Pages

Saturday, August 25, 2012

Tentang Persahabatan (Penang Part 2)

Assalammualaikum, semua!!!


Masih belum terlambat untuk ucapkan selamat hari raya aidilfitri kan....mohon maaf zahir dan batin atas semua salah dan silap ye..=)

Ya, aku tahu sekarang ni musim raya tapi apa kes buat entry pasal persahabatan plak. Relak, ya. Nak cerita pasal raya rasanya tak ada benda sangat sebab dua hari sebelum raya dah demam mengigil-gigil. Jadi, faham-fahamlah raya macam mana kan. Hee=p

Jadi, aku sambung cerita pasal latihan industri aku di Doping Control Centre (DCC), USM la yek. Tapi ini versi persahabatan bukan versi kerja jadi semua yang bakal diceritakan adalah mengenai hubungan yang terjalin selama dua bulan di DCC.


Budak-budak senget tapi comel Doping Control Centre...Hee..sebenarnya ada 10 orang kesemuanya tapi dua orang dah balik beraya. 

Kami seramai sepuluh orang ditempatkan di department yang berbeza-beza. Aku dengan Faridah sengaja berpisah. Nanti tak naklah orang kata kitorang buat group sendiri. So, masa diberi taklimat aku pilih untuk masuk bawah Dr. G kat Lab Proteomics dan Faridah kat Sports. 

Maka, disinilah bermulanya persahabatan di antara pelajar UPM dan USM bermula. Masa tu aku berkenalan dengan Illianida yang akan jadi partner aku under DR. G. (mesti korang tertanya-tanyakan kenapa aku tak letak nama penuh DR G..hehe...aku takut nanti ada orang google nama dia skali kuar blog aku plak. Tak ke naya tu.)

First time jumpa Illia, aku tengok muka dia macam sweet jek. Senyum je lepas tu happy go lucky. (Hmmm...nasiblah kau baca post nie Illia. Mesti terkembang-kembang nie). Tapi biasalah jumpa first time masing-masing cover cun lagi. Haha. motif nak cover cun macam Illia bakal kakak ipar aku je kan.

Dari kiri Ana, Shida, Ina, Illia dengan aku yang sangat sangat comel...Muahahaha


Kat lab proteomics nie ada lagi dua orang juga pelajar LI Shida dengan Safina. Tapi dorang under DR N. Seminggu yang pertama merupakan sesi ice breaking la kut. Masing-masing setakat senyum-senyum cover-cover lagi. Ada lah sekali dua sampai tergelak terguling-guling. 

Masuk minggu ketiga masing-masing dah ada tanduk kat kepala. Ye la kan, masa tu seminggu sebelum nak puasa so, sebelum incik syaitan dengan cik iblis nak kena kurung dia bagi tanduk kat kitorg dulu. Huhuhu.....minggu ketiga dah tak ada makna lah nak cover cun ke cover ayu. Semua stok gelak terguling-guling. Macam lab proteomics kitorang yang punya. Masa minggu ketiga ni juga ada student baru masuk, Liana dari UNIMAS. Ana pun masuk sekali kepala dengan kitorg. Jadi, faham-fahamlah sendiri kalau lima orang gelak sekali macam mana gegarnya lab. Kadang-kadang dapat jelingan free jek dari orang-orang sekeliling. Tapi nak buat macam mana kan. Kalau gelak memang susah gila nak cover. Nasiblah tak ada calon mak mertua kat sana kalau tak confirm-confirm kena reject. 

Minggu ketiga ni juga ada tournament bola jaring antara kaum wanita-wanita. Macam biasalah aku dengan sukan bagai langit dengan bumi. Aku tak masuk pun. Aku bagi support geng-geng LI yang masuk je la. Tapi kan..kan.....Ida yang lagi tak minat sukan dari aku kena masuk. Memang aku support habis-habis lah kan. Bukan senang nak tengok ida beraksi kat padang.


Senyuman bermakna dari atlet. Bangga kut aku dapat tumpangkan atlet. Hahaha

Kak Aiha yang kat tengah tu bagi taklimat sebelum nak mulakan.


Partner kesayangan aku tengah asah skill nak shoot sebelum start lawan. Korang tengok gaya dia agak-agak masuk tak bola tu? Tekalah sendiri ya. Hehe

Team A ke Team B ek. Aku pun tak sure. Tengah discuss strategi.


Kanan sekali tu, Khalida. Dia tak ada dalam gambar yang first tu. Orang balik beraya hari rabu lah katakan. (Ada unsur dengki di situ sebenarnya)




Akak-akak/ Senior DCC.


Aku pening sikit nak letak caption untuk gambar nie sebab yang pertama aku tak pasti siapa yang sedang buli siapa.

3.....2......1.....action.....
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Bola mula dibaling. Bola diterima oleh GD. WD cuba merampas...namun....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Hahahahahaha. Sorry Ina. Aku tak nak masukkan gambar ni mula-mula tapi kan aku tak boleh lah. Aku rasa aku wajib masukkan juga.




Team LI



Illia: Buat muka skema tau.
Shida: Okeh-okeh. buat muka skema.
Aku: Pekehal Illia buat muka skema tersengih nie.


