Pages

Thursday, April 12, 2012

The pilot's wife

Assalammualaikum, semua.

Alhamdulillah aku masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk meneruskan perjuangan dalam hidup ini. Agak lama aku dah biarkan hydrogenbond sepi. Banyak yang dah berlaku dari bulan Januari sehinggalah bulan April ini. Terlalu banyak untuk diceritakan tetapi masa mengehadkan. 
Kali ini aku nak berkongsi novel-novel yang dah pernah aku baca selama aku menyepi. 

Aku beli novel ini masa aku form 5 tapi aku baca lepas aku habis matrik. Tak sampai hati nak baca pada mulanya. Tiba-tiba tergerak hati untuk post kat sini.

THE PILOT'S WIFE hasil tulisan ANITA SHREVE. Novel ni aku beli kat Borders. Kisah mengenai seorang isteri kepada pilot. Cerita dimulakan dengan ketukan pintu pada tengah-tengah malam. Seorang wakil daripada syarikat penerbangan datang untuk memaklumkan mengenai berita kapal terbang yang dibawa oleh suaminya mengalami letupan.

Dalam beberapa bab dalam novel ni lebih kepada imbas kembali segala kenangan-kenangan yang mereka lalui. Tiada satu perkara pun yang membuatkan dia mengesyaki suaminya sehinggalah dia dikejutkan berita bahawa suaminya mempunyai keluarga lain dan mempunyai seorang anak. Hasil daripada penyiasatan mendapati isteri kedua suaminya adalah daripada kumpulan pengganas.

Kisah yang sangat menarik. Kita dapat selami bagaimana perasaan seorang isteri yang begitu menyayangi suaminya apabila mendapat tahu pelbagai rahsia suaminya. Cerita ini lain daripada lain yang pernah aku baca. Tak menyesal beli.

                                         




No comments:

Post a Comment