Pages

Monday, April 23, 2012

Akibat mamai

Assalammualaikum...

Hari Sabtu lepas ada kawan aku call kata ada kenduri aqiqah dengan sambutan birthday mak dia. Masa tu matahari dah naik atas kepala dah tapi aku tak bangun lagi. (kepada bakal mak mertua....nanti dah kahwin dengan anak mak saya tak buat macam ini lagi...lepas subuh tak tidur lagi, ye..=p).

Masa tu aku baru bangun dapatlah panggilan telefon daripada Eqe. Aku tak tahulah aku mimpi apa aku ingat kenduri tu hari sabtu. So, dengan gigihnya aku bersiap dan suruh adik aku hantar kereta. Siap ajak Effa lagi suruh teman aku. Masing-masing stok lapar so gigihlah bersiap pergi ke Taman Impian Putra.

Dah selamat sampai tanpa sesat bagai, sekali sampai rumah dia tengok macam tak ada benda je. Aku cakap dengan Effa,

Aku: Eh, takkan kenduri dah habis. Alamat betul dah.

Effa: Ke kenduri esok?

Aku: Erk, betul ke aku dengar hari ini? Aku rasa aku dengar hari ini. Tak apalah jom masuk.

Aku: Assalammualaikum...

Mak Eqe: Waalaikumussalam. Eh, masuklah.

Mak dia pun panggil Eqe.

Eqe dengan muka blur tengok aku.

Eqe: Eh, kenapa kau datang hari ini.

Aku: (dah start tergelak terguling-guling padahal cover malu)

Maka, bersama-samalah kami tergelak terguling-guling.


Macam manalah boleh salah faham.

So, kami pun borak-borak sekejap lepas tu keluar dari sana. Aku rasa seumur hidup aku, aku pernah dengar orang salah jemputan baru first time kena batang hidung sendiri. Nasib baiklah rumah Eqe mahunya kalau rumah membe tak rapat...pergh, tak payah pakai blusher dah muka. Dah natural muka jadi macam ala-ala awek korea walaupun mata besar gilo.

Masuk dalam kereta, aku dengan Effa berpandangan. (Saja nak buat ayat novel)

Tiba-tiba mentol lampu bernyala ala-ala cerita kartun Walt Disney.

Aku: Jom, Cyberjaya! Makan nasi Arab.

Effa: Jom!

Maka bermulalah perjalanan tidak dirancang kami.




 
Setelah beberapa minit maka sampailah kami ke Saba Restoran Cyberjaya. Dari segi harga dekat sini lebih murah daripada Al-Diafah Sri Petaling. Tapi kalau untuk student macam kami datang satu semester sekali boleh la.


Kami pilih untuk duduk di luar untuk menikmati udara yang nyaman. (Skema gila ayat. Padahal duduk luar sebab tak nak rasa sesak)


Pesanan kami. Kalau perut macam aku ni pun kena makan bershare. Kalau perut lagi kecil boleh share tiga orang kut.


Order kami ialah Roasted Chicken with rice. Kalau datang dengan family biasa aku order Kabsa rice with chicken. Tapi tiba-tiba rasa nak makan yang lain pula.

Okeh. Perut sudah kenyang. Maka bermulalah acara untuk berposing.




Meneruskan perjalanan. Tadi masa nak cari restoran kami terpandang sign board Tasik Cyberjaya. Maka kami pun segera mencari jalan untuk ke sana.


Taman Tasik Cyberjaya





Tempat dia lawa sangat. Aku yang duduk kat KL pun tak pernah jejak kaki ke sini.







Ini bukan step menari ya kawan-kawan. Tapi step untuk turun dari bukit.


Bateri kamera pula telah kong pada saat-saat kami sedang syok bergambar. Maka henpon murah kesayangan aku tiba-tiba menjadi sangat berguna bagi sesi penggambaran seterusnya.





Sedang syok-syok berjalan ternampak pak cik jual ais krim. Mata pun menjadi bersinar-sinar. dengan segera kami mendapatkan aiskrim. aku tahu mulut aku agak over. Sila abaikan.

Pose yang agak jarang aku buat. Effa lah nie suruh aku wat peace. Okeh peace kawan-kawan

Pukul 8 pagi pun boleh 8 malam pun boleh.




Maka, dengan ini kerja gila kami tercapai. Haruslah terbang seperti lagu bawaku terbang.


Gambar terakhir bagi kerja gila kami pada hari ini. Demikianlah laporan untuk hydrogenbond semoga bertemu lagi di lain masa.  Sekian, terima kasih.

