Pages

Sunday, July 21, 2013

Tahun Keempat Bacelor Sains (kepujian) kimia + tips presentation (bahagian 3)

Assalammualaikum....

Terkejut tengok tiba-tiba ramai yang datang lawat hydrogenbond. Lagi-lagi adik-adik yang bakal masuk course kimia dan ada juga tanya nasihat mengenai latihan industri dan final year project. Terima kasih banyak-banyak ye sebab sudi membaca blog ni.

Huhuhu. Memang idea asal aku start buat blog sebab nak ceritakan mengenai course ni. Sebab bagi aku course macam medic, engine, architecture ada banyak pendedahan tapi bidang-bidang macam pure sciences macam sangat kurang pendedahan. Biasa orang akan ingat bila ambil course macam kimia, biologi, maths, fizik akan jadi cikgu atau lecturer tapi sebenarnya banyak lagi bidang yang boleh masuk. 

Nak cerita panjang pun aku pun belum masuk ke alam pekerjaan. Baru lagi dalam bidang ni. Jadi, nasihat aku mostly lebih kepada dari apa yang aku belajar dan tengok senior.

Ok, kali ini aku nak share macam mana aku buat slide untuk presentation proposal dengan viva aku masa buat final year project. Slide ni aku buat berdasarkan pengalaman aku dari tahun pertama degree berdasarkan macam mana lecturer buat penilaian. 

Presentation Proposal Final Year Project

Style aku. Aku tak suka pakai template yang sedia ada. Sebab bagi aku macam tu macam boring sikit. Sedaya upaya aku akan cuba untuk create sendiri pakai design sendiri. Nak kata kreatif tu tak adalah tapi aku buat ikut suka aku sendiri. 

Macam slide proposal aku buat ikut kreativiti sendiri tapi ada yang komen nampak suram sebab background hitam. Tapi aku go on je masa proposal sebab tak nak concentrate sangat pada slide. Nak fokus pada content dengan sesi soal jawab.


Cari warna yang terang untuk tulisan. Gambar-gambar yang dipilih pastikan ada kaitan dengan tajuk. 

Macam tajuk aku calophyllum. Aku pilih gambar-gambar yang berkaitan dengan calophyllum. Dengan cara macam ni slide kita tak adalah nampak boring sangat walaupun presentation kita 'dry' sangat.


Elakkan letak ayat panjang-panjang. Cuba explain sendiri. Bila letak banyak ayat satu nampak serabut lagi satu senang examiner nak tembak kita. Dia ada masa nak fikir nak tanya soalan. Tapi kalau kita banyak gunakan ayat kita sendiri untuk explain examiner susah sikit nak tanya soalan susah-susah. Dia akan lebih tanya apa yang kita explain.


Aku suka warna terang-terang. Tak suka sangat warna lembut-lembut. 


Contoh bahagian literature review yang kena lukis structure. Jangan copy paste ye. Nanti bila nak besarkan jadi pecah. So, download Chem Sketch atau Chem Draw untuk lukis structure. Rasanya ada link untuk free download.


Bila nak explain method sebaik-baiknya guna mind map. Nampak lebih kemas dan terus kepada poin. Kita boleh explain ikut kefahaman kita.


Finally, part expected result. 

Next, masa viva aku tukar slide aku. Part awal-awal masih sama cuma aku tukar background supaya tak suram. Nampak ceria sikit. Alhamdulillah prof pun puji kata slide aku nampak clear dan senang nak faham.

Presentation Final Year Project (viva)


Memandangkan colour kuning melambangkan xanthone dengan coumarin maka aku letak background warna kuning. Gambar-gambar pun aku ambil dari calophyllum punya.


Buat ayat pendek-pendek je. Tapi kalau macam terpaksa juga letaklah. Tapi cuba untuk buat ayat sendiri masa nak explain.



Simplifykan result guna tables. Cara macam nie senang nak faham.


Bila letak spectrum, lukis sekali structure compound kat atas setiap spectrum. Macam ni senang examiner nak rujuk. Dalam masa yang sama bila mereka tanya soalan senang kita nak tunjuk.


Masa yang diberikan untuk kita present sangat limited. Dalam masa 10 minit kena habiskan presentation. Jadi kalau nak explain satu-satu akan ambil masa. Aku just pick beberapa peak dan labelkan. Masa present aku just nyatakan peak yang aku dah labelkan. Kalau mereka ada soalan mereka boleh tanya masa sesi Q&A nanti.



