Pages

Saturday, December 14, 2013

Patrick McGrath: Trauma

Assalammualaikum....

Done reading the first book yang diangkut dari big bad wolf 2013. Agak slow gila aku sekarang ni nak baca novel-novel sebab tengah komited dengan benda-benda lain. Still a full time student, part time driver dan lain-lain. Jadi, masa jadi limited. 

Lama dah tak review novel kat hydrogenbond. Rasanya big bad wolf yang lepas aku tak review pun mana-mana buku. AArrrghhh.. rasa loser sangat. Busy dengan macam-macam masa tu dengan final year project lagi. 

So here we go. Trauma. Novel ni ada orang pilihkan untuk aku. Agaknya dia pun dah penat tengok aku tawaf-tawaf tapi tak ambil-ambil lagi buku yang minat. Sekali masa balik, ambik kau. Lebih dari bajet. Haha. 



Aku sekarang ni memang dah sangat kureng nak baca novel-novel cinta. Aku pun tak tahu kenapa. Nak kata faktor umur rasanya tak adalah tua sangat. Haha. Tapi memang beza la citarasa aku nak pilih novel dulu dengan sekarang. Dulu aku suka baca novel cintan-cintun sekarang aku suka baca novel-novel yang macam misteri, bunuh-bunuh, science. Genre-genre yang dulu aku kategorikan sebagai 'only boring or nerd people reads'. 

Kan dah kena batang hidung sendiri. Ok, back to this story. Kisah seorang ahli psikologi atau psychologist. Kisah yang dia lalui dalam merawat pesakit-pesakit dia. Dia sendiri ada masalah peribadi dengan keluarga dia sendiri yang leads kepada perpisahan dia dengan isteri dia. Trauma yang melanda dia sejak kecil mencorakkan dia apabila dia sudah dewasa. Kebetulan dia merawat pesakit-pesakit yang mengalami masalah seperti dia sehingga terbawa-bawa kepada mimpi-mimpi buruk. 

Kebanyakan pesakit dia akhirnya membunuh diri kerana tidak mampu untuk menanggung trauma yang mereka hadapi. Sebuah cerita yang aku rasa menambah pengetahuan aku mengenai psikologi tapi sad ending.   

Bila aku fikir sejenak, aku terbayangkan benda ni. Apabila kita percaya bahawa ada kuasa yang lebih besar dari Alam ini iaitu Allah s.w.t dan terima segala qada' dan qadar yang ditetapkan oleh-Nya pasti kita akan peroleh ketenangan. Sehebat mana seorang manusia akhirnya kepada Allah juga dia harus mengabdikan diri kerana disitulah adanya ketenangan dan kebahagiaan. 

Adakalanya, kisah cerita dari barat boleh kita gunakan untuk mendapatkan pengajaran.

No comments:

Post a Comment