Pages

Wednesday, April 18, 2012

Murabbi Cinta

Assalammualaikum....

Moga semua yang membaca blog ini ceria-ceria dan comel-comel selalu. Asyik share mengenai novel yang aku baca kali ini nak share mengenai buku yang berilmiah pula. MURABBI CINTA hasil karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai ustaz cinta dalam kalangan muda-mudi. Pertama kali aku baca buku dia bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA dengan BERCINTA SAMPAI KE SYURGA. Dua buku ini aku pinjam daripada Aliffah tapi aku rasa kena jadikan tiga-tiga buku sebagai koleksi. Buku yang wajib ada pada semua orang. 

Buku ini banyak mengisahkan mengenai percintaan selepas berumah tangga dan diselitkan semua pengalaman hidup Ustaz Hasrizal sendiri. Pada siapa yang berhajat nak bercinta, baru nak bercinta, sedang bercinta, nak berkawin atau sudah berkahwin silalah baca buku ini.

Antara ayat-ayat yang aku suka dalam buku ini ialah

"Ketokohan seseorang itu tidak pernah ditentukan semata-mata oleh tubuh yang besar dan sasa"
"Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun, sedapnya masa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa saja yang sedap menjadi hambar."
"Kurangkan SEPATUTNYA dalam hidup ini"
"Sabar itu pada permulaan sahaja. Insya-Allah ia akan naik taraf menjadi redha"
"Berikan ilmu kepada akal supaya tahu. Suntikkan iman ke hati supaya mahu. Berjihadlah menundukkan nafsu supaya mampu."
"Wahai anak, kamu mungkin lebih bijak daripada kami, tetapi kamu mungkin tidak dapat mengatasi kasih seorang ibu dan bapa. Kamu hanya mampu mengasihi kami selepas kamu bijak, tetapi kami mengasihi kamu sebelum kamu lahir!" 

Rasanya itu sahajalah perkongsian pada kali ini. Pastikan buku ini dalam simpanan anda semua..=)


No comments:

Post a Comment