Sama juga macam tadi, aku cuma summarizekan dalam kotak kecil. Supaya senang aku nak sampaikan.


Rasanya itulah sedikit yang aku nak kongsikan masa aku buat slides aku untuk proposal dengan viva. Masing-masing ada kreativiti kan jadi gunakan kreativiti anda untuk buat yang terbaik, ya. Kadang-kadang benda-benda macam ni bukan sahaja senangkan kita malah menyenangkan orang yang membacanya. 

Oklah, itu saja untuk kali ini. Selamat berpuasa...=)


p/s: Semangat aku update sampai dua kali hari ini. Haha.



Tahun Keempat Bacelor Sains (kepujian) Kimia (bahagian 2)

Assalammualaikum...

Ok, sambung bahagian 2 pula. Kalau sebelum ni aku tinggalkan sampai Thin Layer Chromatography (TLC) sekarang sambung pula ke bahagian analisis.


Lepas kita dah tahu compound yang kita dapat pure kita kena hantar ke Gas Chromatography-Mass Spectroscopy (GC-MS), lepas tu ke Nuclear Magnetic Resonance (NMR), dan akhir sekali Infrared Spectroscopy (IR).


Mesin GC-MS
Sumber: Google


Kita kena hantar sampel kita ke GC-MS untuk tengok sama ada compound kita pure atau tak. Sebab bila buat TLC tak semestinya accurate. Aku ada banyak sample yang nampak pure bila dalam TLC tapi jadi mixtures bila tengok result GC-MS. Selain itu, daripada Mass Spectrum kita boleh tengok fragmentation compound kita. Dari sana kita boleh tahu molecular formula compound kita.

Sampel yang kita hantar ke GC-MS ni pun tak perlu banyak sebab dia boleh detect walaupun hanya setitik. Tapi kebiasaannya kita akan hantar beberapa titik. Dan pastikan jangan hantar semua sample ke sana sebab takut sample kita contaminate. 

Next, lepas dah tahu molecular formula compound kita boleh proceed ke Nuclear Magnetic Resonance (NMR).


800 MHz NMR
Sumber: Google

Gambar kat atas ni canggih sangat. Biasanya yang kat Universiti-universiti Malaysia dalam linkungan 300-500 MHz. Kalau kat jabatan kimia, UPM 500 MHz. Makin tinggi frequency dia makin cantik peak kita. Tak banyak sangat noise. Lagi satu sample sikit pun kita boleh run sample kita.

Okeh, NMR ni macam yang semua tahu ada 1H (proton) dengan 13C (carbon). Tapi dalam natural products untuk tentukan position nmr accurately kita akan gunakan COSY, DEPT, HMBC, HMQC. Bila first time belajar masa ambil kimia organik 4 memang pening kepala. Masa tu simple compound je. Tapi bila nak buat untuk compound sendiri pening dia. Huhuhu. Walaupun bukan aku yang solvekan structure, nak bagi faham tetap ambil masa.

Tu untungnya jadi budak pure chemistry sebab kita dah belajar masa organik 4. Tak adalah terkejut beruk sangat masa tengok spectrum. Kalau budak-budak industri dengan petroleum ambil masa sikit masa nak fahamkan. Sebab mereka tak pernah belajar langsung pasal ni. 

Sebab itu, pastikan semester pertama dah siapkan lab work. Nanti masa semester kedua ada masa nak fahamkan. Senang masa viva nanti. Boleh jawab masa kena soal.

Biasanya part ni yang ambil masa lama nak buat. Nak run semua tu pun ambil masa. Tak cukup sehari. Dalam berminggu juga nak siapkan sebab nak tunggu turn nak run. 

Jadi, rajin-rajinkan diri masuk ke dalam lab. Jangan malas-malas, ya. Pesanan ikhlas dari senior yang comel. Hak hak.


Eh, kejap. Nak kena cerita ke pasal  COSY, DEPT, HMBC, HMQC? Angguk ke geleng tu? Haha. Oklah aku cerita sikit. 

COSY, DEPT, HMBC, HMQC ni masih dalam 13C tapi lebih accurate bila kita nak tentukan position H dengan C. Kita tahu C mana sebelah mana. Senang kata, kita tahu siapa jiran dia.



