Pages

Wednesday, June 22, 2011

Love is Cinta



Apabila seseorang memberikan kita hadiah adakah kita akan menyayangi hadiah atau pemberi hadiah?

Sudah pasti pemberinya kan?

Begitulah cinta

Cinta ibarat hadiah.....ia merupakan anugerah Illahi yang tak ternilai kepada kita.

Namun, apabila mendapat cinta ingatkah kita pada pemberi-Nya?


Sumber: IKIM.FM


Tuesday, June 21, 2011

Travelog Haji vs Travelog Dakwah

Assalammualaikum....
Aku confirm ramai yang dah pernah baca buku ni kan. Dua buku ni dah berapa kali diulang cetak and still out of stock masa nak dapatkannya. Terima kasih pada sepupu aku sebab hadiahkan buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok sempena birthday aku yang lepas. Akhirnya, tercapai juga hasrat nak baca kedua-dua buku ilham Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim.

Buku ni sebenarnya di rekemen oleh Kak Fathanah a.k.a Prof Fathanah. Ternyata apa yang kak Fathanah rekemen tak payah diragui. Memang setiap ayat yang ditulis oleh penulis ini menusuk ke hati yang paling dalam. Adakalanya air mata mengalir memikirkan dosa-dosa sendiri.

Aku dapat menghayati setiap kata-kata beliau apabila aku sendiri pernah memijakkan kaki ke Tanah Suci tahun lepas. Terbayang-bayang saat itu dengan hanya satu perasaan apabila berada di sana iaitu untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan dari Allah s.w.t. Ternyata ia adalah perasaan yang sukar untuk digambarkan. Setiap saat yang dilalui amat berharga.

Travelog Haji menceritakan bagaimana pengalaman yang dilalui oleh Prof Kamil apabila Allah menggerakkan hatinya untuk kembali ke pangkal jalan sehingga beliau diberi peluang untuk menunaikan haji manakala Travelog Dakwah menceritakan kehidupannya yang cuba untuk meneruskan ibadat yang dilakukan oleh beliau selepas pulang dari Tanah Suci.

Semoga Allah memberkati hidup beliau dan sekeluarga atas niat beliau untuk mengeluarkan buku ini untuk dijadikan pedoman kita semua. Amin.

Monday, June 20, 2011

Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh


Assalammualaikum...

Aku kenal dengan buku ni masa penulisnya Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman datang ke kolej keenam (kolej aku..hehe) UPM untuk bagi ceramah mengenai Kiamat: Bersediakah anda. Masa tu ada promosi buku ni tapi poket tengah sengkek. Lepas habis exam je, aku pergi cari kat MPH buku ni. Nasib baik ada lagi masa tu tinggal lagi empat buah je.

Sultan Muhammad Al-Fateh.....kenalkah kita pada tokoh yang telah mengubah sejarah dunia?

Sultan Muhammad Al-Fateh......penakluk Constantinople....

Sultan Muhammad Al-Fateh...yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud.

Sultan Muhammad Al-Fateh.....tokoh yang fasih di dalam tujuh bahasa

Sultan Muhammad Al-Fateh....strategi perang yang digunakan ketika menakluk konstantinople diakui oleh sejarawan bahawa ia merupakan strategi peperangan yang terbaik di dunia.

Sultan Muhammad Al-Fateh...."Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya sebaik-baik tentera"


Di dalam buku ini penulis mengupas kemenangan pembebasan Konstantinople dengan amat baik sekali. Pelbagai faktor yang menjurus kepada kemenagan telah di huraikan dengan baik di dalam buku ini. Jangan ketinggalan untuk dapatkannya.....hanya RM 19.00.


Sunday, June 19, 2011

Nak jadi ahli kimia

Assalammualaikum, people.

Life as a chemist wannabe. Bes masa buat eksperimen dan sangat 'bes' masa nak buat report yang
panjang berjela-jela. Lagi 'bes' kalau ada graf. Lagi-lagi bes kalau eksperimen tak jadi supaya discussion
anda akan jadi sangat panjang punya panjang. Tapi aku boleh gerenti satu perkara. Anda tidak akan sesekali
mengantuk seperti eksperimen fizik ketika membuat eksperimen kimia. Student fizik jangan marah, yek =)

Dah-dah. Aku dah mula mengarut. Jom tengok gambar.

Titration
After titration

Measuring melting point. Mula kenal this equipment masa semester dua.
Y.E.L.L.O.W
Ayat yang selalu happy go lucky


Spectrum

Calculating concentration

B.L.U.E
P.U.R.P.L.E
Titration again. Subject analytical chemistry yang tak boleh lari dari titration
IR spectrum

Saturday, June 18, 2011

Ku Ingin Benar Bersama Denganmu


Berubah



Berikan ku waktu untuk bersamamu
Meniti hari…



Tak puas bagiku
Dan kau pun berlalu
Tinggal ku sendiri…

Gelap seluruh jiwaku..



Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…




Kau yang kukenali
Dan kini menjadi
Insan yang lain

Dulu kau berjanji
Kan hidup semati
Meniti hari…



Semuanya telah berakhir



Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…



Semuanya telah berakhir…



Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh…

Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku…


Oh.. Kasih…


p/s: addicted to this song...=)

Sunday, June 5, 2011

Negeri 5 Menara VS Ranah 3 Warna

  • Apakah yang akan kita lakukan apabila kita ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang lain tetapi cita-cita itu terhalang untuk menunaikan hasrat ibu bapa kita?
  • Adakah kita akan tetap dengan pendirian kita untuk mencapai cita-cita sendiri ataupun sanggup berkorban demi impian kedua orangtua kita?
  • Ketika baru hendak bergembira apabila tercapai cita-cita kita, ayah kita meninggal dunia. Kita adalah anak sulung di dalam keluarga lebih-lebih lagi anak lelaki. Adik-adik pula masih kecil. Adakah kita akan mengorbankan cita-cita kita untuk kali kedua?
  • Bagaimana pula hendak membayar yuran pengajian, perbelanjaan di u, membiayai pelajaran adik-adik dan sebagainya.
  • Di dalam hati pula mempunyai impian yang sangat besar iaitu untuk melihat negara luar ketika masih di peringkat ijazah sarjana muda. Adakah impian itu pula akan tercapai?

Semua persoalan ini telah dibangkitkan oleh A. Fuadi di dalam novel terbarunya Ranah 3 Warna. Novel kedua selepas Negeri 5 Menara. Masa novel ni keluar aku dah tak sabar dah nak baca dan sangat-sangat terima kasih kepada sepupu aku yang hadiahkan untuk hari lahir aku. Thank you so much, ya!

Jangan ketinggalan beli buku ni. Sama seperti negeri 5 menara, Ranah 3 Warna tidak kurang hebatnya. Rasa sangat-sangat inspired bila baca buku ni bila heronya Alif Fikri sangat gigih. Selepas mentera Man Jadda Wajada dalam novel negeri 5 menara, ranah 3 warna pula mengajar mentera Man shabara Zafira.

Tak nak cerita lebih-lebih. Belilah buku ni. Confirm takkan rugi. Sesiapa yang tak baca lagi novel negeri 5 Menara baik baca novel tu dulu untuk lebih menghayati isi novel ni.


p/s: Tunggu ya untuk update pasal buku-buku lain yang aku dah baca. Ada few books yang aku dah baca tapi tak sempat nak update. =)