Pages

Sunday, December 8, 2013

Big Bad Wolf 2013: Mission accomplished


Assalammualaikum..

Buku-buku yang sempat di angkut masa big bad wolf semalam. Aku nak mencari buku Nora Roberts tapi tak jumpa. Aku rasa ada je tapi mungkin aku tak pusing habis. Hari Sabtu ramai orang, agak sesak nak pilih-pilih. Poket pula dah nak nipis sekarang ini. Jadi, kawal habis aku punya nafsu. Huhu. Yang ni pun aku dah letak-letak. Sekali ada orang tu buat suprise. Pergi ambil balik senyap-senyap dan bayar. I'm touched.

Kali ni aku rasa lagi banyak koleksi buku yang mereka jual. Ada buku bahasa melayu pun macam motivasi, novel melayu dan buku-buku agama. Novel-novel inggeris pun lagi banyak choice dari tahun lepas. Bila masuk tempat-tempat yang banyak buku ni ada satu perasaan yang sangat gembira. Kalau bagi aku duduk sana satu hari suntuk pun aku sanggup. Mungkin penangan abah aku. Dari aku kecil abah aku dah bawa aku pergi kedai buku. 

Dari kecil abah aku akan bawa pergi kedai buku kat Bangsar. Pustaka Bangsar tak silap nama kedai tu. Dari aku kecil sampailah dah besar panjang kedai tu banyak simpan memori untuk aku. Masa mak aku pergi beli barang dekat TMC (sekarang jadi giant) aku dengan abah aku akan tunggu dekat kedai buku tu. 

Aku akam ambil satu-satu buku dan baca. Bila nak balik abah akan tanya nak ambil buku yang mana. Aku pun laju-laju akan pilih buku. Biasa aku ambil majalah kuntum dulu. Lepas tu layan komik kawan. Lepas tu beli asuh. Masa masuk form 4 beli majalah fokus SPM. Hari tu aku tengok ada lagi majalah tu. Teringat zaman-zaman dulu. Memories.

Tapi zaman sekarang aku tengok budak-budak lagi preger main gajet-gajet. AKu rasa masa aku darjah tiga empat aku dah start khatam buku enid blyton, nancy drew. Tapi budak-budak kecil sekarang lagi prefer komik-komik yang pendek-pendek. Jadi, bila aku nak ajar sepupu-sepupu aku buat karangan jadi karangan bahasa tak formal. Hhhmm..diorang pun tak minat sangat nak membaca lagi minat nak main game dengan apps yang banyak-banyak dalam smart phone. Sedih rasa. 

No comments:

Post a Comment