Pages

Saturday, April 23, 2011

Ex-Rumetku dah tua..=)

Post nie khas buat ex-rumet yang tersayang, Yuafida...=)

SELAMAT HARI LAHIR



Selamat Menyambut Hari Tua, Yu!!! Sayang sangat-sangat kat orang tu..hehe...x dapat nak celebrate besday sama-sama. Tunggu Yu dah konvo la orang tunggu Yu belanja orang ngan Mek Jah k...Orang tu grad dulu dari kitorang...huhu......

Ucapan khas daripada orang:

1) Moga panjang umo n murah rezki..
2) Moga grad dengan cemerlang..
3) Teruskan dengan senyuman colgate tu yek sampai bila-bila..(kot-kot orang terlupa kat yu...tgk senyum tu je leh ingat..hahaha)
dan yang terakhir sekali
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
4) Cepat lah kahwin!!!!!

KAMI lah penghuni D 1.4 Kolej Matrikulasi Johor...

Terima Kasih sangat-sangat atas persahabatan ini. Moga ia berkekalan selama-lamanya..amin..jangan lupa kat budak-budak busuk..hehehe

Friday, April 8, 2011

I'm in Love

Assalammualaikum...

Ehem...ehem...saya nak buat satu pengumuman nie...hehe..saya dah jatuh cinta...Nape tak percaya ke? Nak tengok tak siapa yang dah buat aku jatuh cinta tu?? Apa tak nak? Tipu.....padahal tertanya-tanya....hahaha..jom jom tengok

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah kekasih baruku..hehe..Muhammad As-Siddiq....=)..haha..mesti korang dah fikir lain kan...nie lah anak buah membe aku liana yunos..dah lama aku tringin nak jumpa ngan dak kecik nie..asyik tak ada peluang jek. akhirnya dapat juga aku jumpa....



p/s: aku dah cop As-Siddiq awal2 untuk calon menantu aku k....hahaha....


video

Tuesday, April 5, 2011

Memories that will remain forever....


Ce Teka mana satu aku..hahaha....jangan nak muntah ek....

Assalammualaikum.....

Sejak dua tiga hari ni la kan.....aku asyik reminiscing the past jek...huhu...tiba-tiba teringat masa zaman sem 1 kat UPM...sejak dari sekolah aku memang minat bidang yang kena cakap-cakap ni..Tiba-tiba entah cam ner la kan boleh masuk dalam Pasukan Debat Kosass sesi 2009/2010...Seyes kenangan tu antara kenangan yang terindah dalam hidup aku.

Aku ingat lagi masa nak masukkan nama untuk audition. Dah dekat seminggu aku nampak borang tu terlekat kat pintu masuk blok. Rasa macam nak tulis nama tapi macam tak berani. Masa tu Mai la yang kata try je la. Kalau ada rezeki ada tak ada tak apalah. Masa tarikh last tu baru aku tulis nama...Skali malam tu punyalah lena aku dah tidur dapat mesej suruh turun DJ sekarang sebab ada audition. Kelam-kabut aku.

Sampai-sampai kat dewan tengok ada la muka-muka yang aku kenal masa Minggu Perkasa Putra. Meremang bulu roma dengar diorang sampaikan hujah. Pastu dengar pula ada yang budak yang pernah masuk debat UIA la...seyes aku tak letak hope yang tinggi untuk join mende ni.

Lepas balik dari audition aku tawakal je. Kalau ada rezeki aku akan dapat kalau tak ada tak apalah.( HEhe...punya budak baik aku ni)..pastu aku dah macam tak fikir sangat pasal mende ni skali lepas 3 ari kot dapat mesej tahniah terpilih untuk masuk team debat kolej. Pergh...seyes rasa hepi sangat-sangat masa tu.

Aku dalam team B..Team A Che Ly, Che Ya ngan Faz. Team B aku, Farah ngan Ckin. Team A memang mantap la. Dorang yang banyak ajar kitorg cara nak berdebat sebab Team B memang tak pernah ada pengalaman masuk debat. Kami start daripada zero. Tapi syukur kami dapat buat yang terbaik. Masa 1st match tak sangka Team B leh menang. Psiko gila pembangkang masa tu. Senior-senior dah target team B takkan menang sebab yang kitorg lawan masa tu ialah yang dapat TOP 3 masa Pertandingan sebelum ni. Seyes lepas debat tu kitorg tawakal je. Skali masa diumumkan " Usul Pada Hari Ini Diterima." Leh tak aku ngan team aku wat muka blur jek. Supporter kitorg yang tepuk kuat-kuat. Skali baru sedar kitorg menang 1st match. Hahaha...rasa nak nangis je masa tu. Kejayaan pertama kat UPM.

Alhamdulillah Team A pun menang. Tapi rezeki team B tak secerah Team A. Kami tak dapat masuk ke pusingan seterusnya. Tapi kami tak pernah fikir team A or Team B kami selalu fikir kami ni satu team. Support each other. Perjuangan kami tak berhenti setakat itu je.

Kali ini kami bersatu dalam Liga Debat Putra (LDP). Kali ni satu team 10 orang. Masa ni memang kami bersatu dan jadi antara pasukan yang digeruni (hehe...tak berlagak ek)...Lawan K10, K11, K6,K15. Satu persatu kami tewaskan syukur kami dapat mara ke pusingan separuh akhir tapi tewas dengan KTDI. Tapi kami bangga tewas dengan pasukan yang setaraf dengan kami (che wah....hahaha).

Waa....rindunya dengan dak2 debat Kosass. Kitorang dah macam satu keluarga. Buka puasa sama-sama, makan sama-sama, nangis sama-sama, gelak sama-sama, lepak kat DJ sama-sama sampai kul 5 pagi nak setelkan poin2. Sekarang semua dah berpecah. Che Ya dah jadi pendebat U, Che Ly dah kluar KOSASS, aku pun sama gak, semua dah ada arah tuju masing-masing.

Bila tengok video kat bawah nie rasa nak meleleh jek air mata. Sayang korang semua..=)

It will Remain Forever.....

video

Saturday, April 2, 2011

Colours of My Life....

Assalammualaikum...

Tengah godek-godek folder kat laptop ni tiba-tiba terbuka folder gambar sepupu-sepupu aku...tapi sayang tak semua gambar sepupu aku ada. Yang banyak gambar si kecik Hana Hazira jek...Tunggu lah post yang akan datang aku post semua gambar sepupu aku...ada la dalam 30 orang..(rindu sangat kat dorg semua.....)....dah lama tak pergi bercuti bersama...kalau pergi pun aku asyik ketinggalan.....cuti 4 bulan nie aku tak nak lepaskan peluang...huhu.....








Nie gambar anak kepada dua pupu aku..kira anak buah la kan?? Lama tak jumpa si kecik nie..mesti tak ingat dah kat mami dia....kalau nak angkat dia kena rasuah dulu dengan coklat kalau tak geleng kepala jek bila tunjuk tangan kat dia....huhu...
Muka suci masa form 4....hehe...sekarang pun muka suci gak kan....=)

Friday, April 1, 2011

Being happy..=)

Assalammualaikum....

Erm, sebenarnya tak ada benda nak diceritakan walaupun nak share banyak benda..hehe...(kepala tak betul punya ayat)...nak share video kat bawah nie jek...sweet sangat..=)

p/s: kakakku, cepatlah kahwin...nak merasa ada anak buah nie....