Pages

Monday, May 6, 2013

Dr Farhan Hadi: Tuhan Lebih Saintifik

Assalammualaikum...

Lepas dua tahun tak ada kesempatan pegi pesta buku sebab kekeringan poket. Alhamdulillah tahun ni dapat kesempatan tu. So, apa lagi pergilah cari buku-buku yang dah lama target. Tapi kali ini tak boros sebab hari tu dah borong buku dari Big Bad Wolf tapi tak habis baca lagi. So, cari buku yang betul-betul dah lama target.


Gerai first yang aku lalu masa pergi pesta buku ialah Gerai Galeri Ilmu. Hajat di hati nak cari buku Ustaz Hasrizal: Secangkir Teh Pengubat Letih tapi sedih gila bila akak kat sana cakap buku tu baru je beberapa minit habis. Sangat frust. Jadi, usha usha buku lain then tengok buku Ustaz Hasrizal, Rindu Bau Pohon Tin tak ada dalam koleksi lagi. Haruslah angkut kan. Next entry baru nak cerita pasal buku tu ok.


Tuhan Lebih Saintifik, hasul karya Dr Farhan Hadi dan kata pengantar oleh Fatimah Syarha. Kenal tak siapa Fatimah Syarha? Kalau tak kenal sila google. Ceramah dia pun sangat-sangat bes. Sepertimana isteri, Dr Farhan Hadi yang juga suami kepada Fatimah Syarha tidak kurang hebatnya. Aku rasa sangat tak rugi beli buku ini. First time baca novel tarbiah and sangat tak menghampakan. Aku rasa semua orang patut ada buku ini terutamanya pelajar-pelajar yang berlatar belakangkan sains.

Di dalam novel ini dimulakan dengan watak seorang pelajar, Zulkarnain yang menghantar tugasan kepada pensyarahnya, Dr Donald. Pertemuan mereka telah membuatkan Zulkarnain kehilangan kata-kata apabila Dr Donald yang merupakan seorang ateis menyerangnya dengan fakta-fakta sains untuk membuktikan tuhan tidak wujud.

Semua pelajar menjadi mangsa Dr Donald dalam penyebaran dakyah-dakyah berunsurkan ateis. Pelajar-pelajar Islam mula bingung apabila tidak dapat menyerang kembali kata-kata Dr Donald kerana kurangnya ilmu agama juga ilmu saintifik. Apabila diadu kepada Ustaz Hanafi keadaan menjadi lebih rumit kerana beliau merupakan seorang yang taksub dengan aliran tradisional sehingga menolak sains sepenuhnya. Alasan beliau adalah sains merupakan taktik yang digunakan oleh agama lain untuk merosakkan agama islam. Pelajar-pelajar menjadi lebih bingung.

Ketika mereka dalam dilema, munculnya seorang pakar bedah kardiotorasik juga seorang yang mempunyai sarjana dalam bidang agama sebagai pensyarah mereka. Perwatakan beliau yang sentiasa merendahkan diri namun penuh dengan ilmu menjadi tempat rujukan para pelajar. Sikap dan perwatakannya juga menarik minat Dr. Donald untuk berbual dengannya. Niat utama Dr Donald untuk menarik Dr Ahmad Zabidi menjadi pengikutnya mula berubah menjadi sesi mengenal keindahan agama islam.

Satu persatu tuduhan yang dilemparkan oleh Dr Donald berjaya dipatahkan oleh Dr Ahmad Zabidi. Nak tahu apa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Dr Donald kenalah beli n baca buku ini. Serius aku rasa tak rugi. Bahasa yang mudah untuk difahami serta membuatkan pembaca untuk terus membaca membuatkan aku menghabiskan novel ini dalam semalaman.


Apabila pengetahuan sains semakin mendalam, ia bukan bermaksud kita jauh dari Allah tetapi ia mendekatkan kita pada pencipta kita kerana TUHAN LEBIH SAINTIFIK.