Pages

Sunday, July 15, 2012

Lawatan Industri Ke Cement Industries of Malaysia Berhad (Bahau, Negeri Sembilan)

Assalammualaikum....

Aku ni kan suka update lambat-lambat. Cerita ini sudah lama sebenarnya tapi baru ada kesempatan untuk cerita. Hanis sampai bengang dengan aku sebab tak upload gambar-gambar ini dalam Facebook. Ya, ampun hanis. Baru hari ini ada kesempatan untuk post pasal ini.

Semester ini kami pelajar Bacelor Sains (kepujian)- Kimia mengambil subjek Kimia Perindustrian. Subjek ni 3 jam kredit dan adalah elektif untuk pelajar pure chemistry. Kalau budak Kimia perindustrian mereka ambil kimia industri I dan kimia Industri II. Bes belajar subjek ini sebab kita belajar mengenai oils and fats, soaps, paints, cements dan sewaktu dengannya. Salah satu requirement untuk subjek ini ialah lawatan industri atau presentation. Maka, haruslah kami pilih lawatan industri. Lagipun inilah satu-satunya peluang kami nak tengok kilang-kilang.

Kelebihan kalau ambil Kimia Perindustrian atau Kimia petroleum anda akan selalu pergi ke lawatan industri tapi Kimia tulen hanya inilah satu-satunya subjek yang ada lawatan industri.

Maka, Pengarah program bagi lawatan ini iaitu Junita atau jun telah menyediakan kertas kerja dan membuat perancangan ke Kilang simen di Bahau. Perjalanan yang men10gambil masa lebih kurang dua jam memang digunakan sebaik mungkin untuk aku tidur.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kilang ini untuk urusan lawatan ke apa silalah ke sini. Sebelum bertolak, geng-geng kimia tulen telah disediakan dengan nasi lemak. Memang sedap hingga menjilat sudu.



Air mineral dengan Nasi lemak yang disediakan sebelum bertolak ke Bahau. Novel itu aku punya. Sempat lagi nak layan kisah Hilman Yong yang sangat sweet tu dalam "Awak Suka Saya Tak?"..=)


Bertolak pukul 8 pagi dalam pukul 10 pagi dah sampai ke CIMA.

Sampai-sampai kami terus dibawa ke tarining centre. 



Terang sikit mata. Aku pergi salah setting gambar jadi yang awal-awal tadi semua jadi fluorescent. huhu..Mun bajet sekejap nak jadi receptionist..

Sebelum menjamu selera kami diminta untuk sign di buku tetamu a.k.a Guest Book.

Kemudian, kami di bawa ke dining room untuk sarapan pagi. Dapat karipap, sandwich dengan teh O.




Selepas mendengar taklimat dan sesi soal jawab daripada wakil-wakil daripada CIMA. Pihak CIMA turut menyediakan cenderamata kepada kami semua.


Produk daripada Negeri Sembilan Cement Industries



Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat simen.


Bricks



Kami

Masa tengok bahagian kilang dia aku rasa macam lost sekejap. AKu terbayangkan transformer jek. Besar-besar mesin dia. Kalau aku sesat dalam kawasan ni confirm 3 hari 3 malam tak jumpa jalan keluar. Masa nak masuk dalam kawasan ini pun kami semua naik bas dan diescort.











Kawasan kuari



Seterusnya kami dibawa ke Makmal Bilik Pusat Kawalan 


Segala proses yang berlaku di sekitar kilang-kilang dikawal oleh mereka yang berada di Makmal pusat kawalan ini. Bukan calang-calang orang yang mengawal tetapi system engineer. Agak gerun jugalah tengok semua ini. 


Banyak yang kami perolehi daripada lawatan ini. Kami sempat juga dicabar oleh mereka yang menyuruh kami mencari substitute untuk menggantikan simen. Sehingga ke hari ini masih belum ada benda yang boleh menggantikan penggunaan simen. Aku rasa mungkin kita boleh gantikan menggunakan polimer. Hmmm....

SAyang sedikit sebab di negeri Sembilan tiada makmal untuk kami lawat. Makmal mereka terletak di Perlis.

Itu sahaja untuk kali ini...=)


adios....


8 comments:

  1. salam,akak sy student yg bakal ambil major kimia petroleum n saya agak lost ckit mcmna bidang dia dr segi chances kerja n sbagainya.maybe akak ada kwn2 yg ambik kos ni.so boleyh akak tlg sy,if ada masa lapang & x mnyusahkan.sy tgh komfius -_-".ni emel saya zaid_muhd2001@yahoo.com.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak..saya pun same..boleh tak akak ceritakan di sini tentang soalan yang ditanya oleh zaid ny. tq =)

      Delete
  2. waalaikumussalam, dik. tahniah dapat kimia petroleum akak dah send email kat adik. Cuba cek inbox ye. Kalau ada apa2 soalan tanya ya..=)

    ReplyDelete
  3. haaa.kak saya pun dapt kimia petroleum.saya pun lost.mohon terangkan serba sikit kalau free.ni emel.hairulhensem@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. eh, sori sgt2 x sempat nk reply komen....bz skit dua minggu nie keje....tahniah juga pd adik sbb dpt kimia petroleum...cuba cek emel akak dh send...=)

    ReplyDelete
  5. kak,sy pn dpat kimia petroleum.boleh give further explanation x dlm bidang ni?emel sy...tomjerry19698@yahoo.com..thnx alot....=)

    ReplyDelete
  6. kak . saya dapat kimia industri . em ade kaitan ke kimia industri dgn kimia petroleum? em apa chance keje eh ? mohon pencerahan :) emel -> fadhlin_4292@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. saya cek step untuk mengadakan lawatan tapi error. bole nyatakan bagaimana proses apply untuk lawatan. amat perlukan segera

    ReplyDelete