Pages

Wednesday, November 27, 2013

Perfume, Pemuda Syria dan Oudline

Assalammualaikum...

Hari tu aku stress tetiba. Seolah-olah macam nak campak je buku-buku semua. Lagi -lagi buku Kimia Tak Organik. (Mampus aku kalau Dr. I baca.) Lalu aku pun pergi bilik abah aku. Tujuan aku pergi bilik abah aku pun kurang pasti tapi macam tetiba terfikir kalau wangi-wangi sedap sikit. 

Aku pandang perfume aku macam tak ada potensi nak menenangkan aku saja. Lalu aku pergi meja abah aku dan ambil minyak wangi sikit calit-calit dekat leher dan tangan. Aku hidu sepuas hati. Lepas tu rasa tenang je nak  study. Rasa nak belai-belai je buku kimia tak organik tu. (over punya perasaan). Serius aku rasa tenang.

Cuba teka aku pakai perfume apa?



Mesti korang kata. Lerr. Minyak attar ke? Pada mulanya sebelum aku pergi Oudline aku pun macam tak fikir sangat pasal minyak attar. Bajet western la kan pakai perfume branded je. 

Nama minyak attar ni ialah Sweet Honeymoon. Masa aku dengan uncle dan mak cik aku pergi jalan-jalan kami singgah kat Oudline kat bukit bintang. Baru aku tahu ni salah satu bidang dalam kimia. Sebenarnya cara mereka proses dapatkan minyak attar ni sama cara dalam lab organik kita belajar extract essential oil. 

Rupa-rupanya macam-macam bau ada dalam minyak attar ni. Nama pun siap ada nama Paris hilton la, justin bieber la (betul ke x aku eja tu. huhu). Bau dia serius gua cakap wangi macam perfume yang kita beli dekat shopping complex.

Harga pun jangan fikir murah beb. Ada tiga kualiti. Yang murah, sederhana dan mahal. Yang murah cair, sederhana pekat sikit, yang mahal pekat gila. Kalau kau calit kat baju dah basuh 10 kali pun tak hilang aku rasa. 

Ok, balik pada cerita asal yang aku nak cerita. Aku pun masuklah dalam kedai Oudline ni. Aku nampak botol-botol comel macam reagent pun ada. Sekali nampak batang-batang kayu macam kat lab aku. Aku pun tanyalah apa method guna nak extract. 

Promoter tu cakap guna distillation. Kalau awak tahu apa tu essential oil itu method yang guna distillation la. Aku pun angguk. Tetiba minat gila kan. Mak cik aku pun cakaplah dengan promoter arab tu yang aku ni student kimia. 

Excited promoter tu. Rupa-rupanya dia pun student chemistry juga siap ada master dalam environment lagi. Lepas dia cakap macam tu saja dia dengan uncle aku start cerita dalam bahasa dorang. Lupa nak cakap uncle aku orang arab kahwin dengan mak cik aku. 

Tetiba, perbualan mereka jadi serius. Aku dengan mak cik aku tak faham apa-apa dah. Kitorg siap gelak-gelak lagi tengok nama-nama perfume yang lain.

Lepas tu, dia pun cerita lah pasal kayu-kayu guna untuk bau-bau semua. Rupa-rupanya Malaysia antara pengeluar minyak attar yang terbesar di seluruh dunia sebab pokok-pokok banyak dari sini dengan lagi satu negara aku terlupa. Yang banyak kita beli kat Mekah Madinah sebenarnya daripada Malaysia. Aku macam SERIUSSSSSSS???

Keluar dari kedai tu aku macam teringin pula nak kerja dalam makmal dorang. Mesti wangi je kan. Haha. Keluar dari kedai tu baru uncle aku cerita rupa-rupanya promoter tadi ialah dari Syria. Dia ada kedai sendiri dekat Syria. Satu hari bangunan yang ada kedai dan rumah dia terkena bom. Pak cik, mak cik dan sepupu-sepupu dia terkorban. 

