Pages

Monday, December 23, 2013

Hiasan katil & tempat letak keychain

Assalammualaikum semua.

Dah lama juga tak post gambar berkaitan organizing ni. Kali ini nak share hiasan yang aku letak atas katil bilik aku. Dinding bilik aku warna purple atau ungu. Cadar-cadar aku biasa aku pilih warna pink. Konon-konon purple-pink la. Very the gegurl. Aku tak tahulah hiasan aku ni ikut tema apa-apa. Macam kanak-kanak pun ada juga.

Tapi aku gembira je bila masuk bilik aku. Muahaha.




Tadaaa. bajet suprise..haha. Dua rak buku ala-ala side table. Sebuah katil plus hiasan-hiasan kanak-kanak ribena aku. Aku tangkap gambar pakai henpon aku yang cikai je so tak adalah clear sangat gambo.


Lampu yang kat katil tu aku beli masa pergi konvensyen bidadari. Ada booth tu jual lampu ni. Aku memang pantang tengok lampu-lampu comel ni. Wajib beli. Haha. Harga RM 50. Abaikan buku-buku yang berselerak kat rak tu. Tak menyempat nak susun lagi. Tunggu last paper. Baru nak susun-susun balik.


Ni hiasan dekat dinding tu. Ada yang aku beli kat daiso. harga RM5. Yang nampak besar-besar warna hijau purple tu aku beli kat kedai buku chapter one harga RM 6. Yang wall sticker bunga tu aku beli kat Pesta konvo UPM harga RM 2.50. Rama-rama tu sepupu aku cilok dari pelamin kawin sedara dia.. Huhu. Yang bintang-bintang tu atau kata lain shuriken tu sepupu aku buatkan pakai kertas warna.


Semua tu aku letak guna tack-it ni. Nak guna double tape takut rosakkan dinding kalau nak buang hiasan tu nanti. 


Ni sebelah katil aku. Ruang aku letak hadiah-hadiah aku yang comel. Keychain-keychain yang kawan-kawan aku bagi aku letak kat sini. Tempat letak cawan mak aku sebenarnya. Aku angkut masuk bilik. 


Oh ya lupa nak cakap. Lampu comel kat katil tu aku lekat guna benda kat bawah ni. Aku tak tahu nama dia apa. Katil aku tak boleh nak tahan lampu tu jadi aku tak tahu nak buat macam mana. Sekali masa pergi kedai nampak benda ni terus terfikir nak letak kat katil. 


Ok semua bye bye.



No comments:

Post a Comment