Pages

Saturday, July 6, 2013

Marilah ber DIY

Assalammualaikum....


Hahaha. Nak gelak dulu. Pertama sebab tajuk entry aku kali ini. Kedua, sebab rasa macam dah dewasa pula bila post pasal yang berkaitan dengan organising. Aku terpengaruh dengan beberapa blog yang aku follow sejak beberapa bulan yang lepas.

Habis-habis viva rasa macam nak buat sesuatu. Aku ni pula jenis yang suka kemas. Tak suka tengok benda-benda bersepah. Kebetulan jumpa pula beberapa blog macam Susun atur Sioca Kecil, Sue Suka Susun, IHeart Organizing, Masa tengah sibuk buat thesis setakat tengok-tengok je. Tak fikir pun nak buat. Sekali petang tadi tiba-tiba tengah ada mood nak buat terus buat. Haha.

First time DIY.


Benda pertama yang aku buat ialah susun stationery aku yang aku simpan sejak tingkatan tiga. Bayangkan masa tu umur aku 15 tahun sekarang 23 tahun. Berapa lama aku simpan. Aku memang jenis yang sayangkan barang-barang.

Sebelum-sebelum ini kan duduk hostel jadi selalu kena pindah-randah bila habis sem so aku letak semua stationery aku dalam box yang kat bawah ni. Macam gunting, cellotape, pembaris panjang, paku tekan, binder, puncher dan lain-lain.


Tapi bila dah duduk rumah balik macam susah pula nak cari-cari benda dalam kotak ni. Rasa macam leceh. Sekali tengok blog-blog lain. Google semua nampak yang dorang susun stationery dalam drawer pakai benda-benda yang sedia ada. I LIKE sangat sangat. Apalagi hari tu duk buat benda kat bawah ni. Dalam 1 jam juga aku buat. NAmpak macam simple tapi bila nak susun-susun, balut-balut bagai.Ambil masa juga. Hasilnya, sampai hari ini senyum bila buka drawer. Hahaha.





Banda kedua aku buat ialah label-label baju-baju dalam almari. SYok pula tengok orang lain buat. Macam kemas je. Tak adalah serabut satu baju panjang satu pendek. Maka, terhasillah benda kat bawah ni. 

Mula-mula google gambar nak buat background. Nak cari yang bunga-bunga. Lepas tu edit-edit. Tampal pakai kertas keras yang daripada kalendar mak. Haha. 



Lepas tu label kan. So, jadilah macam yang kat bawah ni. 





Oklah, itu saja untuk kali ini. Baru nak berjinak-jinak buat benda-benda macam ni. Sekarang ni masih dalam mood mengemas bilik kesayangan. Rasa macam nak design notice board sendiri. Duk google cari ilham. Nanti kalau dah jadi aku post ok. Haha.

2 comments:

  1. hihi best kan perasaan ituh? jom terus berkongsi! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..yup..hehe...dulu duk asrama x dapat sgt nk buat...skrg br ada ms nk buat..sronok sgt..=)

      Delete