Ini ialah contoh spectrum untuk 1H. Kita kena assign ikut position H.
Spectrum yang aku tunjuk contoh ni ialah contoh untuk sejenis xanthone. Caloxanthone A.


Yang ni pula spectrum 13C. Assign semua C. Dari spectrum ni kita boleh tahu ada berapa C dalam compound kita. Jadi, kalau result GC-MS kita salah kita boleh detect kat sini. 

Lepas dah tengok peak untuk proton dengan carbon cantik baru kita akan run untuk DEPT, COSY, HMBC, HMQC.



Ok, di atas ini ialah spectrum DEPT. Dari DEPT ni kita boleh tahu ada berapa Quaternary Carbon, CH, CH2 dan CH3.

Spectrum yang kat atas sekali tunjukkan bilangan CH
Bahagian kedua yang atas tunjukkan bilangan CH dengan CH3
Bahagian bawah sekali tunjukkan position semua C dalam compound kita.


Spectrum COSY. Tunjukkan coupling between dua hydrogen pada axis yang sama. 


Spectrum HMQC tunjukkan direct correlation between proton dengan carbon


Spectrum HMBC unjukkan correlation antara 2J-3J. Kadang-kadang sampai 4J.  Kalau bahasa pasarnya ialah spectrum nie tunjukkan position jiran sampai yang ketiga.



Siap buat NMR maka dapatlah structure compound kita. Hasil daripada Mass spectrum dengan NMR spectrum kat atas terhasillah struktur Caloxanthone A seperti di bawah

Caloxanthone A

Selepas itu, kita hantar pergi ke IR untuk confirmkan functional group dalam compound kita. Tapi dari structure kita ni kita dah boleh tahu kan apa functinal group yang ada.


Itulah method yang kita gunakan untuk dapatkan result kita. Bila dapat tahu structure tu rasa macam fuiyooo leganya. Perasaan tu susah nak cakap. Rasa nak senyum je. Hahahaha. 2 semester dengan column, vials. Rindu nak buat column lagi. Huhu...


Oklah, itu saja untuk bahagian analisis. Nanti kalau rajin aku sambung bahagian tulis thesis pula ya.


Selamat berpuasa...

Friday, July 19, 2013

Menamatkan perjuangan sebagai pelajar tahun akhir Bacelor Sains (kepujian)-kimia (bahagian 1)

Assalammualaikum...

Alhamdulillah ada lagi entry pasal kimia yang aku nak masukkan dalam hydrogenbond aku. Tak sangka aku dah melalui hari-hari aku siapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir atau Final Year Project (FYP) aku. 

Dua semester yang penuh dengan kegigihan, tangisan, gelak ketawa, harapan di hadapan meja eksperimen kat Natural Product Laboratory, Fakulti Sains UPM.

Masih ingat lagi saat-saat masa tengok Thin Layer Chromatography (TLC) dengan harapan compound yang dapat tu pure atau tak. Banyak kali dapat result negatif. Air mata yang keluar tak payah cakap lah masa kecewa tinggal lagi berapa minggu tapi tak dapat apa yang dikehendaki. 

Pernah masa TLC dah pure masuk Nuclear Magnetic Resonance (NMR) tak pure. Kecewa dia lagi teruk dari orang putus cinta. Hahaha.

Tapi Alhamdulillah. Orang kata setiap usaha tu kalau ikhlas pasti akan dapat pengakhiran yang menggembirakan. Yeahhhhh. Rasa syukur sangat-sangat bila akhirnya dapat jumpa supervisor kesayangan dengan senyum lebar-lebar. Dapat beritahu mentor yang dapat compound yang bes. Hehe. Compound bes? Erm..nanti aku cerita ya.=)

Orang yang baca ni mesti tak faham kan apa la yang aku mengarut ni. Jangan risau akan ku kupas satu-persatu cerita mengenai projek kesayangan aku.

Selepas melalui fasa-fasa memilih supervisor projek, tajuk projek. Akhirnya sebelum aku pergi buat LI ke Doping Control Center aku dah tahu siapa supervisor dan tajuk projek aku. Jadi, masa Latihan industri aku dah mula cari journal-journal untuk masukkan dalam Chapter 2 thesis iaitu Literature Review. Sambil-sambil tu aku bacalah apa projek aku ni. 

Masa tu nak kata faham tu tak adalah. Tapi dapatlah sikit gambaran dari apa yang supervisor aku cakap.

