Pages

Friday, July 5, 2013

Tips sebelum/semasa/selepas Latihan industri Kimia

Assalammualaikum....


Waaaaa..

Lama gila tak update pasal life kat hydrogenbond ni. Bila update pun mostly review pasal buku. Kasihan pula bila tengok adik-adik (erk...haha..macam dah tua je) yang hantar e-mel dan tinggalkan komen tanya pasal kos kimia, pasal latihan industri. Minta maaf sangat-sangat sebab tak sempat nak update. Last update setahun yang lepas mengenai latihan industri di Doping Control Centre tapi tu lebih pada versi persahabatan. Nak baca pasal tu tekan sini.

Dalam otak dah fikir banyak entry nak publish kat blog kesayangan ni. Tapi bila fikir thesis tak siap, projek yang masa tu tak dapat-dapat result. Maka, pendam saja lah hasrat tu.


Okeh.

Tarik nafas.

Gedik. Bajet macam nak bagi ucapan.


Tapi insyaAllah saya cuba kongsi pengalaman yang saya dapat setahun yang lepas. (Tiba-tiba macam janggal nak bahasakan 'saya' tapi sebab nak kongsi sesuatu yang berilmu jadi gunalah bahasa yang formal sikit. Haha. Yang biasa baca entry aku jangan muntah pula. Hehe.

SEBELUM LATIHAN INDUSTRI

Macam mana ek kak nak pilih tempat untuk latihan industri? Saya pelajar jurusan kimia/kimia industri.

Okeh. Majoriti soalan yang ditanya macam yang kat atas ni.

-Perkara pertama yang adik-adik kena consider ialah minat adik. Adik minat perkara yang mencabar atau tidak. Maksud mencabar di sini ialah adik suka buat benda-benda yang baru, minat untuk bekerja dengan 'orang-orang besar'.

-Kebiasaannya, chemist akan ada dua jenis tugas satu routine work dan lagi satu R&D.

 Kalau routine work mereka akan buat perkara yang sama sahaja. Macam analisis benda yang sama setiap masa. Sebagai contoh penyediaan sampel. Mereka akan analisis sampel yang akan di pasarkan tu menepati piawai atau tidak.

Kalau R&D biasanya mereka akan sentiasa buat penyelidikan yang baru. Contoh, pelajar latihan industri biasanya akan dapat satu projek untuk disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Macam ala-ala FYP aka final year project.

Saya suka buat benda baru. Saya cepat bosan kalau buat benda yang sama setiap masa. Dan syukur sangat-sangat masa saya buat LI, saya ditempatkan di bahagian R&D. Oh ya, lupa nak cakap. Saya LI di Doping Control Center (DCC), USM atau nama lain dia Center for Advanced Analytical Toxicological(CAATS).



Dua center nie ditempatkan dalam bangunan yang sama. Walaupun nama berbeza tapi administration sama. Erk, macam susah nak explain. Kalau nak tahu lebih lanjut tanya pak cik google ya. DCC ditubuhkan pada 1995. Tujuan utama ditubuhkan semasa Sukan komanwel pertama kali diadakan di negara kita. Itu serba sedikit sejarahnya. Apa yang DCC ni buat masa sports event ialah cek kandungan dalam air kencing atlet-atlet. Macam yang semua orang tahu, atlet dilarang sama sekali untuk mengambil sebarang jenis dadah. So, ini salah satu fungsi DCC iaitu untuk membuat analisis air kencing atlet. Selepas beberapa tahun, center ini mula menambah beberapa sekseyen seperti food testing, drug of abuse, proteomics, sports, new born screening dan industrial hygiene.

Jadi, kalau adik-adik rasa nak join R&D department saya galakkan join under research institut universiti. Kebiasaannya, semua universiti ada tawarkan pelajar-pelajar untuk apply LI under mereka. Ada beberapa kelebihan kalau kita LI under universiti. Salah satunya ialah, yang jadi supervisor kita kebanyakkannya pensyarah. Jadi, pensyarah kebiasaannya tahu apa yang mereka hendak ajar pada anak murid. Pengalaman tu dapat digunakan semasa kita buat FYP. 

