Pages

Saturday, December 17, 2011

Erti Hidup

Assalammualaikum...

Pagi tadi aku bangun awal. Erk, awal ke? Awal la juga untuk hari cuti (janganlah bakal mak mertua aku baca). Dengan gigihnya aku pergi basuh baju. Masa sedang basuh baju tu, aku terjumpa dengan mak cik cleaner yang selalu murah dengan senyuman baru nak basuh bilik air.

Inilah dialog kami:


Aku: Mak cik nak basuh ke? Tak apalah saya cuci baju saya sekejap lagi. Mak cik basuh bilik air dulu.

Mak cik: Tak apalah, dik. Baik basuh sekarang jangan tangguh-tangguh nanti petang hujan. Baik cuci sekarang. Tak ganggu pun.

Maka, aku pun gigihlah basuh baju aku tu.

Mak cik: Adik budak baru atau dah lama kat sini. (masa ni aku terdiam nak cakap aku ni budak baru bukanlah baru sangat. Nak cakap pelajar lama aku pun kira junior juga duduk k6)

Dengan penuh yakin, aku menjawab

Aku: Pelajar lama, mak cik. Mak cik dah lama ke kerja kat sini?

Mak cik: Dah lama, dik. Dari tahun 2000. Tapi dekat kolej ni baru 12 bulan. Sebelum ni mak cik kerja di KC.

Aku: Oh, ye ke. Lama dah lah mak cik kat sini. Mak cik asal orang mana?

Mak cik: Mak cik dari Surabaya, dik.

Aku: Oh. Masa cuti semester mak cik kerja juga ke?

Mak cik: Kerja, dik. Nanti lepas adik semua pergi bercuti mak cik kena bersihkan blok semua. Nanti akan ada orang duduk sini. Mak cik kerja macam biasa lah.

Aku: Oh ye ke. Maksudnya hari-harilah mak cik kerja kecuali hari ahad.

Mak cik: Ye, dik. Kalau tak datang sehari gaji kena potong.

Aku tersentak masa ni.

Aku: Kena potong? Mak cik tak boleh ambil cuti ke? Kalau sakit macam mana?

Mak cik: Sakit bolehlah nak mc. Tapi nak bayar duit klinik bukan murah. Jadi, kalau sakit kerjalah sikit-sikit. sebab kita kan kerja hari-hari jadi tak adalah kotor sangat. Tapi hari biasa kena kerja kuat sikitlah.

Aku: Kasihannya.

Mak cik: Alhamdulillah, dik. Allah itu Maha Adil. Cukuplah duit tu mak cik nak hantar ke kampung.

Aku: Mak cik ada berapa orang anak?

Mak cik: Dua orang. Semua dah kahwin dah. Ada juga mereka cakap nak datang malaysia gantikan mak cik tapi mak cik cakap biarlah selagi mak cik berdaya biar mak cik yang merantau ke sini. Susah nak hidup di negara orang.

Sekali lagi aku tersentak sebab teringatkan kesusahan dihadapi.

Aku: Susah kan duduk di negara orang tak sama macam di negara sendiri.

Mak cik: Ya, dik. Kadang-kadang rasa susah juga. Gaji mak cik RM 602. Dengan duit tu lah mak cik beli beras. Dulu masa harga beras RM 6 pun gaji mak cik RM 602 juga sekarang nak dekat RM 15 pun gaji tetap sama. Tapi kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada, dik. Selagi badan masih terdaya untuk membuat kerja selagi itu kita kena berusaha. Itu yang mak cik kutip tin-tin, botol-botol dengan duit tu mak cik beli sabun, sarapan kat sini.

Aku dah rasa sebak masa mak cik tu cakap macam tu. Bila bandingkan hidup aku dengan hidup mak cik ni.

Aku: Teruskan berdoalah mak cik. InsyaAllah segala kesusahan mak cik suatu hari nanti Allah akan balas. Mungkin anak-anak mak cik atau cucu-cucu mak cik akan hidup senang nanti.

Mak cik: Ya, dik. Mak cik tetap bersyukur walau apa pun keluarga mak cik tak pernah kelaparan lagi. Terima kasih, ya dik. Nanti kita borak-borak lagi.

Mak cik tu berlalu dengan senyuman dia lagi.

Sambil bilas-bilas baju. Aku terbayang-bayang kembali perbualan tadi. Aku bandingkan diri aku dengan diri mak cik tu. Aku rasa diri ini bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan mak cik tu. Mungkin dari segi pendidikan, kesenangan dunia aku nampak tinggi tapi hakikatnya sebagai seorang manusia mak cik tu jauh lagi hebat.

Senyuman dia memberikan seribu satu erti jika ditafsirkan. Asal keluarga ibu bapa aku adalah dari keluarga senang kemudian Allah uji mereka dengan kesusahan. Ayah aku dan pak cik-pak cik aku yang lain membesar dengan kesusahan tetapi kini Alhamdulillah semuanya hidup senang. Kesenangan itu membuatkan aku tidak pernah tahu erti susah. Dari kecil sampai ke hari ini umur aku 21 tahun aku tak tahu erti hidup susah. Boleh dikatakan dari segi material semua yang aku nak aku tak pernah tak dapat.

Aku dimanjakan bukan sahaja oleh mak dan ayah aku tetapi pak cik2 dan mak cik2 aku. Jika sepupu-sepupu aku tanya pada mak dan ayah mereka siapa yang mereka lebih sayang aku atau mereka pak cik dan mak cik aku akan cakap aku dulu kemudian baru anak-anak mereka. Jika aku demam berderet-deret telefon aku tanya aku ok ke tak. Kalau hari lahir aku semua pak cik-pak cik aku dan mak cik-mak cik aku akan bergilir-gilir sms dan call. Dalam banyak-banyak sepupu dan adik-beradik aku hari jadi akulah yang paling diingati oleh semua.

Percaya atau tak aku tak pernah naik kemuadahan awam seorang diri sehingga aku masuk ke universiti. Itupun aku tak bagitahu sesiapa kat rumah yang aku naik komuter balik rumah. Sampai aku matrik pergi balik aku berjemput. Begitu senang hidup aku. Tetapi bila aku berbual dengan mak cik tadi aku rasa aku kurang bersyukur. Rasa malu dengan diri sendiri.

Apalah kesusahan yang aku alami untuk mengenggam sebuah ijazah jika dibandingkan dengan kesusahan mak cik itu untuk menyara keluarganya.

Moga Allah memberkati keluarga mak cik itu serta mak cik itu.

Terima kasih mak cik kerana membuka mata saya.





2 comments:

  1. azee istimewa :) ..alhamdulillah..memang rizki setiap orang berbeda..doakan keluarga azee, sahabat2 azee, serta kepada mak cik surabaya itu..semoga kita tidak pernah lupa untuk selalu bersyukur :) .. Which then of the bounties of ur Lord will u deny?

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...hari2 saya bertemu dengan mak cik itu....dia sentiasa senyum saja...yup2..kdangkala kita senang lupa utk bersyukur....

    ReplyDelete