Tajuk Final Year Project: Chemical Constituents of Calophyllum benjaminum

Jadi, apa yang aku nak kena buat dengan projek ni?

Calophyllum benjaminum ni menatang apa? Tak pernah dengar pun. Hahaha. Sebenarnya ini ialah pokok bitangor. Semua jenis Calophyllum dikenali sebagai bitangor. Pokok benjaminum ni ialah pokok baru yang masih belum dipublish. Tak percaya? Cuba google. Mesti jumpa satu je result. Tu lah yang supervisor dengan mentor aku punya research. Pelajar FYP diletakkan di bawah seorang student masters untuk buat projek. 



Ni rupa common daun dan bunga Calophyllum atau bitangor. Sumber: Google Image

Ok, next. Apa yang aku kena buat dengan pokok ni? Apa kena mengena dengan kimia? Macam biologi je benda ni.

Daripada kajian-kajian yang terdahulu yang telah dilakukan. Penyelidik dapat jumpa compound yang mempunyai potensi sebagai anti-HIV, anti-Cancer, anti-platelets, anti-microbial, anti-oksida dan banyak lagi kegunaannya daripada genus ni.

Jadi, apa yang ahli kimia nak buat ialah untuk ekstrak compound tu daripada pokok ini. Chemist yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan compound tu dan kenal pasti struktur compound tersebut.

Selepas dapatkan struktur compound tersebut mereka akan cek dengan cell-cell tertentu untuk tengok sama ada compound tu ialah anti apa.


Kenapa gunakan pokok untuk dapatkan compound?

Kita gunakan pokok kerana kita tahu setiap yang berasal daripada bahan semulajadi ada khasiat tertentu. Dan kalau nak tahu, tak semua compound kita boleh synthesis atau dengan kata lain buat dalam lab. Kita kena ekstrak sendiri daripada pokok. 

Bahagian mana yang kita gunakan pokok tu untuk dapatkan compound?

Tak kisah sebenarnya. Tapi dalam lab aku, kami gunakan batang pokok. Kenapa gunakan batang pokok?
Seperti yang kita tahu tissue-tissue banyak terhasil di batang pokok. Dari sana yang kita boleh ekstrak compound yang kita nak. 

Apa nak buat dengan batang pokok?

Ok, mulai bahagian ini yang kita mulakan dengan method yang kita belajar sejak dari matrik dan selama tiga tahun belajar kimia. 

Batang pokok tu kita akan grind sehalus-halusnya. Sampai jadi powder. Kenapa kena jadikan powder? Kenapa tak boleh kasar-kasar je? Cuba ingat balik kita belajar bila ratio surface area to volume besar atau bila benda tu jadi semakin kecil, benda tu akan lebih senang untuk react. Ingat tak? Ingat tak? Hehehe.

Sebab itu kita kena grind dia halus-halus. 






Stem bark yang belum dikisar
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni rupa bila kita dah kisar halus-halus batang pokok atau stem bark tadi.
Sumber: Google image lagi. Huhu.

Lepas dah kisar kita akan buat 'soaking'. Soaking ni kira rendamkan batang pokok ni dengan solvent-solvent tertentu. Solvent macam hexane, chloroform, acetone, methanol. Ada sesetengah compound akan keluar dalam keadaan tertentu. Dalam projek ni kita main dengan polarity. Kita akan rendamkan powder tadi dalam solvent mengikut increasing polarity. 


Rendam lagi lama lagi bagus sebab lagi banyak compound akan keluar tapi sebab masa yang terbatas kebiasaannya orang buat dalam 3 hari. Lepas tu, masukkan dalam rotary evaporator untuk 'pekatkan' balik atau removekan solvent tu. Kena ulang sebanyak 3 kali. Biasanya dalam 2 minggu juga buat benda ni. Jadi kenalah rajin masuk lab. 

Rotary evaporator. Sumber: Google Image

Lepas dah siap-siap kita akan mulakan eksperimen kita. Yang tadi tu cuma macam preparation material kita.  Kita panggil benda yang dah siap tu sebagai crude extract.

Crude extract tu kita akan buat column chromatography. Column Chromatography ni kita buat untuk dapatkan satu compound yang tulen. Sebab dalam crude extract tadi ada banyak compound sekarang kita kena pisahkan dia. 