Kerajaan Malaysia bagi sokongan pada mereka dan bagi mereka datang ke Malaysia. Dia baru 4 bulan dekat Malaysia. Tak sangka di sebalik senyuman dia ada terselit kesedihan yang begitu mendalam. Dia tahu banyak pasal industri minyak attar ni sebab dekat Syria dia dalam industri ni dekat 14 tahun. 

Moga Allah memberkati hidupnya. Dalam sekelip mata dia kehilangan segala-galanya. Lepas tu aku terfikir satu benda kita selalu belanjakan wang beratus nak beli perfume yang branded-branded dekat negara barat why not kita sokong industri orang Islam. Dijamin tanpa was-was boleh pakai pergi solat. Bau pun boleh dapat macam-macam. Aku ada dalam kedai tu dekat setengah jam kot. Aku rasa ada dalam 15-20 orang keluar masuk. Semuanya arabian datang beli. Dorang macam dah tahu kedai tu dan senang je order dan beli. Rasa macam bangga gak orang arab datang malaysia beli minyak attar.

Bodyshop, Crabtree semua tu pun pakai method yang sama nak dapatkan perfume tu. Hurm, kena fikirkan lepas ni. Ni website Oudline



Tuesday, November 26, 2013

3 hari 3 malam nak sampai Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Assalammualaikum, semua!!!

Tahu tak satu benda? Tak tahu? Yalah, tak mula nak cerita lagi kan. Masa bulan Ogos yang lalu aku dengan pak cik dengan mak cik aku dari Canada pusing-pusinglah satu Kuala Lumpur guna public transport. Aku pun tumpang kaki jadi ala-ala tourist kat Kuala Lumpur yang aku sendiri dah duduk dekat 19 tahun. Biasalah tempat sendiri tak pernah pergi bila orang luar datang baru nak ikut pusing sekali. 

Al-kisahnya, 3 hari 3 malam mak cik aku sibuk nak pergi Kompleks Kraf ni. Aku dalam hati aku pelik juga la apa lah yang ada kat sana sampai mak cik aku kata kat sana dia nak beli semua cenderahati. Hari pertama pergi Pasar Seni tanya dengan information counter macam mana nak pergi. Diorang kata ada bas akan tunggu kat bus stop boleh follow je. Tunggu punya tunggu tak ada pun sampai. So, kitorang malas nak tunggu lagi terus cancel dan pergi pusing Times Square. 

Hari kedua plan lagi nak pergi lagi tapi tak jadi kami pusing tempat lain. Hari ketiga mak cik aku tekad nak pergi juga. Kami pun tanya dengan information counter dekat pavilion pula. Dia kata guna skywalk pavilion lepas tu akan jumpa jalan conlay. Kompleks kraf tu kat jalan conlay. 

Kitorang pun gigihlah jalan guna skywalk tu. Aku baru tahu kewujudan skywalk yang connect dari pavilion sampai klcc. Ada air-cond lagi. Tak payah nak panas-panas redah jalan yang banyak kereta. Tapi makin kami jalan punya jalan macam pelik. 

Melalui map yang kami ada macam tunjuk semakin jauh pula jalan conlay tu. Kami pun tanyalah dengan guard yang jaga skywalk tu. Rupa-rupanya foreigner pula. Tak faham bahasa sangat. Tapi dia baik. Dia panggil kawan dia yang fasih sikit bahasa inggeris suruh tunjukkan. Kawan dia tengok-tengok map kata ni dah terlebih jalan ni. Awak kena patah balik. Turun dekat bukit bintang. 

Kami pun turunlah dari skywalk tu.
Gigih tahu tak kami jalan.Lalu dekat kawasan-kawasan construction. Dengan rasa seriau takut dengan construction worker. Kami pun jalan punya jalan sampai kat satu kawasan kondominium. Kami tanyalah dekat guard yang jaga dia pun foreigner gak terus geleng tak tahu. Tapi sekali ada technician kut datang masuk dalam guard house tu. Guard yang foreigner tu terus panggil kami. Kami pun tanyalah dengan brother tu.

Brother tu kata kalau ikut kanan jauh baik ikut kiri. Pastu siap pesan lagi 

" Hati-hati ya, kak. Tempat ni banyak kes ragut."