Sunday, April 22, 2012

Orang yang lebih banyak menemui kegagalan adalah orang yang paling berjaya dalam hidup ini



Assalammualaikum, semua...
17 April 2012 telah diadakan dinner talk yang bertajuk 'Raising The bar'. Talk ini disampaikan oleh Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Eksekutif, Penyelidikan dan Strategi Pelaburan (KRIS), Khazanah Nasional Berhad. 

Aku agak kagum bila baca biodata Dr. Nungsari dan aku rasa banyak pengalaman telah beliau kongsikan sepanjang talk tersebut. Tetapi rasanya kalau diberi 3 hari 3 malam pun belum habis lagi segala pengalaman beliau.

Sedikit pengisian daripada program ini yang ingin aku kongsikan. Aku rasa ini adalah talk yang lain daripada yang lain yang pernah aku dengar. Ya, kita biasa dengar orang kata kekalahan dan kesusahan mengajar kita untuk menjadi matang. Tapi sejauh mana yang orang yakin akan perkara ini. Aku sendiri yang pernah melaluinya memang rasa down sangat pada mulanya. Itulah realiti dunia kita pada hari ini. Kita hanya menghakimi sesorang melihat pada CGPA dan pencapaian akademik semata-mata. Tapi sejauh mana keberkesanan CGPA atau lebih tepat kita lihat kepada pencapaian akademik. Itu yang dikupas oleh Dr. Nungsari di dalam talk ini.

Ayat pertama yang keluar dari mulut beliau ialah 'OPEN UP'. Apa yang dimaksudkan dengan open up? Iaitu to move from local to global optima by wondering and wandering. 


Kalau di dalam bahasa melayunya yang aku cuba translate kan ialah kita perlu bersikap terbuka. Bagaimana untuk bersikap terbuka iaitu dengan maju daripada peringkat rendah ke peringkat yang lebih global dengan berfikir atau tertanya-tanya dan 'berkeliaran'. Seperti kata pepatah 'tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.' Apabila kita melihat tempat-tempat orang kita akan belajar banyak perkara. Pengalaman aku sendiri yang telah diberi kesempatan untuk melawat ke beberapa negara seperti New Zealand, India, Saudi Arabia, Indonesia dan Singapore aku dapat lihat perbezaannya dan banyak mengajar aku erti hidup. Apabila kita bersiar-siar kita bukan semata-mata untuk bercuti tetapi banyak perkara baru mengenai manusia akan kita pelajari. Daripada pengalaman aku, aku lebih suka ke negara-negara yang masih membangun seperti Indonesia, India dan aku harap dapat ke Thailand, Myanmar, Vietnam pula kerana ia kota yang penuh dengan manusia yang dapat kita belajar tentang nilai-nilai hidup ini.

 Gambar di atas adalah Dekan Fakulti Sains UPM, Prof Madya Dr Zainal Abidin Talib

Gambar di bawah ialah Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Eksekutif, Penyelidikan dan Strategi Pelaburan (KRIS), Khazanah Nasional Berhad. 






Gambar-gambar adalah daripada sumber e-Warga Sains @ UPM



Beliau mengatakan bahawa kita sentiasa merendahkan diri dengan diri kita. Aku akui kita memang disuruh untuk merendah diri tetapi bukanlah merendahkan diri kita sehingga kita tidak dapat melihat keupayaan diri kita. Pedulikan apa yang orang nak kata. Salah satu kunci beliau mampu berjaya sehingga ke hari ini ialah sikap beliau yang susah untuk mengalah beliau akan mencuba hingga ke saat terakhir. Biarlah apa yang orang cakap yang penting mendapat restu ibu dan bapa dan mungkin guru-guru kita. Jadi kita perlu ada penanda aras untuk melihat keupayaan diri kita. Bagaimana kita akan tahu keupayaan diri kita?


Beliau menjawab dengan yakin iaitu dengan mengalu-alukan kegagalan dan konflik dalam hidup kita. Aku tertarik dengan kata-kata beliau yang aku letakkan tajuk pada entry aku kali ini iaitu ORANG YANG PALING BANYAK GAGAL DALAM HIDUP INI ADALAH ORANG YANG PALING BERJAYA. 


Orang yang menemui banyak kegagalan dalam hidup ini mempunyai banyak pengalaman dan mereka tidak akan melakukan kesilapan yang sama dan yang pasti cara mereka membuat keputusan dalam sesuatu perkara akan pasti berbeza dan lebih hebat daripada sebelum ini.