Konsep column chromatography apa? Ingat balik. Buka buku analisis balik.Hahhahaha.
Tak payahlah buat muka kasihan. Konsep dia ada ikut polarity, ikut molecular weight. Yang aku gunakan ialah guna polarity. 



Tapi..tapi..tapi kita tak boleh terus masukkan dalam column kita. Kena gaulkan crude extract kita dengan silica gel dulu. Ala, macam bancuh kek. Mana boleh bancuh kek tak pakai tepung kan. 


Ni warna asal silica gel lepas dah gaul dengan crude xtracts akan jadi macam kat bawah ni.


Silica gel ni boleh cause cancer kalau masuk dalam hidung atau mulut jadi sebagai precaution step kena pakai mask masa handle. Gambar-gambar tu sekadar hiasan. Sebenarnya kita buat dalam beaker kena gaul-gaul sama macam buat kek. Warna crude extract tu pun berbeza ada yang warna coklat, ada yang hijau. Aku punya mostly hijau bila soak dengan hexane dengan chloroform tapi kaler coklat bila soak dengan methanol.


Lepas tu kena pack column. Sebelum masukkan crude xtract dalam column kita kena masukkan silica gel dalam column tu dulu. Kena pastikan dah betul-betul pack baru boleh masukkan crude extract kita. 


Mula-mula masukkan kapas. Lepastu masukkan silica gel + hexane. Sampai silica gel tu betul-betul dah tak ada bubble, tak ada crack. Gambar column atas ni kecil sangat. Mula-mula buat column biasa column yang gedabak. Macam kat bawah ni. Ni la column pertama yang aku buat. Gedabak tak. Hahaha.



Abaikan meja yang berselerak. Huhuhu. Ni meja sebelum dikemaskan. Masa ni masih menumpang meja. Tak dapat meja tetap lagi. 


Nampak tak kat bawah sekali ialah layer putih dan atas tu layer hijau. Yang putih tu silica gel biasa,  yang atas tu silica gel + crude extracts.


Dah masukkan dalam column maka kita mulakan eksperimen kita. Sekarang kita kena pisahkan satu persatu untuk dapatkan pure compound. Kita kena masukkan solvent dari polarity rendah sampai ke polarity tinggi. Mula-mula masukkan hexane. Tengok ada separation tak.


Nampak tak ada perbezaan warna. Maksudnya mereka sedang separate. Separation sedang berlaku. KIta kena collect pakai round bottom flask ikut warna. Lepas tu masukkan dalam rotary evaporator dan removekan semua solvent. 

Lepas dah kering, masukkan solvent balik, cuci round bottom flask pakai chloroform atau acetone dan transfer dalam vials. Keringkan dalam fume hood.


Kita akan ulang procedure yang sama sampai semua bands yang ada kita dah kumpul. Kira nanti semua warna tu dah turun sampai ke penghujung column.

Lepas tu kita akan dissolvekan balik compound yang ada dalam vials tu dan buat Thin Layer Chromatography (TLC).

TLC nie kita buat untuk tengok sama ada compound kita tu pure atau tak. 



Kita akan choose certain solvent system nak tengok separation dalam TLC Plate nie. Kita akan gunakan TLC plate dan titiskan sedikit daripada compound kita yang dah dissolved dan masukkan dalam beaker yang ada solvent. Bagi solvent dia naik sampai ke atas lepas tu keluarkan n keringkan.

Hasilnya seperti di bawah ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Macam ada yang dah separate macam ada 2-3 compound. Setiap satu bulat tu mewakili satu compound. Ada yang kita tak boleh tengok pakai mata kasar kita kena guna UV lamp.

Yang paling kiri tu ialah pure compound. Yang sebelah kanan tu semua tak pure. Kita kena separate lagi. Maksudnya kita kena buat column chromatography lagi tapi pakai column yang lebih kecil.


Jadi, sekarang kita dah tahu ada yang dapat pure compound. Tapi tak boleh confirm 100%. Next, kita kena hantar pergi GC-MS. Lepas buat GC-MS kena buat NMR dan last sekali hantar pergi IR. 


Tu saja lah kut untuk bahagian 1. Panjang sangat dah ni. Sambung pula dalam bahagian 2.


=)

Tuesday, July 16, 2013

Tempat letak gelang

Assalammualaikum...

Tajuk straightforward terus. Hehe. Nak share tempat letak gelang. Biasa orang letak dalam bekas atau drawer yang size kecik kan. Aku gantungkan macam tempat letak gelas tu.