Pergh..lagi seriau lepas dengar brother tu cakap. Kami pun terus jalan dengan jalan. Ikut direction yang brother tu cakap. Dia kata lepas belok kiri jalan straight akan nampak Hotel Royale Chulan, belah kanan hotel tu akan nampak komplek kraf.

Aku dah penat gila masa ini. Sekali bila jumpa Hotel Royale Chulan ni rasa nak menangis dah. Kat bawah ni bangunan Royale Chulan.


Sumber: Google Image


Akhirnyyyyaaaaaaaaaaaaaaa.....................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Bila dah sampai sini baru aku tahu kenapa mak cik aku beria-ia nak datang sini. Barang-barang dekat sini murah dan berkualiti. Sangat sesuai kalau nak bagi hadiah kat kawan-kawan yang kat luar negara tu. Ada macam-macam lagi. Ada kedai cenderamata, butik yang jual songket, batik, mutiara sabah, muzium dan perkampungan kraf. 

Kalau korang bawa pelancong luar WAJIB datang bawa sini sebab tempat ni sangat eksklusif untuk beli cenderamata. Tak payah nak takut nak tawar-menawar sebab tempat ni fixed price dan dalam masa yang sama memang harga yang berbaloi. 

Dekat perkampungan kraf ni ada gerai-gerai yang buat demonstrasi buat batik, buat seramik, ukir kayu, lukisan dan sebagainya. Boleh kata kita boleh tunjuk mini Malaysia kalau datang sini. Surau dia pun lawa dia buat. Macam rumah kampung. 



Ni mesin gedegang yang jual cenderamata. First time tengok aku agak jakun la. Aku biasa dengar kat Jepun yang ada macam ni tak sangka kat Malaysia pun ada macam ni. 

Dewan yang boleh buat majlis perkahwinan.

Cantik kan buaian ni. Aku naik gak. Hee. Rasa macam nak suruh abah buat satu kat rumah je.





Ni pun buaian juga. Ala-ala beca. Belakang tu dia buat macam basikal.


Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh rujuk website ini. Bolehlah tengok untuk dapatkan waktu operasi dan apa yang ada semua.

Dah habis pusing-pusing semua. Uncle aku tengok balik map kata kita try ikut jalan lain. Rasa macam jalan yang kita ikut ni jauh sangat. 

Dan dalam masa 10 minit kami dah sampai ke pavilion semula. Uwaaaaaaa. Nak menangis. Sebenarnya jalan dekat saja. Kami yang ikut jalan jauh. 

     Ini ialah jalan yang sepatutnya kami ikut tapi kami ikut jalan macam arrow kat bawah ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
.


Jauh gila kut. Penat betul bertawaf segala bangunan.


Kalau ikut dari entrance gambar di bawah ini. Korang jalan straight je. Akan nampaklah bangunan tu. Tak payah tawaf macam kami.



Sebenarnya ada banyak cara nak ke sana. Aku ada google baru-baru ni. Tapi entah hari tu gigih pula 3 hari 3 malam mencari. Yang lawaknya semua orang Malaysia termasuk aku tak tahu nak pergi sana. Huhu.

Monday, November 25, 2013

Tips Presentation Power Point 3

Assalammualaikum...

Ini presentation slide kumpulan aku masa aku ambil etika dan nilai dalam pengajaran dulu. Aku rasa seronok dengan kelas ini sebab lain dari kimia. Dapat refreshkan otak selepas duduk dalam atmosfera yang penuh dengan formula-formula, kimia-kimia bagai. Haha.

Kat bawah ini slide yang aku buat dengan bantuan kawan aku wani. Aku google untuk dapatkan idea yang cun. Aku ni macam biasalah bila buat slide tak suka pakai template yang sedia ada. Aku suka create sendiri. Baru puas hati.
















Alhamdulillah, presentation kami antara dua kumpulan yang dapat markah tertinggi. Berbaloi rasa bila tengok markah. 

Sunday, November 24, 2013

Prof. Dr. Gwendoline: Behind every man there is a woman but...

Assalammualaikum...

