Pages

Sunday, March 31, 2013

Hadiah dari seorang sahabat: 5 cm

Yang Bisa Dilakukan seorang makhluk bernama manusia terhadap mimpi-mimpi dan keyakinannya adalah mereka hanya tinggal mempercayainya


Assalammualaikum....

Baru berpeluang nak review novel ini. Dari bulan Februari aku duk tengok cover je. Huhu. Terima kasih banyak-banyak Faiz sebab kirimkan novel ini untuk saya. Novel jauh dari jogjakarta. Novel yang terkandung banyak motivasi, kata-kata nasihat, tentang persahabatan, tentang mimpi yang menjadi kenyataan. Ayat-ayat kat atas tu pun dari novel tu yang bermaksud apa yang boleh dilakukan sebagai seorang manusia adalah untuk percaya pada mimpi dan yakin kita akan mampu untuk mencapainya.


Dalam novel itu, memang betul mereka realisasikan impian mereka. Impian 5 sahabat yang menjadi kenyataan. Masa awal-awal novel tu lebih banyak diceritakan mengenai personaliti dorang. Macam mana dorang mula menjadi sahabat. Ada satu quote yang aku suka sangat.

Ini semua bukan tentang selera, tentang musik, tentang bola, atau apa pun. itu semua kecil dibanding kalo kita bisa menjadi orang yang membuat orang lain bisa bernapas lebih lega karena keberadaan kita di situ.

Quote kat atas ni membawa maksud yang sangat tepat bila kita fikir secara mendalam. Bila kita bersahabat dengan seseorang kita tak perlu mempunyai selera yang sama, minat muzik yang sama,minat bola atau apa-apa. Tapi kita hanya perlu menjadi orang yang mampu untuk menggembirakan orang lain. 

Betul kan? Persahabatan merupakan suatu kurniaan yang sangat bernilai. Rasa sebak pula bila teringat tinggal lagi berapa minggu saja lagi bersama dengan Ida, Hanis, Lia, Mun, Mai, Wani. Lepas ini semua akan menuju ke bidang masing-masing mengikut hala tuju masing-masing. Yang akan tinggal kenangan manis yang pernah kita lalui bersama-sama. Sayang korang ketat-ketat.=)

Wani tak ada dalam gambar ni.

Ok balik pada novel ini. Aku rasa dah lama juga aku tak layan novel yang menyentuh hati. Eh? Erm, maksud aku novel yang bagi aku fikir secara mendalam, yang buat aku terdiam sekejap. Kira macam tu la. Masa mula-mula aku tengok tajuk dia aku terfikir kenapa tajuk dia 5cm. Sebab 5 orang sahabat ke? tapi kenapa ada cm. Bila aku dah habis baca baru aku faham kenapa dia bagi tajuk 5cm. Nak tahu kena bacalah. Hehe.

Ada banyak quote yang aku highlight kat novel ini. Bila mereka mula berasa down untuk meneruskan pendakian mereka, mereka memberikan support antara satu sama lain. dan ini ayat yang mereka katakan

Yang kita perlu sekarang cuma kaki yang akan berjalan lebih jauh dari biasanya, tangan yang akan berbuat lebih banyak dari biasanya, mata yang akan menatap lebih lama dari biasanya, leher yang akan lebih sering melihat ke atas, lapisan tekad yang seribu kali lebih keras dari baja serta mulut yang akan selalu berdoa.  

Lagi quote yang aku rasa bes sangat ialah 

Kalau kita mau, kita bisa raih apa aja yang jadi mimpi-mimpi kita.

 Jangan pernah mau jadi manusia yang diatur oleh keadaan

Enggak ada manusia yang kalah, cuma pelajaran aja mungkin agak berat dibanding yang lain.

Manusia yang nggak percaya pada tuhan sama saja dengan manusia yang nggak punya mimpi. Cuma seoggok daging yang punya nama. 

Banyak lagi ayat-ayat ang aku rasa sangat bes. Nak tahu baca lah novel ini ok. Hehe.


Novel yang merangkumi 379 muka surat ini aku rasa sangat-sangat bagus di baca oleh orang yang sukakan mengenai falsafah hidup, yang rasa down, yang rasa diri mereka dahagakan info-info baru. Bayangkan novel ini diulang cetak yang ke 27 sehingga Disember 2012. Donny Dhirgantoro did a good job. Rasa kagum dapat baca tulisan dari seorang penulis yang menerbitkan novel yang pertama tapi yang sangat baik. Tak pasti kalau kat Malaysia ada terbitkan ke tak novel ini. Kalau ada pastikan dapatkannya ok.