Saya ditempatkan bersama dengan empat orang lagi di Proteomics and Drugs Discovery laboratory. Ada dua orang pensyarah atau researcher di makmal ni. Saya dan seorang lagi ditempatkan di bawah Dr. Gan Chee Yuen. Manakala 3 orang lagi ditempatkan di bawah Dr. Nazri. Gambar bawah ni dengan partner lab, Ilia. Ini gambar depan pintu makmal Proteomics and drugs discovery.



Pada minggu pertama kami didedahkan untuk mengenali peralatan-peralatan di makmal. Minggu kedua kami di dedahkan dengan antioxidant protocol. Antioxidant protocol ni macam beberapa eksperimen yang digunakan untuk cek aktiviti antioksida dalam sampel kita. Pertama kali didedahkan memang seronok. Masa inilah kami belajar guna micropipette, mesin UV-VIS, mesin centrifuge, SDS-page, freeze-dryer. Memang pengalaman yang seronok. Lebih seronok bila kami antara batch pertama yang rasmikan mesin centrifuge yang baru di DCC. Akhir sekali, dari minggu ketiga sampai minggu akhir kami siapkan satu projek.

Mula-mula jakun sangat tau bila tengok mesin-mesin nie. Yalah, kat lab biasa mana kita dapat peluang nak guna mesin-mesin canggih. Tapi bila dekat sini mula-mula mereka ajar cara nak guna kemudian kita sendiri handle instrument tu. 

Kalau kita masuk private sector pula, kita akan lebih didedahkan pada routine work. Pasal routine work ni saya tak mahir sangat. Dapat cerita daripada kawan-kawan yang pernah LI je. Kilang-kilang pun kebanyakkannya ada R&D juga cuma kadang-kadang mereka tak bagi student LI masuk sebab Private and Confidential. 

Tapi kelebihan masuk private sector ialah selain dapat elaun. Kita juga didedahkan pada daily lives as a chemist. Masa ni la masa yang sesuai nak nilai sama ada nak stay dalam bidang kimia atau nak cabut jauh-jauh pergi bidang lain. Haha.

Waaaa..panjang gila bebel. Tapi itu baru tips sebelum LI. Sekarang kita beralih ke semasa LI

SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Rasanya masa latihan industri ni sebelum start LI pensyarah dah bagi arahan. Tapi saya cuma nak tambah beberapa poin yang saya rasa penting. 

Masa LI ni, silalah jangan segan untuk bertanya soalan walaupun rasa macam soalan tu sangat simple atau orang kata cikai. Tanya saja. Bila lagi nak tanya dengan mereka. Inilah masa kita sedang kenal bidang kita. JAdi tanya kaw kaw. Macam kitorg syukur sangat-sangat sebab dapat under Dr. Gan yang rajin melayan semua soalan kami.

Ada sekali kitorg pernah tanya DR tak bosan ke bila hari-hari buat kerja macam ni. Dia kata dia seronok sangat and dia enjoy setiap yang dia buat. Dan memang nampak macam mana dia enjoy work dia. HAri-hari masuk kerja awal dan terus mula buat eksperimen dia. Masa tu baru pukul 7.40 am kut. Semangat tak semangat. Huhu. Masa tu rasa inspired sangat-sangat. Yalah, bila kerja dengan orang yang semangat kita pun jadi semangat sangat.

Kedua, simpan dua buah buku. Satu buku untuk conteng-conteng. Dalam buku conteng ni catatlah segala yang SV beritahu, Research Officer (RO), atau student masters bagitahu. Kadang-kadang ada tips yang mereka bagi yang macam tak perlu masuk dalam buku log kita. Tapi benda tu sangar penting untuk kita. Jadi, simpan buku conteng nie. Lepas tu baru transfer dalam buku log rasmi. Cara tu lebih kemas. 


Kat atas ni ialah Mr Tan. Research Officer kat lab kami. Dia antara yang paling banyak tolong kami untuk projek kami. 