1 November 2013 hari tu aku rasa honoured sangat bila dapat pergi ke Syarahan Inaugural Professor Dr. Gwendoline Ee Cheng Lian. Siapa tu? Beliau ialah supervisor aku masa aku buat Final Year Project dulu. Seorang yang sangat berdedikasi dan sangat sayangkan pelajar-pelajar dia. Aku pernah kelas dengan beliau untuk Kimia Organik 2 dengan Tajuk Khas Kimia Organik.  

Apa itu syarahan inaugural?

Syarahan inaugural ialah secara ringkasnya summary penyelidikan yang setiap professor kena buat sebelum mereka bersara. Mereka akan simpulkan dalam masa 1-2 jam lecture apa yang telah mereka buat sehinggalah mereka mencapai taraf professor. Tetamu kehormat yang terdiri daripada Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Dekan, Ketua-ketua jabatan akan hadir untuk mendengar syarahan ini. 

Team Natural Products 118 Laboratory. Gambar agak blur. Versi yang clear aku tak ambil lagi dari Prof. Ce teka mana satu aku? Hehe.

Apa itu Natural Product Chemistry?

Aku rasa interesting sangat bila dapat pergi ke inaugural lecture nie bila dapat menambahkan pengetahuan lagi pasal Natural Product Chemistry. Natural Products Chemistry ni salah satu bahagian di bawah kimia organik. Kalau nak senang faham lah kan. Macam bodyshop, evelyn & crabtree, burt's bees tu semua ialah natural products. Mereka hasilkan perfume, shampoos, shower gel daripada essential oil yang mereka dapatkan daripada bahan semulajadi. Sebab tu harganya mahal. Nak extract 1 mL oil pun perlukan dekat 1kg crude extracts.

Selain itu, Natural Products Chemistry juga membuat penyelidikan secara saintifik daripada petua nenek moyang kita. Sebagai contoh kita tahu tongkat Ali tu bagus untuk memberikan tenaga kepada lelaki manakalah kacip fatimah tu untuk wanita. Tapi tu kita dengar daripada nenek moyang kita. Kita tak ada bukti saintifik yang mengatakan benda ni betul. Di sinilah, natural product chemist akan membuat penyelidikan secara mendalam dan membuktikan apa yang dikatakan oleh nenek moyang kita itu betul atau salah. 

Bidang penyelidikan Prof aku lebih kepada mencari compounds yang ada bioactivity. Macam cari anti-cancer, anti-HIV, anti-inflammatory daripada pokok. 

Salah satu research yang dilakukan oleh student PhD beliau, abang Shaari berjaya mengeluarkan satu compound baru yang diberikan nama mangosharin yang dikeluarkan dari pokok Garcinia mangostana atau pokok manggis. Abang Shaari letak nama dia sendiri untuk compound baru yang dia jumpa tu. 

 Sebahagian daripada Team Nat Pro. Aku jadi tukang ambil gambar.



Nampak tak bidang kimia ni macam mana? Luas bidang kimia ni. Boleh masuk dalam bidang biologi untuk cari pokok, masuk bidang medic untuk cek sama ada benda yang kita jumpa tu anti-cancer ke anti-HIV ke. Semua ini melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak. Itulah cara bagi seorang penyelidik yang hebat. 

Ok, balik pada syarahan inaugural prof aku. Aku dengan dengan penuh khusyuk syarahan tu sebab minat yang sangat mendalam bidang ni. Masa aku apply untuk buat final year project under natural product aku tak tahu pun apa-apa. Setakat tahu yang benda ni bahan semula jadi tapi lepas aku start membaca, buat sendiri labwork aku betul-betul aku jatuh cinta dalam bidang ni. 

Prof. Dr Gwendoline merupakan professor yang ke 175 yang membuat syarahan inaugural di seluruh Universiti Putra Malaysia. Bagi adik-adik yang mempunyai minat untuk pergi jauh dalam bidang kimia atau bidang apa sahaja pergilah ke syarahan inaugural ni yang disampaikan oleh pensyarah anda dalam bidang yang anda minati. Dari sana anda akan tahu apa kekuatan bidang yang ingin anda ceburi di masa akan datang. Anda akan dapat idea ke mana bidang itu boleh membawa anda. Siapa tahu suatu hari nanti nama anda tersenarai sebagai salah seorang penyampai syarahan inaugural ini.      

