Pages

Tuesday, May 29, 2012

Dunia Yang Gelap

Di suatu malam yang sepi 
Aku memandang ke luar tingkap
Segala-galanya bagaikan kosong
Segala-galanya bagaikan gelap

Yang hanya aku nampak adalah satu jalan yang berliku-liku
Yang hanya aku nampak adalah suatu lorong yang terlalu gelap
Tanpa peneman tanpa pendorong
"Benarkah ini jalan yang aku pilih?" Soal hatiku.
"Adakah jalanku jalan yang salah?" 
Hati mula gundah.
Penyesalan dan kesedihan datang berselang-seli
Aku terdiam membisu
Hanyalah tangisan menjadi peneman hati

Aku perlu meneruskan perjalanan
Jalan yang aku sendiri tidak pasti tujuannya
Jika aku berhenti di sini 
Segala-galanya menjadi tidak bermakna
Jika aku meneruskan perjalanan
Aku sendiri tidak pasti arah tujuanku
Hati mula tertanya-tanya 
Apakah aku ingin mengundur diri sebelum berperang
Apakah aku ingin kalah sebelum mencuba

Lalu dengan tekad yang teguh
Harapan yang tinggi
Niat yang baik
Azam yang baru
Perjalanan ku diteruskan

Aku jatuh kembali 
Air mata kembali bercucuran
Hati semakin berkecai

Aku mengangkat kepala
Aku memujuk hati yang pilu
Perjalanan perlu diteruskan 
Lalu ku teruskan 

Aku melihat cahaya yang suram
Aku mendekati cahaya itu
Aku melihat cahaya itu semakin mendekat 
Semakin besar

Aku terpegun
Air mata kembali bercucuran
Tetapi kali ini air mata kegembiraan turun di wajah ini
Senyuman menghiasi wajah ini

SubhanAllah! Alhamdulillah!
Dua kalimat yang bermain di bibir ini
Aku melihat mentari menghiasi jalanku
Aku melihat cahaya menghiasi jalanku

Ya, aku pasti.
Inilah jalan yang aku pilih
Inilah jalan yang Allah tetapkan buatku.
Inilah hadiah yang bermakna buat diri ku
Inilah kegembiraan yang aku cari.

Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya.


Sunday, May 27, 2012

Hidup ini hanya milik-Nya

Hidup ini terlalu indah untuk didefinisikan dengan kata-kata yang biasa diungkapkan oleh seorang hamba seperti aku

Hidup ini penuh dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi dari insan-insan yang tak mungkin kita sangka selama ini akan kewujudan mereka di sisi

Hidup ini penuh dengan warna-warni yang tidak bisa diungkapkan dengan pensel warna kerana warna itu adalah pemberiaan Tuhan Yang Maha Esa yang tak mungkin dapat kita bandingkan

Hidup ini penuh dengan kenikmatan yang tersebar luas yang tak mungkin dapat aku terokai sebagai insan yang lemah ini

Aku hanyalah insan yang biasa yang sentiasa mengharapkan pelangi di sisi pada setiap masa namun aku alpa pelangi hanya wujud apabila hujan turun kemudian berganti dengan cahaya matahari yang menyinar.

Aku harapkan benih yang aku tanam ini akan tumbuh menjadi sebuh pokok yang besar dan memberikan buah yang berwarna namun aku terlupa yang benih yang aku tanam perlu di bajai dengan keperluannya.

Aku mencemburui burung-burung yang berkicauan di pagi hari yang terbang dengan bebasnya di udara yang luas itu namun aku terlupa burung-burung itu terbang bukan untuk bersuka ria tetapi untuk mencari rezeki meneruskan hidupnya.

Aku ingatkan aku seorang yang kuat namun aku terlupa untuk menjadi seorang yang kuat aku perlu bajai hati ini supaya terus kukuh.

Ya, Allah! Hanya satu pintaku. Ampunkan segala dosa-dosa laluku. 



Saturday, May 19, 2012

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah....

Assalammualaikum semua!!

Dah bulan Mei dah tanpa disedari. Banyak perkara berlaku banyak masa telah berlalu dan banyak sekali kejadian yang telah berlaku ada yang mematangkan, ada yang menjatuhkan, ada yang menggembirakan dan ada yang menyedihkan. Itu baru dikatakan sebagai spices of life kan. Semua perlu ada supaya kita akan sentiasa ingat akan pencipta kita yang SATU itu.

Alhamdulillah

Bulan lepas telah selamat menyambut sambutan hari lahir ke-22. Syukur aku masih diberi peluang untuk bernafas sehingga entry ini ditulis. So, ini bukan entry auto publish, ya..=)

Terima kasih buat Faridah, Munirah, Hanis, Syazwani, Maimunah dan Liyana sebab suprise yang anda berikan. Orang kata sahabat terlalu sukar untuk dicari berbanding kawan namun diri ini terlalu bersyukur kerana dikurniai sahabat yang begitu ramai. Makin bertambah hari makin bertambah sahabat. Walau kemana jua aku pergi takkan aku lupakan saat indah itu. Masa hari itu juga aku dapat banyak wish dari FB dan sms. Sms yang aku sendiri tak sangka daripada penerimanya. Terima kasih yang tak terhingga.


Alhamdulillah....


27 April 2012 tarikh yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidup aku. Impian untuk menghasilkan novel sendiri akhirnya tercapai selepas 6 tahun berusaha. Akhirnya lahirlah hasil nukilan aku yang pertama. Banyak sekali cerita di sebalik penghasilan novel ini. Juga, banyak penghargaan perlu diberikan kepada insan-insan yang telah memberikan semangat. Pada mulanya, ia hanyalah khyalan dan impian di atas diari semata-mata namun 27 April 2012 akhirnya impian menjadi kenyataan. Satu tanda 'right' boleh di tanda di azam 2012.
Moga ia dapat diterbitkan..insyaAllah..=)


Dalam hidup ini, ada yang Allah kurniakan dengan cepat dan ada yang Allah kurniakan lambat dan ada yang Allah tak berikan langsung. Namun, satu pengajaran yang dapat aku pelajari selepas menempuh segala saat-saat dalam hidup ini ialah sentiasa bersangka baiklah pada Allah s.w.t kerana selepas setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini pasti akan ada pelangi yang membuatkan kita tersenyum gembira.

Alhamdulillah........