Pages

Friday, December 30, 2011

Bye 2011

Assalammualaikum.......



2011 tak lama lagi akan meninggalkan kita, 2012 bakal menjelma. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi yang telah memberikan peluang untuk aku hidup di dunia ini. 2011 terlalu banyak kisah suka, duka, pahit dan manis dalam hidup ini. Andai di beri peluang ada kisah yang ingin aku kenang hingga ke akhir hayat dan ada pula yang aku ingin buang sejauh-jauhnya.

2011
Umur menginjak ke angka 21. Angka yang sudah melayakkan aku untuk mengundi. Angka yang sepatutnya sudah boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk. InsyaAllah.

Di tahun ini juga, berlaku sejarah dalam hidup aku yang aku rasakan terlalu pahit. Andai di beri peluang biarlah aku dan kawan-kawan aku sahaja yang menjadi insan-insan yang terakhir yang teraniaya. Mungkin di mata orang lain, lain pandangannya. Benar kata orang 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.' Baru aku sedar di dunia ini terlalu ramai yang bergembira melihat kaum sendiri teraniaya. Satu pengalaman yang aku pelajari yang akan aku kenang sepanjang hidup ialah setinggi mana seseorang itu belajar, sejauh mana orang itu melanjutkan pelajaran tidak menjamin moral dan nilai hidup seseorang itu. Kuasa dan pangkat adakalanya membuatkan manusia mudah alpa dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan. Namun, aku bersyukur banyak hikmah yang aku nampak selepas kejadian itu. Aku sedar akan definisi sahabat juga definisi kawan. Ya, memang benar kata orang. Kawan ketawa mudah dicari kawan menangis susah untuk dicari. Dalam masa yang sama hadirnya ramai insan-insan yang menolong kami. Kebenaran mungkin kabur tetapi kebenaran tidak akan sesekali hilang.

Senyuman mungkin mampu untuk diukirkan bila melihat insan-insan yang menganiaya ketika itu apabila bertentang mata tapi apa yang ada di hati hanya Allah sahaja yang tahu. Aku harap masa akan dapat mengubah segala-galanya.

Di tahun ini juga pertama kali aku memasuki ke alam pekerjaan. Aku diberi peluang untuk melihat dunia luar, melihat dunia korporat. Berurusan dengan syarikat-syarikat besar. Aku sedar dunia ini terlalu besar dan banyak lagi perjalanan yang perlu aku tempuhi. Banyak rintangan yang perlu dilalui sebagai khalifah di dunia ini. Sekali lagi aku bersyukur kerana di beri peluang bertemu dengan insan-insan yang banyak membantu aku.

Selain itu, pengalaman yang tak boleh dilupa buat tax computation. Sebulan pertama memang rasa macam nak nangis pun ada kadang-kadang. Dapat sekotak bil-bil macam sampah. Kena agih-agihkan ikut kategori lepas tu totalkan. Lepas dah total kena buat Profit&loss statement lepas tu buat tax computation. Tu baru first stage. Lepas dah buat tax manager check ada pula salah kena betulkan balik. Lepas approved jumpa klien. Sekali klien kata dia tertinggal bil. Bil pula bukan satu atau dua. Maunya dia bagi sepuluh ke dua puluh. Kena kira balik. Hantar balik kat tax manager pastu hantar balik kat klien. Dah approve kena sediakan borang B, sediakan cheque ngan cover letter. Cuba bayangkan kes macam ni ada dekat 50 lebih klien. Macam mana aku tak kurus masa kerja. Tapi memang pengalaman yang menarik. Aku belajar guna Excel, MYOB, nak menaip formal e-mail, etika nak telefon klien. Even klien tu melayu, kita kena cakap dalam english unless klien tu cakap dalam bahasa melayu. Secara tak langsung aku belajar communication skills, teamwork, time management dan banyak lagi. Tiba-tiba rindu dekat semua staf. Walaupun hanya 3 bulan aku bekerja kenangan itu tak mungkin aku lupakan. Kami sangat akrab. Masih lagi jelas di ingatan saat-saat aku nak tergelak terguling-guling dalam office tu.

Pertama kali drive seorang diri. Sejak aku dapat lesen dua tahun yang lepas tak pernah aku bawa kereta seorang diri. Hidup di Kl, drive di Kl. Memang terasa pengalaman sangkut dengan jam. Kadang-kadang tak faham kenapa jam tengok tak ada accident pun. Tapi paling mencabar masa Bukit Jalil ada match bola. Masa perlawanan dengan Singapore, Liverpool, Chelsea. Pukul 12 balik kerja sesak dari MRR2 sampai simpang nak masuk Sri petaling. Jalan kaki pun dah boleh sampai rumah. Tapi nasib baik masa tu Mizah balik dengan aku. Kitorang patah balik, pusing balik lalu ikut jalan belakang. Kalau mizah tak ada memang aku tunggu kat jalan biasa lah, tak berani aku nak lalu jalan tu dah lah sunyi ada hutan kiri dengan kanan plak.

