Pages

Wednesday, January 1, 2014

Persediaan ke Interview

Assalammualaikum...

Masa menunjukkan 5.45 pm. Ada lebih kurang 16 jam lagi nak ke interview. Perasaan semalam macam biasa-biasa saja tapi lepas print resume semua terus rasa macam berdegup-degup. Perut pun macam tak supportive langsung. Asyik nak memulas je.

Moga Allah permudahkan urusan pada esok hari.


  • Resume checked
  • Outfit checked
  • Certificates checked
  • Address tempat checked
  • Pen and note book checked
So far, ini je yang sempat aku fikirkan. Harap tak ada apa-apa yang tertinggal. Interview first yang dipanggil selepas degree. Huhu. Cuak juga. Dapat tak dapat belakang kira. 

Apa yang penting? 

kerjasama tunjukkan kesungguhan dan konfiden itu penting. Senyum jangan lupa walaupun tak dapat jawab.



Fail aku dari aku sekolah rendah. Lama tak? Nostalgia sungguh. Aku rearrange balik ikut yang terkini punya sijil ke yang paling lama.


Resume aku print 3 copy. Just in case ada ramai panelis. Biar lebih jangan tak cukup.


Dalam file aku, aku buat partition. Untuk result, sijil zaman upm dengan sijil zaman sekolah. Bagi nampak kemas sikit. Dan nampak turutan.


Nak selamat pilih hitam. Sebenarnya ada dua je kemeja. Haha. Dua-dua kaler hitam. 

Oklah, itu saja untuk kali ini. Doakan aku dapat buat yang terbaik ye. Fighting!! (tetiba)


2 comments:

  1. Interview kt tmpt mne?

    ReplyDelete
  2. Salam akak, akak dah tahun berapa ye study kimia ni? Ada hasrt nak sambung master?

    ReplyDelete