Benda ni aku beli masa melancong pergi india. Harga murah je. Dalam RM15 je kalau convert duit sini. Ada juga yang jenis plastik tapi macam tak stabil. Aku pula memang suka yang kayu-kayu ni.


Aku ni memang peminat tegar gelang. Tapi bila masuk lab tak boleh pakai. Habis putus. Pernah juga pakai pergi lab sekali putus tiba-tiba.

Terus tak jadi nak pakai. Sekarang dah habis segala wet lab dah boleh pakai.




Oklah itu saja untuk kali ini. Selamat berpuasa!!

Monday, July 15, 2013

Macam mana aku letak handbag aku supaya senang nak ambil.

Assalammualaikum......

Over tak tajuk tu. Haha. Saja bagi dramatik sikit.

Alhamdulillah satu-persatu kemas bilik akhirnya boleh senyum lebar bila masuk bilik. Tenang je hati bila tengok meja kemas, drawer kemas, almari baju pun teratur je. Harap-harap dapat teruskan. Huhu..


Hari ni nak share tempat letak handbag. Sebelum ini letak dalam almari tapi bila letak dalam almari lepas tu tak guna lama beg jadi rosak. Kalau korang pernah letak mesti pernah rasa. Masa tu rasa sedih je kut sebab handbeg kesayangan rosak. Dahlah aku ni jenis sentimental. Segala benda tengok sentimen. Haha. 

Masa tu tiba-tiba terfikir cara senang nak letak beg. Senang susun, senang ambil. Lepas tu pergi kedai dua tiga kali usha. Then, kali ketiga pergi terus ambil sekali dengan rak buku. 


Alat penyangkut kot tu aku jadikan tempat letak backpack dengan handbag-handbag aku. Cara macam ni rasanya jimat ruang dalam almari. Tambah pula senang nak ambil bila nak guna. Harga dia tak berapa ingat tapi bawah 50 rasanya. 

Sebelah rak handbag tu letak rak kasut. Nak letak kat rak bawah dah penuh dengan kasut mak dengan abah jadinya buat rak sendiri dekat bilik. Rak ni ada dua side. Belah belakang pun boleh letak. Rak ni dah wujud kat rumah aku sejak aku sekolah rendah lagi. Huhuhu. Nampak tak betapa antiknya rak kasut tu. Sekarang ada dalam bilik aku. 

Tapi kasut macam heels je aku letak dalam bilik tak delah sampai letak kasut sport kan. huhuhu.. tu saja. 

Friday, July 12, 2013

Bacelor Sains (kepujian) Kimia itu apa ek?

Assalammualaikum.....


Result UPU baru keluar ya? Tahniah adik-adik. Baru-baru ini inbox emel dan kotak komen penuh dengan soalan-soalan adik yang curious pasal course kimia ni.

InsyaAllah akak akan cuba sedaya upaya untuk jawab semua soalan ya. Jadi, ini adalah entri khas untuk adik-adik yang tanyakan soalan mengenai course kimia, kimia perindustrian dan kimia petroleum. Mungkin bagi bidang kimia perindustrian dan kimia petroleum saya bukanlah seorang yang pakar tapi sedikit sebanyak bolehlah explain sebab ketiga-tiga bidang ni berkait rapat.


Soalan 1. Akak, bes ke course kimia/kimia industri/kimia petroleum.

Terus-terang jawapan saya untuk soalan ini ialah bes. Bukan menipu tau tapi memang dari lubuk hati yang mendalam...che wah...giteww...Ketiga-tiga course di atas lebih kurang saja. Under satu jabatan. Dari tahun pertama hingga ke tahun kedua tiga course ini akan berada dalam kelas yang sama.

Subjek-subjek yang akan belajar adalah kimia organik1, kimia fizik dan tak organik, kimia tak organik 1, kimia organik 2, kimia fizik, kimia analisis, kimia spektroskopi. Nak tahu apa yang akan dipelajari dalam setiap subjek tu boleh rujuk di entri ini.

Cuma bila dah tahun ketiga akan ada sedikit berbeza subjek.

Contoh subjek untuk kimia perindustrian ialah kimia perindustrian 1 dan 2, oleokimia, prinsip teknologi kimia, kimia polimer perindustrian. Kalau nak tahu apa yang dipelajari dalam subjek-subjek ini tak pasti lah secara lebih mendalam tapi lebih pada industri.

