Pages

Monday, July 16, 2012

Penjelajahan ke Pulau Mutiara Bahagian 1

Assalammualaikum.....

Ok kali ini baru nak mulakan cerita mengenai penggembaraan kami ke Pulau Pinang. Aku dan Faridah telah sama-sama memilih Pulau Pinang untuk membuat latihan industri kami.Latihan Industri ini merangkumi 4 jam kredit. 

Aku dengan Faridah mula-mula fikir tempat yang macam-macam nak buat LI. Sekali bila tengok list ada nampak Doping Control Centre. Aku pun mulalah bagi idea gila kat Ida. Jom, kita jelajah penang pula. Matrik kat johor, Universiti dah kat selangor, aku tinggal kat KL jadi apa kata kita ke utara pula. Ida pun setujulah dengan idea gila aku. 

Mula-mula hantar permohonan buat surat bagai. Agak lama juga tunggu. Selepas 2 bulan telefon dapatkan pengesahan. Alhamdulillah, permohonan kami berdua diterima. 

Lepas itu, sibuk dengan lab, exam maka tibalah hari yang mendebarkan. Kami pun mulakan perjalanan kami. Plan asal aku nak drive sampai ke Penang tapi mak cik aku tak bagi pula. Terasa juga macam budak-budak lagi. 

Dengan mengangkut beg-beg besar kami pun naik Nice Executive Coach. Bas ini sediakan perkhidmatan ke Singapura, Pulau Pinang, Terengganu, Kota Bahru, Johor Bahru, Kuantan. Bas ni selesa nak duduk dan boleh adjust seat dia macam flight. Sebelum menunggu untuk bas kita boleh tunggu di balai menunggu dan akan ada kopi atau teh disediakan. Selepas beberapa minit bertolak bantal, makanan dan minuman disediakan. Memang selesa macam duduk dalam flight. Untuk maklumat lanjut mengenai bas ini bolehlah rujuk di sini.


Inilah bas yang kami naik.



Faridah semasa di ruang menunggu. 



Gambar masa ni dah lepas Jalan Duta.



Sampainya di Penang pergi cari makan. Sebelum rasa nasi kandar kami try nasi beriani dulu. 


Hari seterusnya kami pusing ke Teluk Bahang. Tiba-tiba nampak ada event. Penang Dragonboat Festival yang diadakan di Teluk Bahang dam. Laju-laju park kereta dan kami pun usha la. Masa kami turun tu dah nak habis dah. 













Selepas pusing-pusing ambil angin aku dengan Ida gerak pergi bilik Ida di USM. Tempat dia sangat lawa kot. Macam duduk dekat apartmen je rasa. Pemandangan bila buka tingkap je lawa. Sejuk je mata memandang.



Bawah blok Ida. Ida di Saujana. 




Bilik Ida. Smart lah aku rasa.


Ada lif sebab bangunan ni sampai 10 tingkat.





Mesti kau orang pelik kan kenapa aku tunjuk bilik Ida tak tunjuk bilik aku. Huhu..aku tak duduk asrama. Aku duduk rumah mak cik aku. Rumah mak cik aku depan USM je. Pagi-pagi aku drive pergi ambil Ida gerak pergi Doping Control Centre. 



Seterusnya malam itu kami pusing area George Town untuk event Penang Heritage Day.
Gambar di atas menunjukkan contoh kedai pada masa dahulu. 


Kambam Ottukadai yang bermaksud kedai kampung.


Konsert nasyid 



Posing depan Masjid Kapitan. Alamak terkabur plak.


Ok, this is better kot.




p/s: Dah nak tiga minggu aku duduk Penang. Aku dah mula rindu KL sebenarnya. Huhu....Tunggu next entry untuk cerita pasal Doping Control Centre, ya.

Adios...






Sunday, July 15, 2012

Lawatan Industri Ke Cement Industries of Malaysia Berhad (Bahau, Negeri Sembilan)

Assalammualaikum....