Persahabatan dua negara. Program mobiliti membuatkan aku menambah kenalan dari negara jiran. Siapa sangka perkenalan selama seminggu membuatkan kami berhubung sehingga ke hari ini. InsyaAllah satu hari nanti aku akan pijak juga ke jogja melihat teman-teman di sana pula. Dalam proses kumpul duit ni..=)

Di akhir tahun ini juga, aku diberi amanah untuk mengambil tugas yang aku rasa sangat berat. Aku tak tahulah sama ada aku mampu atau tak. InsyaAllah, aku akan cuba yang terbaik untuk laksanakannya. Bagi mengahadapi tahun 2012 aku perlu sediakan mental dan fizikal. Banyak yang aku boleh bayangkan tapi aku yakin dengan adanya kerjasama dari semua pihak impian yang satu itu akan dapat tercapai. InsyaAllah.

Terlalu banyak pengalaman yang aku lalui. Mungkin ini sahaja yang ingin aku kongsikan. Azam Baru? Biarlah jadi nota di diari peribadi sahaja. Namun, satu azam yang ingin aku kongsikan ialah moga tahun 2012 menjadikan aku manusia yang lebih matang, manusia yang lebih bersyukur dan paling utama hamba Allah yang taat pada-Nya. InsyaAllah

Sunday, December 18, 2011

APabila stress..

Assalammualaikum...

Semester ini betul-betul mencabar jiwa dan raga. Lagi-lagi masa test 2. Berderet test aku macam final pula aku rasa. Lepas habis je test 2 aku ajak Mai pergi jalan-jalan. Aku kata ngan mai aku nak release tension dengan makan-makan-makan-makan.

Jadi hari jumaat tu lepas habis kuliah kimia fizik aku tunggu Mai dekat bus stop. Masa tengah tunggu bas tu tiba-tiba terserempak Aliffah dengan Yana baru balik dari kelas. Aku ajak diorang join sekali.

Aku rasa puas betul lepak hari tu. Makan dengan banyak pula tu, tengok ombak rindu dan paling bes lepak. Dah lama gila aku tak lepak dengan pah. Nama je satu fakulti jumpa hai-hai bye-bye je. Langsung tak ada peluang nak berborak. Ni baru tahun ketiga kalau final year pastu sibuk dengan FYP tak tahu lah gaya cam ner. Dah banyak bebel layan gambar la plak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Muka bahagia Mai

Kawan baik aku yang aku selalu hye-hye bye bye semester ni kat fakulti. Silalah tengok mata panda aku. Panda pun tak mengaku tu mata dia.



Muka tak sabar nak bedal semua makanan atas pinggan tapi cover.


Aku tak tahu nak letak caption apa kat gambar ni. Tapi aku rasa masa ni aku tengah jeling-jeling dekat waiter sebab aku dah lapar sangat.

Aku tak tahu mai pandang siapa sebab 'dia' tak ada kat sana. Aku rasalah dari pemerhatian aku dia sedang teringatkan orang tu kut. Mesti orang tu terbatuk-batuk. Muahahaha.

Air aku

Air Pah

Nie air paling meriah. Tapi bila aku pandang air ni aku teringat extraction. Bahagian atas macam aqueous layer bahagian bawah organic layer. Terbaik kan mai sampai air pun dia cari yang ada aplikasi kimia. Terbaik ar Mai!

Yana sori gambar kau tak ada dalam nie. Sebenarnya kitorg amik gambar ni pun sebab tunggu kau balik dari toilet. Agak-agak kalau kau tak pergi toilet, gambar pun tak ada sebab semua stok lapar belum sempat nak bergambar dah baham abis apa yang ada kat pinggan. Tinggal pinggan licin kosong je nak ambil gambar.

p/s: Balik aku tapau KFC.


Saturday, December 17, 2011

Erti Hidup

Assalammualaikum...

Pagi tadi aku bangun awal. Erk, awal ke? Awal la juga untuk hari cuti (janganlah bakal mak mertua aku baca). Dengan gigihnya aku pergi basuh baju. Masa sedang basuh baju tu, aku terjumpa dengan mak cik cleaner yang selalu murah dengan senyuman baru nak basuh bilik air.

Inilah dialog kami:


Aku: Mak cik nak basuh ke? Tak apalah saya cuci baju saya sekejap lagi. Mak cik basuh bilik air dulu.

Mak cik: Tak apalah, dik. Baik basuh sekarang jangan tangguh-tangguh nanti petang hujan. Baik cuci sekarang. Tak ganggu pun.

Maka, aku pun gigihlah basuh baju aku tu.

Mak cik: Adik budak baru atau dah lama kat sini. (masa ni aku terdiam nak cakap aku ni budak baru bukanlah baru sangat. Nak cakap pelajar lama aku pun kira junior juga duduk k6)

Dengan penuh yakin, aku menjawab

Aku: Pelajar lama, mak cik. Mak cik dah lama ke kerja kat sini?

Mak cik: Dah lama, dik. Dari tahun 2000. Tapi dekat kolej ni baru 12 bulan. Sebelum ni mak cik kerja di KC.

Aku: Oh, ye ke. Lama dah lah mak cik kat sini. Mak cik asal orang mana?

