Pages

Monday, July 8, 2013

Akhirnya tempat belajar idaman dilaksanakan walaupun tak sepenuhnya...heee

Assalammualaikum....

Hahaa. Tajuk bukan main panjang. Tengah senyum lebar-lebar ni. Nak tahu sebab apa? Dah ada dah jawapan kat tajuk tu. Hee..

Akhirnya dapat juga aku kemaskan tempat belajar kat rumah setelah 5 tahun duduk asrama. Baru puas dapat susun-susun balik segala kertas-kertas dan buku-buku yang melambak.

Mesti bosan kan tengok aku duk bebel-bebel. Oklah jom cuci mata tengok gambar-gambar. Biasa-biasa saja. Gunakan apa yang ada.


Okeh, sedikit briefing pasal meja study aku. Chee wah. Ada briefing bagai kan. Haha. Meja aku berbentuk L-shape. Memang ngam-ngam ikut dinding dan aku sengaja letak meja study depan tingkap sebab rasa bila bosan-bosan boleh buka tengok luar. Kira lepas stress belajara cuci mata tengok kereta-kereta lalu.



Nampak tak bentuk dia? Ok, dah dapat gambaran? Ok kita tengok satu demi satu part pula ya. Hehe.


Nie bahagian kiri meja. 
1. White board yang dah sedia ada dari zaman aku kanak-kanak ribena dan sekarang aku bawa masuk bilik. Separuh aku jadikan tempat nak conteng-conteng pakai marker sebelah lagi tampal-tampal benda-benda yang buat aku inspired. Just sebagai kenangan. nak design-design lagi sebenarnya tapi sebab baru je start mengemas semua barang balik dari hostel jadi tengah uruskan benda-benda nak kemas dulu.

2.Drawer aku keluarkan balik semua barang dah organise balik. Sebelum ni letak ikut suka je. Sekarang baru label-label dan susun betul-betul balik. 

Drawer no 1 jadi tempat letak stationery. Aku google gambar bunga-bunga then edit-edit pastu tampal. 



Ni dalam drawer 1. Sebelum ni aku masukkan dalam kotak. Senang bila nak pergi hostel. Sekarang masukkan dalam drawer semua stationery yang ada. Aku ada cerita dalam entri yang lepas kat sini



Ni laci nombor dua. Lepas dah keluarkan semua kertas-kertas yang dah tak guna banyak gila fail-fail yang aku ada. Majoriti masa sekolah menengah dulu. Aku recycle je yang lama-lama. 


Aku rasa ada dalam 30 fail kut. Banyak dapat masa join program-program. Lepas tu fail-fail yang aku letak past year questions masa PMR, SPM dulu. JAdi banyak betul fail aku.


Dan ini drawer yang terakhir kat meja aku. Aku labelkan CD, Wires tapi aku dah masukkan benda-benda lain juga macam ink printer. Kira benda-benda berkaitan dengan komputer. Nampak messy lagi. NAnti dah settle semua baru nak fikir cara bagi nampak kemas.







Okeh done dengan part drawers. Atas meja aku ada lagi bahagian nak letak buku-buku. Ada 3 tingkat dan 6 seksyen. Aku bahagikan ikut few categories.

1. Personal things.

Tempat ni aku letak file-file yang berkaitan dengan sijil, results, and etc. Aku letak buku kosong sekali.

2. General reference

Tempat ni aku letak buku-buku macam dictionary.

3. Chemistry Reference books

Hehe. Dah terang benderang kan. Buku-buku rujukan aku selama 4 tahun.

4. Memory's things.

Kononlah nak cari nama yang unik. Letak je. Tempat ni aku letak majalah-majalah sekolah, matrik. LEpas tu diari-diari aku dari 6 tahun yang lepas. Aku sejak f3 lagi dah gunakan diari untuk plan aku punya schedules, catat homeworks. Memang diari aku penuh bila dah akhir tahun. Hehe.

5. Stationery

Mesti korang pelik kan kenapa ada stationery lagi. Benda-benda macam pembalut buku, hadiah yang panjang2 tak ada tempat nak letak so aku letak kat atas sana.

6. Others

Tempat ni buat masa ni aku letak artikel-artikel yang aku kumpul masa zaman sekolah, universiti untuk debat, syarahan semua tu.






6 seksyen yang berbeza. 


Nie bahagian kanan meja aku. 




Bagi nampak dekat sikit benda-benda aku tampal dekat notice board. Hehe. 




Kat bahagian kanan meja aku letak laptop dengan printer. Plus few books yang aku masih guna nak rujuk. 
Dalam folder kecil tu aku letak a4 paper, colour paper, graph paper, pocket file, test pad dengan envelope. Dah label siap-siap supaya senang kalau adik aku nak cari. 



Itulah cerita meja study aku. Harap lepas ni boleh guna tempat ni dengan penuh manfaat. Seronok bila masuk bilik nampak meja kemas je. Buka drawer lagi lebar senyum. Hahaha.....kebetulan ada pula GiveAway dari blog Susun Atur Sioca. Maka, laju-laju aku kemas barang. First time aku join GA. Sambil mengemas sambil join GA. Hehe. Oklah itu saja untuk kali ini.






p/s: comel kan bantal owl tu. Hehe..=)








8 comments:

  1. ok baru sempat menerjah..curik2 masa menaip sambil menyusu si kecik..

    bilik yg kemas..tempat belajat yg tenang dan praktikal..best!! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....alhamdulillah..idea buat meja n rak buku sume dr abah...dia yg design ms nk pindh rumah nie...=)

      Delete
  2. assalamualaikum akak..sya nak tanya ckit nie..saya bru dpt course kimia tulen kat UKM..nak tanya susah tak? and satu lagi..apa kerjaya yang berkemungkinan bagi kos ni ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...oh ye ke...tahniah..susah tu tak senang pun tak...haha. yang penting kena rajin sentiasa..sekarang kuatkan semangat untuk busy lepas nie dengan lab. buat lab seronok sangat tapi perlukan kesabaran untuk siapkan repot, kejar study, test. tapi insyaAllah oksaja...=)


      kerjaya meluas dik. semua bidang ahli kimia boleh masuk. janji ada lab. kalau x minat jd chemist nanti boleh jadi sales person untuk jual instrument yang berkaitan kimia. insyaAllah pasti ada rezeki yg pntg skrg adik fokus untuk skor paper staip sem lama2 adik akan nmpk skop kerjaya adik.

      all the best and welcome to the club...=)

      Delete
  3. salam akak, akak tahu tak sedikit sebanyak ttg major kimia industri?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam....

    major kimia industri, kimia petroleum n kimia pure sama saja syllabus dari tahun 1 ke 2. Masuk tahun keempat/ ketiga major lain2. Kimia industri akan lebih belajar pasal industri..ada subjek macam kimia insdustri 1 n 3, kimia polimer perindustrian, prinsip teknoligi kimia, oleokimia. akan ada lebih pendedahan pada industri.

    yang bes nyer kimia industri tak banyak lab bila dah tahun ketiga n keempat. kurang lab report.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kak. Alhamdulillah, ni first choice saya upu. Dan saya dapat dekat UPM. Saya suka both fizik n kimia, tapi niat nak main kimia tu lagi tinngi. Hehe. Cuma bila ayah tnya pasal kerja nnti, eheh, krik krik... Tak tahu nk jwb apa. But for ur newest entry, thx for tht :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke...welcome to the club....=)

      xpe nanti kimia nie pun blaja fizik jugak. masa 2nd year dan 3rd year ada 2 paper fizik kena ambil. so, x rugilah dik...=)

      welcome2...=)

      Delete