Oh ya. Novel ini pun dah dijadikan movie. Aku tak tengok pun lagi. Tapi bak kata Faiz novel dia lebih bagus dari movie. Tapi rasanya ada masa nanti nak tengok juga movie tu..hee..=)

Terima kasih banyak-banyak faiz sebab hadiahkan buku ini pada saya. Really appreciate it. Maaf sebab lambat review novel ini.  =)
                                           


Ok itu saja untuk kali ini. Sambung writing pula..huhu..


p/s: novel negeri 5 menara dah ada sambungan yang ketiga lepas Ranah 3 Warna. Rantau 1 muara. Kat Indonesia akan diterbitkan. Aku harap dapatlah angkut buku ini masa pesta buku pwtc plak. Huhu..


                                    






Saturday, March 30, 2013

Cecelia Ahern: The time of My Life

Assalammualaikum...


 It's been quite a long pause reviewing novels. Aku pun pelik apa jadi dengan aku. Huhu. Selalu buku kimia yang malas nak baca tapi sejak dua menjak ni novel pun dah tak rajin nak baca. Tapi buku still beli berderet-deret. Tu tak boleh nak ubahlah kan. Haha. Benda yang selalu kita suka buat pun boleh jadi kita dah tak buat. Dah start dah nak mengarut. 

Baru lepas khatam novel The time of my life oleh the famous and most favorite author Cecelia Ahern. Semua novel Cecelia Ahern wajib ada dalam koleksi aku. Tapi buku ni agak ketinggalan juga masa aku dapat. Hee..dapat bukan beli. 

Cerita-cerita Cecelia memang selalu lain dari yang lain dan banyak moral yang boleh dapat di akhir cerita tu sebab dia selalu end story dia dengan beautiful messages. Masa aku baca sinopsis novel ni memang aku tertarik sebab macam ada kena-mengena dengan life aku. 

Lucy Silchester dapat satu surat dari LIFE. Dia pelik kenapa dia dapat surat dari LIFE dia sedangkan dia rasa dia ada semuanya dalam hidup ini. Dia puas dengan semuanya tapi dia tidak sedar 'puas' adalah satu perkataan yang dia cuba untuk memuaskan hati dia. 

Dia tak enjoy dengan life dia tapi dia cuba untuk adapt dengan life dia selepas dia putus cinta. Ibarat jatuh ditimpa tangga, Lucy seperti hilang arah tujuan apabila dia ditinggalkan cinta tanpa punyai alasan yang kukuh, hilang pekerjaan, tiada duit unuk meneruskan hidup dan terpaksa menipu di dalam resume untuk mendapatkan kerja. 

Hubungan dengan keluarga menjadi renggang dan dia menyepikan diri dari semua orang yang pernah dia rapat. Oleh itu, LIFE telah datang untuk menyelesaikan masalahnya.

Masalah utama yang dihadapi oleh Lucy ialah dia menipu untuk menyelamatkan diri. Jadi, cara pertama yang LIFE cuba lakukan untuk mengembalikan kegembiraan dalam hidup Lucy ialah dengan membocorkan satu rahsia apabila lucy berbohong. Lama-kelamaan lucy mengubah tabiat dan cuba untuk menghadapi realiti dan dia berasa puas apabila dia mampu untuk menghadapi realiti tanpa perlu menipu. 

Nak tahu lebih lanjut macam mana cerita ini kenalah baca novel ni. Hee..=p

Oklah itu saja untuk kali ini. Harap dapat post lagi. 




Buku kat bawah ni angkut masa pergi Big Bad Wolf. Selalu kan aku punya novel mesti ada love story tapi tetiba aku ubah pula minat aku. Aku sekarang suka novel-novel yang bagi aku fikir mendalam sikit. Haha. Bajet macam pemikiran kritis la kononnya. 



Oleh sebab masa sangat limited sekarang ini. Agak susah aku nak habiskan novel dalam masa yang singkat. Entah sejak bila wujud kesedaran la kan. Dulu kerja banyak pun baca buku lain laju je. Sekarang dah jadi baik sikitlah. Sebelum tidur baru baca tapi itupun tahan lima minit je. Lepas tu buku tu baca aku. Huhu. Aku siap susun buku kat sebelah katil supaya aku ikut turn bila nak baca buku. Haha. So, In Shaa Allah next book ialah 5cm. Hadiah juga tu. Hehe. =)