Pages

Sunday, April 22, 2012

Orang yang lebih banyak menemui kegagalan adalah orang yang paling berjaya dalam hidup ini



Assalammualaikum, semua...
17 April 2012 telah diadakan dinner talk yang bertajuk 'Raising The bar'. Talk ini disampaikan oleh Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Eksekutif, Penyelidikan dan Strategi Pelaburan (KRIS), Khazanah Nasional Berhad. 

Aku agak kagum bila baca biodata Dr. Nungsari dan aku rasa banyak pengalaman telah beliau kongsikan sepanjang talk tersebut. Tetapi rasanya kalau diberi 3 hari 3 malam pun belum habis lagi segala pengalaman beliau.

Sedikit pengisian daripada program ini yang ingin aku kongsikan. Aku rasa ini adalah talk yang lain daripada yang lain yang pernah aku dengar. Ya, kita biasa dengar orang kata kekalahan dan kesusahan mengajar kita untuk menjadi matang. Tapi sejauh mana yang orang yakin akan perkara ini. Aku sendiri yang pernah melaluinya memang rasa down sangat pada mulanya. Itulah realiti dunia kita pada hari ini. Kita hanya menghakimi sesorang melihat pada CGPA dan pencapaian akademik semata-mata. Tapi sejauh mana keberkesanan CGPA atau lebih tepat kita lihat kepada pencapaian akademik. Itu yang dikupas oleh Dr. Nungsari di dalam talk ini.

Ayat pertama yang keluar dari mulut beliau ialah 'OPEN UP'. Apa yang dimaksudkan dengan open up? Iaitu to move from local to global optima by wondering and wandering. 


Kalau di dalam bahasa melayunya yang aku cuba translate kan ialah kita perlu bersikap terbuka. Bagaimana untuk bersikap terbuka iaitu dengan maju daripada peringkat rendah ke peringkat yang lebih global dengan berfikir atau tertanya-tanya dan 'berkeliaran'. Seperti kata pepatah 'tuntutlah ilmu hingga ke negeri China.' Apabila kita melihat tempat-tempat orang kita akan belajar banyak perkara. Pengalaman aku sendiri yang telah diberi kesempatan untuk melawat ke beberapa negara seperti New Zealand, India, Saudi Arabia, Indonesia dan Singapore aku dapat lihat perbezaannya dan banyak mengajar aku erti hidup. Apabila kita bersiar-siar kita bukan semata-mata untuk bercuti tetapi banyak perkara baru mengenai manusia akan kita pelajari. Daripada pengalaman aku, aku lebih suka ke negara-negara yang masih membangun seperti Indonesia, India dan aku harap dapat ke Thailand, Myanmar, Vietnam pula kerana ia kota yang penuh dengan manusia yang dapat kita belajar tentang nilai-nilai hidup ini.

 Gambar di atas adalah Dekan Fakulti Sains UPM, Prof Madya Dr Zainal Abidin Talib

Gambar di bawah ialah Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Pengarah Eksekutif, Penyelidikan dan Strategi Pelaburan (KRIS), Khazanah Nasional Berhad. 






Gambar-gambar adalah daripada sumber e-Warga Sains @ UPM



Beliau mengatakan bahawa kita sentiasa merendahkan diri dengan diri kita. Aku akui kita memang disuruh untuk merendah diri tetapi bukanlah merendahkan diri kita sehingga kita tidak dapat melihat keupayaan diri kita. Pedulikan apa yang orang nak kata. Salah satu kunci beliau mampu berjaya sehingga ke hari ini ialah sikap beliau yang susah untuk mengalah beliau akan mencuba hingga ke saat terakhir. Biarlah apa yang orang cakap yang penting mendapat restu ibu dan bapa dan mungkin guru-guru kita. Jadi kita perlu ada penanda aras untuk melihat keupayaan diri kita. Bagaimana kita akan tahu keupayaan diri kita?


Beliau menjawab dengan yakin iaitu dengan mengalu-alukan kegagalan dan konflik dalam hidup kita. Aku tertarik dengan kata-kata beliau yang aku letakkan tajuk pada entry aku kali ini iaitu ORANG YANG PALING BANYAK GAGAL DALAM HIDUP INI ADALAH ORANG YANG PALING BERJAYA. 


Orang yang menemui banyak kegagalan dalam hidup ini mempunyai banyak pengalaman dan mereka tidak akan melakukan kesilapan yang sama dan yang pasti cara mereka membuat keputusan dalam sesuatu perkara akan pasti berbeza dan lebih hebat daripada sebelum ini.

Jadi, bagi orang yang gagal dalam hidup pada hari ini tidak mustahil akan menjadi orang yang paling berjaya dalam hidup ini. Kita dapat lihat the living example. Steve Job, the founder of Apple. Siapa yang tak tahu pasal Apple. Tanyalah budak sekecil 3 tahun pasti tahu apa tu Apple. Beliau merupakan salah seorang jutawan di dunia tapi tahukah kita yang beliau pernah gagal dalam peringkat universitinya. iIdea untuk menghasilkan produk yang berkaitan Apple wujud apabila beliau mengambil kursus kaligrafi selepas gagal dalam universiti. Jika beliau tidak pernah gagal dalam pendidikan formal, beliau tidak akan masuk ke dalam kursus kaligrafi, dan jika beliau tidak mengambil kursus tersebut tiadalah tulisan yang berjenis-jenis dan berformat dalam MAC.

Namun, semua ini bukanlah bermaksud kita tidak memerlukan pencapaian akademik yang tinggi. Kita perlu berusaha semampu yang boleh. Bak kata Dr. Nungsari ,"we can control the input and output, but the outcome is with our God." Selepas berusaha sebaik mungkin kita perlu bertawakal pada Allah s.w.t.

Beliau juga sempat menyampaikan sebuah cerita mengenai ikan haruan. Ikan yang di jumpai di dalam bendang atau selut. Ikan haruan ini akan berusaha untuk hidup hingga ke tenaga akhirnya. Sehingga itu ikan akan terus berusaha, berusaha, berusaha dan berusaha. Jadi, beliau nasihatkan berusahalah sebaik mungkin. Jangan elakkan kegagalan dan konflik dalam hidup kita. Jika tidak kita tidak akan tahu di mana keupayaan kita.

Di dalam sesi soal jawab aku sempat bertanya kepada beliau apa catalyst beliau untuk terus maju ke hadapan pasti akan ada saat-saat beliau berasa ingin putus-asa.

Beliau mengatakan beliau berdampingan dengan buku. Sejak umur beliau mula mengenal huruf beliau amat menyayangi buku. Beliau menaikkan semnagat dengan membaca kisah-kisah orang lain. Sehingga ke hari ini buku adalah teman beliau.

Sedikit perkongsian daripada aku. Mungkin ada sedikit perbezaan ayat yang disampaikan oleh beliau yang terpaksa aku edit2 bagi kesesuaian tulisan aku. Jika ada kesilapan mohon maaf.














3 comments:

  1. sangat setuju sekali..kita harus boleh think out of the box..selain itu, apabila kita gagal kita harus segera bangkit lagi,jangan meratapi kegagalan terlalu lama :)

    ReplyDelete
  2. ya, betul..namun, harus diakui bukan senang untuk menempuh kegagalan..ia memerlukan semangat yang banyak....sykur buat diri saya, saya punyai kawan-kawan yang ramai untuk memberikan semangat pada saya..termasuk faiz=)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..selalu ada pembakar semangat dari kawan2 azee.. :)

    ReplyDelete