Ketiga, kebiasaannya waktu kita nak LI kita dah tahu tajuk FYP kita. Jadi, selidiklah sikit-sikit macam mana nak buat FYP kita. KAlau SV kita jenis yang suka berborak, suka sharing knowledge tanya dengan dia pasal FYP. Tanya pasal method, cara nak cari journal and etc. TApi kalau SV korang jenis macam harimau tak payahlah. 

Masa kitorg buat LI, Dr Gan tanya pasal projek dan dia ada bagi few suggestion untuk FYP saya. Serius cakap, kalau ada student yang buat LI dekat DCC under Dr Gan. Korang memang bertuah sangat-sangat. Sebab banyak sangat ilmu yang korang boleh dapat dengan dia. 



Inilah DR Gan yang gagah perkasa yang banyak bagi ilmu pada kami. Kalaulah ada peluang satu hari nak cakap " Dr, thanks for everything. You make me feel enjoyed what i'm doing now." Pernah gak mimpi satu hari dapat present paper sebelah dia sebagai tanda terima kasih atas semua ilmu yang dia berikan. Huhu.

Rasa untuk bahagian semasa latihan industri tu je kot. 

SELEPAS LATIHAN INDUSTRI

Tips selepas latihan industri ni tak adalah sangat kut. Cuma part buat report jangan buat last minute. Mungkin nampak senang tapi bila kena masukkan data-data makan masa juga. Jadi, bila ada masa terus buat dulu bahagian yang awal-awal macam acknowledgement, introduction dan etc. 

Selepas itu, buat penilaian sendiri. Lepas konvo nak buat apa. Nak kerja yang macam mana. Still nak jadi chemist? If nak go on baguslah. If tak nak, apa lagi boleh buat untuk chemist. Jadi, pengalaman masa LI jangan buat main-main. Fokus baik-baik dan minta nasihat dari orang-orang sekeliling sana untuk buat keputusan. 



Kami dua orang dari UPM yang buat LI di DCC, USM. Tapi kawan saya Ida di bahagian Sports.


Oklah, itu saja kali ini. Sori banyak sangat perkataan. DAh cuba untuk kurangkan tapi tak dapat. Haha.







7 comments:

  1. assalamualaikum...sya pelajar tahun akhir kos kimia...saya berminat nk buat LI kt CAATs..utk mohon nk buat LI kt situ.apa procedure yg perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. dapatkan surat tawaran dari U lepas tu send dekat caats. follow up balik through fon calls. kadang2 dorg kumpulkan nama dulu. jd lambat sikit nak dapat reply. jadi adik fax terus ke sana then kol tanya.

      Delete
  2. oh...ok...tq akak...

    ReplyDelete
  3. surat tawaran apa yeh? tawaran masuk blaja yang first year tuh ke? lepastuh apa je yang nak letak dlm resume? especially bahagian pengalaman. thanks. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak apply tempat LI, biasa fakulti akan buat surat permohonan...cuba adik rujuk fakulti nanti. jadi masa nak apply sertakan resume ngan surat tawaran tu...

      kalau fakulti lambat keluarkan surat tawaran, adik wat surat sindri. kata nk mohon LI dan sertakan resume. klu resume cam bese letak personal details, skills sume klu xde pengalaman keje tulis apa yg adik pnh join msk kat U..prog apa jawatan apa..tu pun ok gak...contoh resume try google byk leh cr contoh=)

      Delete
    2. Assalam .nak tanya,camna nak buat Surat sendiri tu kalau falkulti lambt bagi surat ?

      Delete
  4. Salam kak. Sye amek kos diploma kimia industri jgk mcm akak. Sem yg akan dtg ni sye akan start praktikal. Skrg ni sye tnga taktau nk carik tempat yg paling sesuai utk buat praktikal. Sye duduk kt area kajang selangor. Kalau tak keberatan, akak tahu tak tempat2 praktikal yg sesuai dgn kos ni dekat kawasan sekitar kajang tu? Kawan2 akak ade tak yg buat praktikal kat sekitar situ? Dn lg satu, akak ade fb tak? Whatsapp ke? Kalau boleh, sye nak add..sbb lg mudah rasanya kalau sye dpt contact akak utk tahu lebih mendalam tntg kos ni.

    ReplyDelete