2011 tak lama lagi akan meninggalkan kita, 2012 bakal menjelma. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi yang telah memberikan peluang untuk aku hidup di dunia ini. 2011 terlalu banyak kisah suka, duka, pahit dan manis dalam hidup ini. Andai di beri peluang ada kisah yang ingin aku kenang hingga ke akhir hayat dan ada pula yang aku ingin buang sejauh-jauhnya.
2011
Umur menginjak ke angka 21. Angka yang sudah melayakkan aku untuk mengundi. Angka yang sepatutnya sudah boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk. InsyaAllah.
Di tahun ini juga, berlaku sejarah dalam hidup aku yang aku rasakan terlalu pahit. Andai di beri peluang biarlah aku dan kawan-kawan aku sahaja yang menjadi insan-insan yang terakhir yang teraniaya. Mungkin di mata orang lain, lain pandangannya. Benar kata orang 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.' Baru aku sedar di dunia ini terlalu ramai yang bergembira melihat kaum sendiri teraniaya. Satu pengalaman yang aku pelajari yang akan aku kenang sepanjang hidup ialah setinggi mana seseorang itu belajar, sejauh mana orang itu melanjutkan pelajaran tidak menjamin moral dan nilai hidup seseorang itu. Kuasa dan pangkat adakalanya membuatkan manusia mudah alpa dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan. Namun, aku bersyukur banyak hikmah yang aku nampak selepas kejadian itu. Aku sedar akan definisi sahabat juga definisi kawan. Ya, memang benar kata orang. Kawan ketawa mudah dicari kawan menangis susah untuk dicari. Dalam masa yang sama hadirnya ramai insan-insan yang menolong kami. Kebenaran mungkin kabur tetapi kebenaran tidak akan sesekali hilang.
Senyuman mungkin mampu untuk diukirkan bila melihat insan-insan yang menganiaya ketika itu apabila bertentang mata tapi apa yang ada di hati hanya Allah sahaja yang tahu. Aku harap masa akan dapat mengubah segala-galanya.
Di tahun ini juga pertama kali aku memasuki ke alam pekerjaan. Aku diberi peluang untuk melihat dunia luar, melihat dunia korporat. Berurusan dengan syarikat-syarikat besar. Aku sedar dunia ini terlalu besar dan banyak lagi perjalanan yang perlu aku tempuhi. Banyak rintangan yang perlu dilalui sebagai khalifah di dunia ini. Sekali lagi aku bersyukur kerana di beri peluang bertemu dengan insan-insan yang banyak membantu aku.
Selain itu, pengalaman yang tak boleh dilupa buat tax computation. Sebulan pertama memang rasa macam nak nangis pun ada kadang-kadang. Dapat sekotak bil-bil macam sampah. Kena agih-agihkan ikut kategori lepas tu totalkan. Lepas dah total kena buat Profit&loss statement lepas tu buat tax computation. Tu baru first stage. Lepas dah buat tax manager check ada pula salah kena betulkan balik. Lepas approved jumpa klien. Sekali klien kata dia tertinggal bil. Bil pula bukan satu atau dua. Maunya dia bagi sepuluh ke dua puluh. Kena kira balik. Hantar balik kat tax manager pastu hantar balik kat klien. Dah approve kena sediakan borang B, sediakan cheque ngan cover letter. Cuba bayangkan kes macam ni ada dekat 50 lebih klien. Macam mana aku tak kurus masa kerja. Tapi memang pengalaman yang menarik. Aku belajar guna Excel, MYOB, nak menaip formal e-mail, etika nak telefon klien. Even klien tu melayu, kita kena cakap dalam english unless klien tu cakap dalam bahasa melayu. Secara tak langsung aku belajar communication skills, teamwork, time management dan banyak lagi. Tiba-tiba rindu dekat semua staf. Walaupun hanya 3 bulan aku bekerja kenangan itu tak mungkin aku lupakan. Kami sangat akrab. Masih lagi jelas di ingatan saat-saat aku nak tergelak terguling-guling dalam office tu.
Pertama kali drive seorang diri. Sejak aku dapat lesen dua tahun yang lepas tak pernah aku bawa kereta seorang diri. Hidup di Kl, drive di Kl. Memang terasa pengalaman sangkut dengan jam. Kadang-kadang tak faham kenapa jam tengok tak ada accident pun. Tapi paling mencabar masa Bukit Jalil ada match bola. Masa perlawanan dengan Singapore, Liverpool, Chelsea. Pukul 12 balik kerja sesak dari MRR2 sampai simpang nak masuk Sri petaling. Jalan kaki pun dah boleh sampai rumah. Tapi nasib baik masa tu Mizah balik dengan aku. Kitorang patah balik, pusing balik lalu ikut jalan belakang. Kalau mizah tak ada memang aku tunggu kat jalan biasa lah, tak berani aku nak lalu jalan tu dah lah sunyi ada hutan kiri dengan kanan plak.
Persahabatan dua negara. Program mobiliti membuatkan aku menambah kenalan dari negara jiran. Siapa sangka perkenalan selama seminggu membuatkan kami berhubung sehingga ke hari ini. InsyaAllah satu hari nanti aku akan pijak juga ke jogja melihat teman-teman di sana pula. Dalam proses kumpul duit ni..=)
Di akhir tahun ini juga, aku diberi amanah untuk mengambil tugas yang aku rasa sangat berat. Aku tak tahulah sama ada aku mampu atau tak. InsyaAllah, aku akan cuba yang terbaik untuk laksanakannya. Bagi mengahadapi tahun 2012 aku perlu sediakan mental dan fizikal. Banyak yang aku boleh bayangkan tapi aku yakin dengan adanya kerjasama dari semua pihak impian yang satu itu akan dapat tercapai. InsyaAllah.
Terlalu banyak pengalaman yang aku lalui. Mungkin ini sahaja yang ingin aku kongsikan. Azam Baru? Biarlah jadi nota di diari peribadi sahaja. Namun, satu azam yang ingin aku kongsikan ialah moga tahun 2012 menjadikan aku manusia yang lebih matang, manusia yang lebih bersyukur dan paling utama hamba Allah yang taat pada-Nya. InsyaAllah
semoga persahabatan & persaudaraan kita untuk selamanya.. :) .. Jogja siap menyambut azee dengan ramah, kapanpun azee kesini..
ReplyDelete