Pelajar kimia petroleum pula akan belajar kimia petroleum, prinsip teknologi kimia, proses penapisan petroleum, petrokimia, dan kawalan tumpahan minyak.

Pelajar pure kimia akan belajar kimia organik 3 dan 4, kimia tak organik 2 dan 4, termodinamik kimia, kinetik kimia.

Ada subjek-subjek yang jadi elektif untuk pelajar industri dan petroleum wajib untuk pelajar pure.

Masa tahun akhir, final year project semua pelajar wajib. Bidang yang dipilih pun tak kisah. Ada juga budak pure chem ambil projek industri, pelajar industri ambil projek pure. Jadi, ketiga-tiga bidang ni boleh kata sama saja.

Soalan 2: Akak, susah tak belajar?

Ok, yang soalan ni sebenarnya terletak pada individu. Rasanya tak adalah senang sangat. Banyak faktor mempengaruhi. Salah satu faktor ialah rajin. Bila masuk U kena rajin dan banyak berkorban. Tak macam masa matrikulasi. Masa matrik ada kelas tutorial, ada satu lab je. Tapi kalau dah masuk U seminggu ada 3/4 lab. Kena siapkan report. Tak campur assignment, kuiz dan test yang nak kejar. Jadi, kena rajin sangat sangat sangat sangat bila masuk U.

Ada saja student yang masa matrik cemerlang dapat CGPA 3.7, 3.8 tapi bila masuk U pointer nak cecah 3.0 pun susah. Ada juga student masa matrik 2.8, 2.7 tapi masuk U dapat kepujian dekan ssetiap sem. Jadi, ia terpulang pada nasib, usaha, doa dan rezeki setiap individu.

Tapi jangan risau. You will love it..=)



Soalan 3: Ada orang kata susah nak dapat kerja bidang ni. Betul ke kak?

Oh, itu sangat salah. Sebenarnya bidang ini paling senang nak dapat kerja sebab chemist diperlukan di setiap bidang. Cuma ramai student kimia yang cari bidang lain masa kerja kerana tak tahan dengan tekanan. Ada yang tak suka duduk dalam lab lama-lama.

Cuma, kadang-kadang rezeki memainkan peranan. Oh ya. Banyak peluang terbuka untuk yang nak jadi ahli kimia ini. Tak kira industri, petroleum atau pure.

a. Bidang farmasi
b. Bidang kosmetik
c. Bidang perubatan
d. Bidang forensik
e. Bidang pendidikan
f. Bidang penulisan

Itu sajalah yang saya boleh fikir buat masa sekarang. Tapi percayalah ini salah satu bidang yang sangat diperlukan oleh negara kita. Ramai yang tak nampak tapi bila dah explore baru tahu.

Antara institusi yang ambil student kimia:

1. PDRM
2. SIME DARBY
3. NESTLE
4. PETRONAS
5. SHELL
6. Hospital
7. Kilang
8. MPOB
9. MARDI
10. Agensi Nuklear Malaysia
11. Pathlab
12. Kilang-kilang kosmetik atau perubatan macam Nona roguy
13. Pusat Penyelidikan Dadah
14. Jabatan Kimia Malaysia
15. Nippon Paint

dan banyak lagi.


Rasanya setakat ni itu saja. All the best untuk adik-adik dan welcome to the club.

p/s: sila rehat secukupnya sebelum mulakan semester. nanti confirm penat duk tenung lab repot..haha


*** subjek-subjek mungkin sedikit berbeza dengan universiti lain.

Monday, July 8, 2013

Akhirnya tempat belajar idaman dilaksanakan walaupun tak sepenuhnya...heee

Assalammualaikum....

Hahaa. Tajuk bukan main panjang. Tengah senyum lebar-lebar ni. Nak tahu sebab apa? Dah ada dah jawapan kat tajuk tu. Hee..

Akhirnya dapat juga aku kemaskan tempat belajar kat rumah setelah 5 tahun duduk asrama. Baru puas dapat susun-susun balik segala kertas-kertas dan buku-buku yang melambak.

Mesti bosan kan tengok aku duk bebel-bebel. Oklah jom cuci mata tengok gambar-gambar. Biasa-biasa saja. Gunakan apa yang ada.


