalanya, lelaki itu seorang yang soleh tetapi isterinya adalah seorang yang jahat atau sebaliknya. Namun, perlu diingatkan disini, Allah lebih mengetahui. Mungkin pada pandangan kita lain tapi Allah dah rencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.
6. Berkahwin di usia yang muda.
  • Usia perkahwinan dinilai pada faktor iman bukan umur. Kalau rasa-rasa mampu teruskanlah. Tapi jangan belakangkan ibu bapa. Andainya mereka tidak bersetuju maka lupakanlah niat tu. Kalau dah tak tahan sangat pun gunakan cara yang baik. Pujuklah mereka. Yang penting jangan membelakangi mereka dalam hal ini.
Huhuhu..tu dia sedikit perkongsian. Mungkin penyampaian aku sedikit berbeza tapi andainya ada kesilapan tegur-tegurlah ek. Aku hanyalah insan lemah yang banyak kelemahan. Wallahuallam...

p/s: Asyraf lagi hansem bila pandang depan-depan...hahaha...=p