Pages

Friday, July 12, 2013

Bacelor Sains (kepujian) Kimia itu apa ek?

Assalammualaikum.....


Result UPU baru keluar ya? Tahniah adik-adik. Baru-baru ini inbox emel dan kotak komen penuh dengan soalan-soalan adik yang curious pasal course kimia ni.

InsyaAllah akak akan cuba sedaya upaya untuk jawab semua soalan ya. Jadi, ini adalah entri khas untuk adik-adik yang tanyakan soalan mengenai course kimia, kimia perindustrian dan kimia petroleum. Mungkin bagi bidang kimia perindustrian dan kimia petroleum saya bukanlah seorang yang pakar tapi sedikit sebanyak bolehlah explain sebab ketiga-tiga bidang ni berkait rapat.


Soalan 1. Akak, bes ke course kimia/kimia industri/kimia petroleum.

Terus-terang jawapan saya untuk soalan ini ialah bes. Bukan menipu tau tapi memang dari lubuk hati yang mendalam...che wah...giteww...Ketiga-tiga course di atas lebih kurang saja. Under satu jabatan. Dari tahun pertama hingga ke tahun kedua tiga course ini akan berada dalam kelas yang sama.

Subjek-subjek yang akan belajar adalah kimia organik1, kimia fizik dan tak organik, kimia tak organik 1, kimia organik 2, kimia fizik, kimia analisis, kimia spektroskopi. Nak tahu apa yang akan dipelajari dalam setiap subjek tu boleh rujuk di entri ini.

Cuma bila dah tahun ketiga akan ada sedikit berbeza subjek.

Contoh subjek untuk kimia perindustrian ialah kimia perindustrian 1 dan 2, oleokimia, prinsip teknologi kimia, kimia polimer perindustrian. Kalau nak tahu apa yang dipelajari dalam subjek-subjek ini tak pasti lah secara lebih mendalam tapi lebih pada industri.

Pelajar kimia petroleum pula akan belajar kimia petroleum, prinsip teknologi kimia, proses penapisan petroleum, petrokimia, dan kawalan tumpahan minyak.

Pelajar pure kimia akan belajar kimia organik 3 dan 4, kimia tak organik 2 dan 4, termodinamik kimia, kinetik kimia.

Ada subjek-subjek yang jadi elektif untuk pelajar industri dan petroleum wajib untuk pelajar pure.

Masa tahun akhir, final year project semua pelajar wajib. Bidang yang dipilih pun tak kisah. Ada juga budak pure chem ambil projek industri, pelajar industri ambil projek pure. Jadi, ketiga-tiga bidang ni boleh kata sama saja.

Soalan 2: Akak, susah tak belajar?

Ok, yang soalan ni sebenarnya terletak pada individu. Rasanya tak adalah senang sangat. Banyak faktor mempengaruhi. Salah satu faktor ialah rajin. Bila masuk U kena rajin dan banyak berkorban. Tak macam masa matrikulasi. Masa matrik ada kelas tutorial, ada satu lab je. Tapi kalau dah masuk U seminggu ada 3/4 lab. Kena siapkan report. Tak campur assignment, kuiz dan test yang nak kejar. Jadi, kena rajin sangat sangat sangat sangat bila masuk U.

Ada saja student yang masa matrik cemerlang dapat CGPA 3.7, 3.8 tapi bila masuk U pointer nak cecah 3.0 pun susah. Ada juga student masa matrik 2.8, 2.7 tapi masuk U dapat kepujian dekan ssetiap sem. Jadi, ia terpulang pada nasib, usaha, doa dan rezeki setiap individu.

Tapi jangan risau. You will love it..=)



Soalan 3: Ada orang kata susah nak dapat kerja bidang ni. Betul ke kak?

Oh, itu sangat salah. Sebenarnya bidang ini paling senang nak dapat kerja sebab chemist diperlukan di setiap bidang. Cuma ramai student kimia yang cari bidang lain masa kerja kerana tak tahan dengan tekanan. Ada yang tak suka duduk dalam lab lama-lama.

Cuma, kadang-kadang rezeki memainkan peranan. Oh ya. Banyak peluang terbuka untuk yang nak jadi ahli kimia ini. Tak kira industri, petroleum atau pure.

a. Bidang farmasi
b. Bidang kosmetik
c. Bidang perubatan
d. Bidang forensik
e. Bidang pendidikan
f. Bidang penulisan

Itu sajalah yang saya boleh fikir buat masa sekarang. Tapi percayalah ini salah satu bidang yang sangat diperlukan oleh negara kita. Ramai yang tak nampak tapi bila dah explore baru tahu.