Sebahagian daripada warga Doping Control Centre

K.A.M.I


Dah habis bola jaring malam tu kami dah plan awal-awal nak pergi makan kat Pak Husin Tom Yam. Maka, malam tu kami pun gerak la lepas maghrib pergi sana. Memang bes sangat lah kan. Kak Sofi kata lepas belok kanan korang akan jumpa Pak Husin. Kami pun jumpalah Gerai Makan tu.

Tapi semua pelik kenapa nama kedai dia lain. Tapi sama macam Kak Sofi bagitahu. Tapi nama kedai jer berbeza. Tapi nak buat macam mana dah park kereta dah order makan dah pun. Banyaknya tapi aku nie. Haha...pengsan cikgu Bm aku tengok. 






Kitorg layan je lah ingatkan memang dah tukar nama kedai kot. Dah selamat makan bergambar semua. Kami pun keluar. Masing-masing dah mengantuk. Sekali, masa nak u-turn :

"Wei, Nie lah Pak Husin Tom Yam. Kak Sofi tak cakap pun kena jalan straight lagi baru jumpa. Tak pasal-pasal makan kat Ara Cafe pula."


Dengan perut kenyang-kenyang semua duk gelak terguling-guling dalam kereta. Malam tu lepas balik semua pengsan. Masing-masing dalam hati fikir alangkah baiknya esok cuti...hhhmmmmmm.....misi nak makan dekat Pak Husin tak tercapai pula.

Selepas beberapa minggu......... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Peace yaw. Tercapai juga hasrat kami untuk makan di Pak Husin Tom YAm. Kali ini plan berbuka puasa di sana.=)



Nampak tak betapa excitednya diorang. Haha...

Kiritu kawan Liana dari IPG kanan tu Liana.

Aku n Shida. Nak tahu satu cerita tak. Shida nie rupa-rupanya kawan adik aku. Kecil kan dunia nie. Tapi aku tak puas hati betul. Pergi mana-mana mesti jumpa kawan adik aku. Diorang satu kelas masa sekolah rendah dulu.

Masa dapat gelas silver nie boleh tak aku tanya Ina. 
aku: Ina, asal dapat mangkuk nie? nak letak bubur ke pe?
Ina: Woit, ada plak letak bubur. Nie gelas nak letak air daa...









Aku tahu aku makan banyak sangat. Nak buat macam mana pipi tu ta boleh nak cover lagi dah.





Nak tahu lagi cerita? Hehe. Kitorang sempat buat bachelor's party tau. Hikhik. Excited tul nak cerita.  Planning tiba-tiba nie. Kira party nie macam farewall party la untuk kami semua. Menu-menu yang disediakan adalah nasi, sup kentang tapi rasa ayam hehe, cucur ikan bilis, kfc, cheesy wedges, dadih (aku buat...tapi kan....yang x besnya tak cukup gula...haha...), kek batik dan air sunquick...=)

Hebat tak kitorang? Siapa kata kitorg tak reti masak. Reti tau. Sedap hingga menjilat jari. Memang terbaik la  bachelor's party kitorg. Lepas solat boleh bersambung-sambung. Memang kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila. Seronok sangat rasa bila shopping sama-sama, masak sama-sama n makan sama-sama. Kemanisan tu sangat susah untuk digambarkan.

Gambar-gambar ini dan yang akan datang diambil masa last day kami. Berat rasa hati masa nak ucapkan selamat tinggal dengan semua orang terutamanya dengan geng proteomics. Lagi-lagi Illia. Aku memang tak tahan sebak masa peluk dia. Banyak yang kami kongsi bersama dalam jangka masa yang pendek. Susah kot nak jumpa kawan yang boleh ngam dengan kita inikan pula yang memahami dan terima kita seadanya. Dengan Ina dengan Shida aku tak rasa sebak sangat sebab ingat jumpa lagi esoknya sebab cadangnya nak balik sekali naik kereta sama-sama. Tapi alangkah sedihnya aku demam mengejut. Kena sampuk dengan hantu proteomics ke apa tak tau. Mengigil gila duduk dalam lab masa last day tu. Sampai aku pinjam jaket shida. Dahlah pakai jaket lepas tu pakai lab coat lagi. Itupun boleh sejuk lagi. Balik dari lab terus aku pengsan kat bilik. Memang rasa kepala berdenyut gila. Dah lama gila kut aku tak pernah demam sampai macam tu. So, aku tak jadilah nak balik dengan diorang. Lepas suhu badan aku betul2 stabil baru aku gerak esoknya ke KL. Jadi tak puas sangatlah nak peluk Shida dengan Ina sebenarnya.

K.A.M.I yang sangat comel itu



Aku dengan partner aku. Apa? korang kata kitorang comel? Betullah tu. memang kami comel pun.=p



Heee..itulah kisahnya persahabatan kami selama dua bulan. Banyak yang kami lalui bersama-sama. Suka duka kami kongsi bersama. Memang sweet moment bersama-sama dengan korang. Aku akan rindu korang semua wei. Seriously, balik UPM ni mesti aku akan terbayang-bayang semua saat yang kita lalui bersama. Gelak tawa kita sampai kena jeling dengan Dr. Hehe.Bila lagi kita dapat peluang tu kan. Lepas ini masing-masing dah ada hala tuju. Aku harap kita akan bertemu kembali di puncak yang tertinggi. Sayang korang ketat-ketat.


p/s: nape rasa sebak bila tulis entry nie ek......aku dah mula rindukan korang lah...=(