Okeh, sedikit briefing pasal meja study aku. Chee wah. Ada briefing bagai kan. Haha. Meja aku berbentuk L-shape. Memang ngam-ngam ikut dinding dan aku sengaja letak meja study depan tingkap sebab rasa bila bosan-bosan boleh buka tengok luar. Kira lepas stress belajara cuci mata tengok kereta-kereta lalu.



Nampak tak bentuk dia? Ok, dah dapat gambaran? Ok kita tengok satu demi satu part pula ya. Hehe.


Nie bahagian kiri meja. 
1. White board yang dah sedia ada dari zaman aku kanak-kanak ribena dan sekarang aku bawa masuk bilik. Separuh aku jadikan tempat nak conteng-conteng pakai marker sebelah lagi tampal-tampal benda-benda yang buat aku inspired. Just sebagai kenangan. nak design-design lagi sebenarnya tapi sebab baru je start mengemas semua barang balik dari hostel jadi tengah uruskan benda-benda nak kemas dulu.

2.Drawer aku keluarkan balik semua barang dah organise balik. Sebelum ni letak ikut suka je. Sekarang baru label-label dan susun betul-betul balik. 

Drawer no 1 jadi tempat letak stationery. Aku google gambar bunga-bunga then edit-edit pastu tampal. 



Ni dalam drawer 1. Sebelum ni aku masukkan dalam kotak. Senang bila nak pergi hostel. Sekarang masukkan dalam drawer semua stationery yang ada. Aku ada cerita dalam entri yang lepas kat sini



Ni laci nombor dua. Lepas dah keluarkan semua kertas-kertas yang dah tak guna banyak gila fail-fail yang aku ada. Majoriti masa sekolah menengah dulu. Aku recycle je yang lama-lama. 


Aku rasa ada dalam 30 fail kut. Banyak dapat masa join program-program. Lepas tu fail-fail yang aku letak past year questions masa PMR, SPM dulu. JAdi banyak betul fail aku.


Dan ini drawer yang terakhir kat meja aku. Aku labelkan CD, Wires tapi aku dah masukkan benda-benda lain juga macam ink printer. Kira benda-benda berkaitan dengan komputer. Nampak messy lagi. NAnti dah settle semua baru nak fikir cara bagi nampak kemas.







Okeh done dengan part drawers. Atas meja aku ada lagi bahagian nak letak buku-buku. Ada 3 tingkat dan 6 seksyen. Aku bahagikan ikut few categories.

1. Personal things.

Tempat ni aku letak file-file yang berkaitan dengan sijil, results, and etc. Aku letak buku kosong sekali.

2. General reference

Tempat ni aku letak buku-buku macam dictionary.

3. Chemistry Reference books

Hehe. Dah terang benderang kan. Buku-buku rujukan aku selama 4 tahun.

4. Memory's things.

Kononlah nak cari nama yang unik. Letak je. Tempat ni aku letak majalah-majalah sekolah, matrik. LEpas tu diari-diari aku dari 6 tahun yang lepas. Aku sejak f3 lagi dah gunakan diari untuk plan aku punya schedules, catat homeworks. Memang diari aku penuh bila dah akhir tahun. Hehe.

5. Stationery

Mesti korang pelik kan kenapa ada stationery lagi. Benda-benda macam pembalut buku, hadiah yang panjang2 tak ada tempat nak letak so aku letak kat atas sana.

6. Others

Tempat ni buat masa ni aku letak artikel-artikel yang aku kumpul masa zaman sekolah, universiti untuk debat, syarahan semua tu.






6 seksyen yang berbeza. 


Nie bahagian kanan meja aku. 




Bagi nampak dekat sikit benda-benda aku tampal dekat notice board. Hehe. 




Kat bahagian kanan meja aku letak laptop dengan printer. Plus few books yang aku masih guna nak rujuk. 
Dalam folder kecil tu aku letak a4 paper, colour paper, graph paper, pocket file, test pad dengan envelope. Dah label siap-siap supaya senang kalau adik aku nak cari. 



Itulah cerita meja study aku. Harap lepas ni boleh guna tempat ni dengan penuh manfaat. Seronok bila masuk bilik nampak meja kemas je. Buka drawer lagi lebar senyum. Hahaha.....kebetulan ada pula GiveAway dari blog Susun Atur Sioca. Maka, laju-laju aku kemas barang. First time aku join GA. Sambil mengemas sambil join GA. Hehe. Oklah itu saja untuk kali ini.






p/s: comel kan bantal owl tu. Hehe..=)