Di akhir syarahan, kebiasaannya semua Professor akan mengucapkan terima kasih atau penghargaan kepada semua yang telah memberikan bantuan. Salah satu ayat Prof aku ialah " There is a quote saying, behind every man there is a woman but for me there is a man behind me which is my husband." (lebih kurang lah ayat tu.) Sweet sangat. Husband dan anak prof datang masa tu bagi support sepanjang syarahan tu. 

Oklah itu saja untuk kali ini. Hope it inspires you guys to be a future researcher. =)

p/s: i wish i could say the same thing. muahahaha.

Friday, November 22, 2013

Professor Robin Stokes orang biasa yang menjadi luar biasa.

Assalammualaikum semua..

Lama sekali tak post entry di hydrogenbond. Banyak yang dah berlaku dalam masa beberapa bulan kebelakangan ini. Ada jatuh ada naik. Insya Allah aku akan cuba untuk berkongsi pengalaman yang berguna bagi aku yang aku rasa ingin berkongsi dengan orang lain. Eh, jap. Kenapa aku rasa tulisan aku macam skema saja. Ok, mungkin penangan usia yang makin tua matang kot. Haha.

Profesor Robin Stokes. Siapa? Mungkin kita tak kenal beliau seperti Dr. Sheikh Muszaphar atau Albert Einstein. Tapi beliau merupakan orang yang biasa menjadi luar biasa. Pensyarah elektrokimia aku, Prof Madya Dr Tan Wee Tee bagi inspirasi masa bagi kuliah dalam kelas. Tiba-tiba jadi semangat gila lepas dengar. 

Profesor Robin Stokes ini pelajar biasa sama macam kita. Pergi kelas balik kelas macam kita juga. Duduk untuk peperiksaan. Selepas keluar dari Auckland University College dengan degree dan master beliau bekerja sebagai Pembantu Chemist di salah satu kilang batu arang yang menjadi sumber tenaga pada masa itu.. Lepas tu,  siap pernah kerja lagi sebagai chemist dan menjadi Ketua Chemist dekat Colonial Ammunition Company di New Zealand. Masa beliau kerja ni la beliau mula belajar pasal mesin, pasal instrumen-instrumen. 

Lepas Perang Dunia beliau sambung balik pelajaran beliau di University of Cambridge dan mendapatkan PhD pada tahun 1950. Hasil kajian beliau pada hari ini telah diterima sebagai satu teori. Dan menjadi rujukan kepada penyelidikan-penyelidikan yang dilakukan di serata dunia. Menurut pensyarah aku, beliau pernah datang Universiti Malaya masa beliau ialah degree student untuk bagi lecture. DR aku tu umur dah dekat 50-60 kot. Bayangkan kalau masa dia belajar degree Prof Robin Stokes datang umur Prof tu berapa dah sekarang. Huhu. 

Dekat bawah ini ada nasihat yang Prof Stokes bagi kepada saintis-saintis muda:

Do you have anything to say finally as words of advice for budding scientists?

Experiences I have had during my life have made me think that one of the best pieces of advice you could give to anybody in this field is: if you think you’ve got some strange results, don’t start theorising as to why this could happen; first, go over every detail of your calculations with great care and make sure that you really have got this effect before you say anything about it. Check your results very carefully before you commit yourself to saying anything in public. A lot of people could have benefited by this advice.



Prof Robin Stokes
Sumber google image.

Nak tahu dengan lebih lanjut pasal Prof. Dr. Robin Stokes boleh tengok kat sini dan sini


Lecturer aku cakap kalau Prof Dr. Robin dari kalangan orang yang biasa pun boleh menjadi seorang yang luar biasa. Tak mustahil satu hari nanti nama kita akan disebut-sebut oleh penyelidik-penyelidik di masa akan datang.

Beranilah untuk berangan kerana ia menjadi kunci kepada sebuah impian, pembawa ke arah realiti.