Mak cik: Mak cik dari Surabaya, dik.

Aku: Oh. Masa cuti semester mak cik kerja juga ke?

Mak cik: Kerja, dik. Nanti lepas adik semua pergi bercuti mak cik kena bersihkan blok semua. Nanti akan ada orang duduk sini. Mak cik kerja macam biasa lah.

Aku: Oh ye ke. Maksudnya hari-harilah mak cik kerja kecuali hari ahad.

Mak cik: Ye, dik. Kalau tak datang sehari gaji kena potong.

Aku tersentak masa ni.

Aku: Kena potong? Mak cik tak boleh ambil cuti ke? Kalau sakit macam mana?

Mak cik: Sakit bolehlah nak mc. Tapi nak bayar duit klinik bukan murah. Jadi, kalau sakit kerjalah sikit-sikit. sebab kita kan kerja hari-hari jadi tak adalah kotor sangat. Tapi hari biasa kena kerja kuat sikitlah.

Aku: Kasihannya.

Mak cik: Alhamdulillah, dik. Allah itu Maha Adil. Cukuplah duit tu mak cik nak hantar ke kampung.

Aku: Mak cik ada berapa orang anak?

Mak cik: Dua orang. Semua dah kahwin dah. Ada juga mereka cakap nak datang malaysia gantikan mak cik tapi mak cik cakap biarlah selagi mak cik berdaya biar mak cik yang merantau ke sini. Susah nak hidup di negara orang.

Sekali lagi aku tersentak sebab teringatkan kesusahan dihadapi.

Aku: Susah kan duduk di negara orang tak sama macam di negara sendiri.

Mak cik: Ya, dik. Kadang-kadang rasa susah juga. Gaji mak cik RM 602. Dengan duit tu lah mak cik beli beras. Dulu masa harga beras RM 6 pun gaji mak cik RM 602 juga sekarang nak dekat RM 15 pun gaji tetap sama. Tapi kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada, dik. Selagi badan masih terdaya untuk membuat kerja selagi itu kita kena berusaha. Itu yang mak cik kutip tin-tin, botol-botol dengan duit tu mak cik beli sabun, sarapan kat sini.

Aku dah rasa sebak masa mak cik tu cakap macam tu. Bila bandingkan hidup aku dengan hidup mak cik ni.

Aku: Teruskan berdoalah mak cik. InsyaAllah segala kesusahan mak cik suatu hari nanti Allah akan balas. Mungkin anak-anak mak cik atau cucu-cucu mak cik akan hidup senang nanti.

Mak cik: Ya, dik. Mak cik tetap bersyukur walau apa pun keluarga mak cik tak pernah kelaparan lagi. Terima kasih, ya dik. Nanti kita borak-borak lagi.

Mak cik tu berlalu dengan senyuman dia lagi.

Sambil bilas-bilas baju. Aku terbayang-bayang kembali perbualan tadi. Aku bandingkan diri aku dengan diri mak cik tu. Aku rasa diri ini bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan mak cik tu. Mungkin dari segi pendidikan, kesenangan dunia aku nampak tinggi tapi hakikatnya sebagai seorang manusia mak cik tu jauh lagi hebat.

Senyuman dia memberikan seribu satu erti jika ditafsirkan. Asal keluarga ibu bapa aku adalah dari keluarga senang kemudian Allah uji mereka dengan kesusahan. Ayah aku dan pak cik-pak cik aku yang lain membesar dengan kesusahan tetapi kini Alhamdulillah semuanya hidup senang. Kesenangan itu membuatkan aku tidak pernah tahu erti susah. Dari kecil sampai ke hari ini umur aku 21 tahun aku tak tahu erti hidup susah. Boleh dikatakan dari segi material semua yang aku nak aku tak pernah tak dapat.

Aku dimanjakan bukan sahaja oleh mak dan ayah aku tetapi pak cik2 dan mak cik2 aku. Jika sepupu-sepupu aku tanya pada mak dan ayah mereka siapa yang mereka lebih sayang aku atau mereka pak cik dan mak cik aku akan cakap aku dulu kemudian baru anak-anak mereka. Jika aku demam berderet-deret telefon aku tanya aku ok ke tak. Kalau hari lahir aku semua pak cik-pak cik aku dan mak cik-mak cik aku akan bergilir-gilir sms dan call. Dalam banyak-banyak sepupu dan adik-beradik aku hari jadi akulah yang paling diingati oleh semua.

Percaya atau tak aku tak pernah naik kemuadahan awam seorang diri sehingga aku masuk ke universiti. Itupun aku tak bagitahu sesiapa kat rumah yang aku naik komuter balik rumah. Sampai aku matrik pergi balik aku berjemput. Begitu senang hidup aku. Tetapi bila aku berbual dengan mak cik tadi aku rasa aku kurang bersyukur. Rasa malu dengan diri sendiri.

Apalah kesusahan yang aku alami untuk mengenggam sebuah ijazah jika dibandingkan dengan kesusahan mak cik itu untuk menyara keluarganya.

Moga Allah memberkati keluarga mak cik itu serta mak cik itu.

Terima kasih mak cik kerana membuka mata saya.