Antara institusi yang ambil student kimia:

1. PDRM
2. SIME DARBY
3. NESTLE
4. PETRONAS
5. SHELL
6. Hospital
7. Kilang
8. MPOB
9. MARDI
10. Agensi Nuklear Malaysia
11. Pathlab
12. Kilang-kilang kosmetik atau perubatan macam Nona roguy
13. Pusat Penyelidikan Dadah
14. Jabatan Kimia Malaysia
15. Nippon Paint

dan banyak lagi.


Rasanya setakat ni itu saja. All the best untuk adik-adik dan welcome to the club.

p/s: sila rehat secukupnya sebelum mulakan semester. nanti confirm penat duk tenung lab repot..haha


*** subjek-subjek mungkin sedikit berbeza dengan universiti lain.

38 comments:

  1. selain dari institusi kat atas tu apa lgi ye?saya plan nak sambung belajar next year...nak amek course ni...syukur sgt dapt jumpa blog sis...ALHAMDULILLAH...saya umur 24..after grade dulu kerja...p bukn bidang yang sama..saya kerja kilang,clerk..dulu masa dip amek dip sains biology...hehe..sangatla menyimpang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke...alhamdulillah...mesti byk pengalaman nie...bl dh smbg blaja insyaAllah mesti boleh skor dengan cemerlang....

      biasanya bidang nie lebih pada lab..as long ada labs blh msk...hospitals pun ada yg hire chemist...so far yg kat atas tu yg saya dpt fkr..huhu...tp usually kilang2 akan ambik chemist la utk rnd dengan QC

      Delete
  2. ya betul tu. semuanya terletak pada diri sendiri =) kalau kita rajin, in shaa Allah tkde masalah dlm pelajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak amek sains kimia ni wktu spm subjek ap y kene skor

      Delete
    2. Kalau nak amek sains kimia ni wktu spm subjek ap y kene skor

      Delete
  3. thanks for the information...im still studying dip in industrial chemistry so...curious jugak ngan kerjaya dalam this bidang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke..all the best...tp so far tgk bnyk gak perluang kerja lagi2 student yang ambil industrial chem...cepat dapat kerja...=)

      Delete
  4. Akak, kalau ambik course kimia industri, kan ada praktikal pada sem last(6), tempat praktikal bole pilih sendiri???

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa boleh pilih sendiri. fakulti cuma sediakan list2 nama yang dicadangkan...tapi kita boleh cari sendiri ikut kesesuaian kita. dekat ngan tempat tgl ke. nak elaun ke.

      macam saya dulu pilih sendiri. ramai kawan-kawan pilih sendiri.

      Delete
  5. salam akak, kalau sy dpt result asasi cukup2 melepasi syarat minimum nk mintak kos ni, agak2 boleh dpt x? or mmg x de harapan dh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada u dan jumlah yang mitak, kalau ramai yang minta pointer 3.7 ke atas, anda mungkin terlepas.. tp boleh cuba minta,

      Delete
  6. as salam ..akak..saya nk tanye pure kimia n boleh jd engenring kimia tak??kalau saye ambk ijazah sain kimia..boleh tak saye msuk bekerje dalam kimia industri??

    ReplyDelete
  7. Nk tnye la ??bidang nie hnye ad kat uitm arau ,perlis je ea ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. uitm jengka, pahang pn ada kos nie..

      Delete
  8. salam akak, result matrik baru keluar. saya punya gred untuk kimia B, fizik A. saya kurang minat fizik, tapi tklah tak suka. saya risau nak ambik course kimia sebab setiap kali exam selalu fizik menahului. walaupun bezanya tk banyak. saya ingat nak ambik kejuruteraan kimia dan gas kat UTM. akak rasa dengan result macam ni saya dapat adapt tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat adapt atau tak sebenarnya bergantung kepada diri sendiri dan persekitaran. jangan terlalu banyak main dan masuk event, masa memang akan habis ke sana je nanti, sampaikan masa belaja pun tak de masa, ramai bila dah masuk u akan jadi lalai, kimia B tiada masalah untuk belajar balik, tp nak dapat kos yang di minta tu tak pasti la dapat atau tak.. selamat maju jaya.