Jadi, bagi orang yang gagal dalam hidup pada hari ini tidak mustahil akan menjadi orang yang paling berjaya dalam hidup ini. Kita dapat lihat the living example. Steve Job, the founder of Apple. Siapa yang tak tahu pasal Apple. Tanyalah budak sekecil 3 tahun pasti tahu apa tu Apple. Beliau merupakan salah seorang jutawan di dunia tapi tahukah kita yang beliau pernah gagal dalam peringkat universitinya. iIdea untuk menghasilkan produk yang berkaitan Apple wujud apabila beliau mengambil kursus kaligrafi selepas gagal dalam universiti. Jika beliau tidak pernah gagal dalam pendidikan formal, beliau tidak akan masuk ke dalam kursus kaligrafi, dan jika beliau tidak mengambil kursus tersebut tiadalah tulisan yang berjenis-jenis dan berformat dalam MAC.

Namun, semua ini bukanlah bermaksud kita tidak memerlukan pencapaian akademik yang tinggi. Kita perlu berusaha semampu yang boleh. Bak kata Dr. Nungsari ,"we can control the input and output, but the outcome is with our God." Selepas berusaha sebaik mungkin kita perlu bertawakal pada Allah s.w.t.

Beliau juga sempat menyampaikan sebuah cerita mengenai ikan haruan. Ikan yang di jumpai di dalam bendang atau selut. Ikan haruan ini akan berusaha untuk hidup hingga ke tenaga akhirnya. Sehingga itu ikan akan terus berusaha, berusaha, berusaha dan berusaha. Jadi, beliau nasihatkan berusahalah sebaik mungkin. Jangan elakkan kegagalan dan konflik dalam hidup kita. Jika tidak kita tidak akan tahu di mana keupayaan kita.

Di dalam sesi soal jawab aku sempat bertanya kepada beliau apa catalyst beliau untuk terus maju ke hadapan pasti akan ada saat-saat beliau berasa ingin putus-asa.

Beliau mengatakan beliau berdampingan dengan buku. Sejak umur beliau mula mengenal huruf beliau amat menyayangi buku. Beliau menaikkan semnagat dengan membaca kisah-kisah orang lain. Sehingga ke hari ini buku adalah teman beliau.

Sedikit perkongsian daripada aku. Mungkin ada sedikit perbezaan ayat yang disampaikan oleh beliau yang terpaksa aku edit2 bagi kesesuaian tulisan aku. Jika ada kesilapan mohon maaf.














Friday, April 20, 2012

Kotak kenangan atau kotak memori

Assalammualaikum, semua.

I'm sure most of the people especially those that are close to me knows me well. I bet most of the person will say I'm a sentimental person. I agree that I'm quite sentimental on those things in my surroundings. I can say that almost all the gift that I received for my achievements, birthdays and etc are still with me for years. 

Aku jenis suka menjaga barang-barang. Macam contohnya kelip rambut, stationery, fail-fail aku simpan dari aku tingkatan tiga. Ada jam tangan aku yang aku simpan dari tahun 2000. Kalau ada antara barang-barang aku hilang memang aku tak boleh tidur malam. 

Kali ini aku nak berkongsi mengenai kotak memori atau kotak kenangan. Whatever u call it. Rasanya kebanyakan dari kita mesti ada kotak ini. Masa cuti mid sem hari itu aku kemaskan bilik lepas tu aku buka kotak memori aku dan ternyata bila baca satu-persatu kad dan surat yang ada di dalam kotak ini semua kenangan datang kembali.

Ayuh, selongkar apa yang ada dalam kotak memori aku



Kotak memori @kotak kenangan

Isi kandungannya

Antara frame gambar yang ada dalam kotak aku. Yang belah kiri adalah kenangan daripada KMJ, Hayat 1, Praktikum 9. Yang belah kanan ialah geng aku masa kat SMKBBSP. 

Diari zaman kanak-kanak ribena. Aku suka tulis diari sejak aku dalam sekolah menengah. Diari yang di belah kiri hadiah dari pak cik aku masa hari lahir yang ke-12. yang belah kanan adalah diari sambungan. Aku tulis diari sampai aku tamatkan form 5. Apa di dalam diari ini? Hehe...hanya seorang sahaja aku bagi kebenaran nak baca diari ini iaitu suami aku.=)

Kad-kad raya, hari lahir yang pernah aku terima. Terlalu banyak. Bila baca satu-persatu rasa kelakar sampai nak terguling-guling pun ada. Kebanyakannya daripada kawan-kawan, sepupu-sepupu, ada la juga dari secret admirer. Haha....kelakar sangat bila baca.