Aku ni kan suka update lambat-lambat. Cerita ini sudah lama sebenarnya tapi baru ada kesempatan untuk cerita. Hanis sampai bengang dengan aku sebab tak upload gambar-gambar ini dalam Facebook. Ya, ampun hanis. Baru hari ini ada kesempatan untuk post pasal ini.

Semester ini kami pelajar Bacelor Sains (kepujian)- Kimia mengambil subjek Kimia Perindustrian. Subjek ni 3 jam kredit dan adalah elektif untuk pelajar pure chemistry. Kalau budak Kimia perindustrian mereka ambil kimia industri I dan kimia Industri II. Bes belajar subjek ini sebab kita belajar mengenai oils and fats, soaps, paints, cements dan sewaktu dengannya. Salah satu requirement untuk subjek ini ialah lawatan industri atau presentation. Maka, haruslah kami pilih lawatan industri. Lagipun inilah satu-satunya peluang kami nak tengok kilang-kilang.

Kelebihan kalau ambil Kimia Perindustrian atau Kimia petroleum anda akan selalu pergi ke lawatan industri tapi Kimia tulen hanya inilah satu-satunya subjek yang ada lawatan industri.

Maka, Pengarah program bagi lawatan ini iaitu Junita atau jun telah menyediakan kertas kerja dan membuat perancangan ke Kilang simen di Bahau. Perjalanan yang men10gambil masa lebih kurang dua jam memang digunakan sebaik mungkin untuk aku tidur.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kilang ini untuk urusan lawatan ke apa silalah ke sini. Sebelum bertolak, geng-geng kimia tulen telah disediakan dengan nasi lemak. Memang sedap hingga menjilat sudu.



Air mineral dengan Nasi lemak yang disediakan sebelum bertolak ke Bahau. Novel itu aku punya. Sempat lagi nak layan kisah Hilman Yong yang sangat sweet tu dalam "Awak Suka Saya Tak?"..=)


Bertolak pukul 8 pagi dalam pukul 10 pagi dah sampai ke CIMA.

Sampai-sampai kami terus dibawa ke tarining centre. 



Terang sikit mata. Aku pergi salah setting gambar jadi yang awal-awal tadi semua jadi fluorescent. huhu..Mun bajet sekejap nak jadi receptionist..

Sebelum menjamu selera kami diminta untuk sign di buku tetamu a.k.a Guest Book.

Kemudian, kami di bawa ke dining room untuk sarapan pagi. Dapat karipap, sandwich dengan teh O.




Selepas mendengar taklimat dan sesi soal jawab daripada wakil-wakil daripada CIMA. Pihak CIMA turut menyediakan cenderamata kepada kami semua.


Produk daripada Negeri Sembilan Cement Industries



Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat simen.


Bricks



Kami

Masa tengok bahagian kilang dia aku rasa macam lost sekejap. AKu terbayangkan transformer jek. Besar-besar mesin dia. Kalau aku sesat dalam kawasan ni confirm 3 hari 3 malam tak jumpa jalan keluar. Masa nak masuk dalam kawasan ini pun kami semua naik bas dan diescort.











Kawasan kuari



Seterusnya kami dibawa ke Makmal Bilik Pusat Kawalan 


Segala proses yang berlaku di sekitar kilang-kilang dikawal oleh mereka yang berada di Makmal pusat kawalan ini. Bukan calang-calang orang yang mengawal tetapi system engineer. Agak gerun jugalah tengok semua ini. 


Banyak yang kami perolehi daripada lawatan ini. Kami sempat juga dicabar oleh mereka yang menyuruh kami mencari substitute untuk menggantikan simen. Sehingga ke hari ini masih belum ada benda yang boleh menggantikan penggunaan simen. Aku rasa mungkin kita boleh gantikan menggunakan polimer. Hmmm....

SAyang sedikit sebab di negeri Sembilan tiada makmal untuk kami lawat. Makmal mereka terletak di Perlis.

Itu sahaja untuk kali ini...=)


adios....