      Delete
  9. salam kak, saya pelajar lepasan matrik, sye xambik fizik...boleh dpt x courese ni..saye modul 3...amik bio

    ReplyDelete
  10. Salam akak, saya mybe akan dapat kos major kimia petroleum.. oleh kerana maklumat pasal kos ini agak sikit saya jadi keliru.. saya nak tanya
    1. apakah pekerjaan bg kos ini selain jadi chemist ?
    2. boley ke kita jadi engineering melalui kos ini ?
    3. kalau pratikal nanti syarikat mana aje kita boley mohon ?
    4. klau lepas degree nak sambung master, kos apa yang perlu dimohon ?
    harap akak boleh membantu.. terimakasih.. :)

    ReplyDelete
  11. Tolong jawab soalan siti maryam tu akak....sy baru nak tnya tpi dah ad yg tnya. Please jawab akak....

    ReplyDelete
  12. nk tahu boleh ke kalau sy nk apply course yg xsama dgn syarat kelayakan yg dia nak. cth : sy nak amik kejuruteraan kimia, syarat kelayakan minta band 3. tapi sy dpt band 2. mcm mana ya sis? boleh ke sy still nk mohon? pointer ok. cuma muet je. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di UMS, ada je student yang ambil kos kejuruteraan kimia walaupun band 2..

      Delete
  13. Assalamualaikum akak,klau ambik bacelor sains(kepujian) kimia, boleh ke jadi pendidik?..jadi guru kimia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak boleh. utk menjadi guru kimia perlukan ijazah (pendidikan) sains. kalau nk jadi pensyarah bolehla tpi lepas ijazah kena amek master ^__^

      Delete
  14. Assalamualaikum kak, nk tnya sikit nie, klau nk amik salah satu drpda 3 course nie masa SPM sbjek Biologi perlu ke? Klau drop sbjek Bio x pe ke? Really hope you reply my comment, thnk you..

    ReplyDelete
  15. Assalam kak.. Saya dpt pointer 3.59 and muet band 2.. Layak ke saya mohon bidang ni?? Ade yg ckp x layak sbb result muet saya x mencukupi syarat.. Harap akak dpt membantu..

    ReplyDelete
  16. bagaimana kerjaya dalam bidang kimia forensik analisis

    ReplyDelete
  17. Selain daripada upm , u mana yang ada course pure chemist ni ? Saya sangat suka chemist ( obsessed ) maybe saya suka subj ni saya rasa ia boleh dikatakan senang berbanding bio dan physics . Citacita saya nak jadi scientist . Saya beecita2 untuk menghasilkan product seperti perfume dsbg . Saya memang dah lama cari course ni . Tapi taktahu . Semasa apply upu pun saya buntu taktahu nak apply apa . Tanpa berfikir panjang , saya apply um asasi sc phy . Dan saya dapat . Agakagak , kalau degree saya apply bach kimia / kimia perindustrian / kimia petroleum tak tersimpang ke ? Senang tak untuk saya score ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. uitm shah alam, jengka, arau ada kos pure kimia , ukm

      Delete
  18. akak, apa peluang pekerjaan kalau ambil course kimia pure

    ReplyDelete
  19. Assalam..
    Boleh tak kalau minta akak kongsikan cara atau link website untuk pursue career as a Chemist in local hospitals. Sebab saya selalu juga baca boleh pursue kerja in hospital as a pharmaceutical chemist or kerja dalam bidang patologi tapi saya takk tahu caranya.

    Terima kasih banyak2!

    ReplyDelete
  20. Sy pemilik kilag kosmetik GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd...kpd yg bkelayakan dan bminat utk jawatan Cosmetic Chemist, boleh la hubungi talian 012-3265545...tq

    ReplyDelete
  21. Kak.. kimia gunaan sma tak dgn kimia industri??

    ReplyDelete
  22. Kalau tak de subjek fizik,boleh apply ke course ni

    ReplyDelete
  23. salam.. lepasan diploma bioteknologi boleh tak nak further degree in kimia? mohon jawapan

    ReplyDelete
  24. Akak you are very dedicated about your passion. Akak pls saya tak mampu mohon medic.... Upm xde dentistry pulak tu... Time asasi saya dapat chemist b+ boleh ke saya survive? Organic chemistry susah gila kot. Tapi mak saya suruh saya amik pure chemist sebb senang dapat kerja. Can i have your contact sebb saya nak sedikit advice dan pengalaman akak belajar pure chemist

    ReplyDelete