Surat-surat. Ada surat dari orang yang aku tak kenal pun. Sampai hari ini tak tahu siapa empunya pemberi surat tu. Memories.=)

Dua buku ini adalah milik sahabat aku ketika aku berada di darjah 6. Milik Arwah Azrin. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Kisah sedih yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Aku mula berkenalan dengan arwah ketika di darjah enam. Pada mulanya, aku dengan dia memang tak rapat. Aku rasakan dia seperti tidak peramah tetapi dua minggu sebelum arwah meninggalkan dunia ini tiba-tiba kami menjadi rapat. Aku sendiri tidak pasti bagaimana kami menjadi rapat. Sehinggalah kami selalu rehat bersama-sama. Aku berterus-terang dengan dia yang aku tak sangka dia seorang yang sangat baik dan yang aku tak sangka dia juga katakan perkara yang sama. Arwah mengatakan dia juga menyangka aku seorang yang sombong dan tidak peramah. Beberapa hari sebelum dia meninggal dunia, aku terlupa untuk membawa pembaris. Kemudian, dia pinjamkan pembaris dia kat aku. Bila akhir kelas aku nak pulangkan balik dia kata 'tak apalah. Simpanlah buat kenangan.' Masa tu aku tak mengesyaki apa-apa tetapi beberapa hari selepas itu dia tidak datang ke sekolah, tiba-tiba guru kelas kami memaklumkan bahawa dia telah meninggalkan kami semua. Tidak sangka rupa-rupanya pembaris yang disuruh untuk dijadikan kenangan adalah kenangan buat selama-lamanya. Al-fatihah buat arwah.

Yang ni pun kenangan. Aku antara sepuluh orang yang terpilih daripada sekolah aku sebagai Duta Remaja Celcom. Aku simpan lagi keratan akhbar ini walaupun nama aku halus gila.

Kalau rasa mata anda mempunyai power yang tinggi silalah cari nama aku.


Name tag dari form 2 sampai form 5

Oklah, itu sahaja untuk kali ini. Apa pula dalam kotak memori anda ya? Jom selongkar dan kenang kembali zaman-zaman sekolah dahulu.

p/s: kenangan yang pahit masa sekolah dahulu pun bila kita kenang balik lepas berzaman-zaman akan menjadi kenangan yang paling indah.

Wednesday, April 18, 2012

Murabbi Cinta

Assalammualaikum....

Moga semua yang membaca blog ini ceria-ceria dan comel-comel selalu. Asyik share mengenai novel yang aku baca kali ini nak share mengenai buku yang berilmiah pula. MURABBI CINTA hasil karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai ustaz cinta dalam kalangan muda-mudi. Pertama kali aku baca buku dia bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA dengan BERCINTA SAMPAI KE SYURGA. Dua buku ini aku pinjam daripada Aliffah tapi aku rasa kena jadikan tiga-tiga buku sebagai koleksi. Buku yang wajib ada pada semua orang. 

Buku ini banyak mengisahkan mengenai percintaan selepas berumah tangga dan diselitkan semua pengalaman hidup Ustaz Hasrizal sendiri. Pada siapa yang berhajat nak bercinta, baru nak bercinta, sedang bercinta, nak berkawin atau sudah berkahwin silalah baca buku ini.

Antara ayat-ayat yang aku suka dalam buku ini ialah

"Ketokohan seseorang itu tidak pernah ditentukan semata-mata oleh tubuh yang besar dan sasa"
"Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun, sedapnya masa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa saja yang sedap menjadi hambar."
"Kurangkan SEPATUTNYA dalam hidup ini"
"Sabar itu pada permulaan sahaja. Insya-Allah ia akan naik taraf menjadi redha"
"Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu."
"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu mungkin tidak dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!" 

Rasanya itu sahajalah perkongsian pada kali ini. Pastikan buku ini dalam simpanan anda semua..=)


Tuesday, April 17, 2012

Risky Business

Assalammualaikum....

Novel pada kali ini yang aku nak ceritakan ialah RISKY BUSINESS- NORA ROBERTS. Cerita pada kali ini ialah mengenai seorang wanita, Liz Palmer yang mempunyai business menyelam di sebuah pulau. Dia mempunyai seorang pekerja iaitu Jerry Sharpe yang pada suatu hari terbunuh. Semenjak Jerry terbunuh, dia mendapat ancaman daripada pihak luar yang cuba untuk membunuhnya.

Kembar kepada Jerry iaitu Jonas datang untuk membantunya dan mereka jatuh hati antara satu sama lain. Mereka bersama-sama mencuba untuk menyelesaikan kes tersebut. Cerita ini mempunyai tema percintaan namun kita boleh membaca mengenai kisah hidup adik-beradik kembar yang mempunyai sifat yang berlawanan. Sifat ini membawa kepada kematian Jerry.


Sunday, April 15, 2012

Night Shadow

Assalammulaikum.

Kali ini nak ceritakan mengenai novel NORA ROBERTS- NIGHT SHADOW. Aku rasa aku dah jatuh hati pada novel-novel Nora Roberts. Setiap novel dia yang aku baca mesti addicted. Mesti aku nak habiskan malam tu juga.

Night shadow mengisahkan mengenai seorang wanita yang merupakan pendakwa raya yang sangat gigih dalam tanggungjawabnya. Kali ini dia ditugaskan untuk mengendalikan sebuah kes yang bakal membahayakan nyawanya. Di dalam pengendalian kes ini dia bertemu dengan dua orang yang membuatkan dia jatuh hati seorang ialah Gage Guthrie iaitu bekas pegawai polis manakala seorang lagi ialah nemesis yang selalu menyelamatkannya ketika di dalam bahaya.

Akhirnya baru dia mengetahui bahawa nemesis tersebut adalah Gage Guthrie. Walaupun pada mulanya dia marah tetapi dia menerima kehadiran  Guthrie dalam hidupnya dan mereka bersama-sama menyelesaikan kes tersebut.

Aku suka novel-novel nora roberts nie sebab semua cerita dia berbeza-beza. Pastu aku mesti tak sabar nak tahu apa akan terjadi seterusnya. 



Saturday, April 14, 2012

Bumi Cinta


Assalammualaikum!

Kali ini nak cerita mengenai novelis yang tak asing lagi dalam dunia novel. HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY- BUMI CINTA. Novel ini aku beli masa pergi Jakarta pada tahun 2010. Tak sangka dah dua tahun berlalu. Dah lama aku baca novel ni juga tapi aku bagi Hamizah pinjam baru hari tu aku dapat balik.

Kisah seorang hamba yang taat pada perintah Allah s.w.t yang telah datang ke Bumi Rusia untuk menuntut ilmu.  Dia telah diuji dengan pelbagai dugaan yang sangat berat. Kawannya juga setelah tiba di Rusia mula berkiblatkan ajaran Barat yang ternyata memesongkan akidah. 

Di dalam menuju kejayaan, dia telah duji dengan wanita yang banyak mengodanya. Melihat kepandainnya, ketaatannya pada Allah begitu ramai wanita yang jatuh di kakinya. Namun, berbekalkan iman, dia berjaya mengharungi semua ujian tersebut. Dia nyaris-nyaris diperangkap sebagai seorang pengganas tetapi Allah Maha Berkuasa menyelamatkannya.

Kisah yang banyak membuka mata. banyak maklumat mengenai negara-negara barat dan taktik-taktik yang mereka gunakan bagi menjatuhkan umat Islam aku perolehi daripada novel ini. Bagi aku novel ini novel lima bintang.


Friday, April 13, 2012

Before I Forget

Assalammualaikum..=)

Kali ini nak share mengenai novel yang aku beli masa Big Bad Wolf tahun lepas. Tajuk BEFORE I FORGET hasil tulisan MELISSA HILL. Novel ini dah pernah keluar movie tak silap tapi tak ingat pula tajuk movie tu. Apapun cerita ni buat aku terfikir ada ke lelaki yang sangat tabah macam hero novel ni.

Abby ditinggalkan oleh kekasihnya dan kekasihnya telah mengahwini orang lain. Abby mencuba untuk melupakan semua memori dengan kekasihnya. Puas dia mencuba untuk melupakan semua kenangan tersebut, namun tidak berjaya sehinggalah dia terlibat dalam sebuah kemalangan. Dia disahkan mengalami 'short-term memory loss'. Dia hanya boleh mengingati perkara yang berlaku sebelum kemalangan. 

Dalam mencuba untuk menerima hakikat mengenai penyakitnya, dia bertemu dengan seorang lelaki yang dia berkenalan pada malam christmas eve. Pertemuan mereka membawa kepada bibit-bibit percintaan.

Dalam novel ni, kita boleh hayati kasih sayang sebuah keluarga dalam memberikan sokongan kepada Abby dan juga bagaiman seorang lelaki yang amat mencintainya yang sanggup buat macam-macam untuk menggembirakannya.