Pages

Monday, February 17, 2014

Episod 1: Perjalanan Hidup Seorang Yang Mempunyai Cita-cita Edisi Surface

Assalammualaikum...





Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Tarikh pada hari ini ialah 17 Februari 2014 bermulanya semester baru bagi sesi 2013/2014 semester 2. Aku melihat semua status update dari junior-junior aku  yang begitu bersemangat untuk memulakan semester yang baru. Macam biasalah kan semester baru pasti ada azam baru.

Dan hari ini terbayang satu demi satu kenangan yang berlaku sepanjang SEMBILAN semester aku berada di Fakulti Sains, UPM. Jika dilihat pada post pertama aku pada hydrogenbond di sini. Telah aku tuliskan di bahagian Universiti Putra Malaysia bahawa ini adalah


Tempat yang bakal mencipta sejarah kegemilangan diriku..Yeah...Akan ku realisasikannya...

Semasa aku menulisnya langsung tidak aku bayangkan maksud di sebalik 'kegemilangan' aku. Bagi aku kegemilangan bermaksud kejayaan akademik semata-mata.  Namun, tidak aku sangka bahawa Allah telah berikan lebih dari itu bagi diri ini.

SubhanAllah.

Di UPM inilah tempat aku mengenali erti persahabatan, erti kehidupan, erti duniawi, erti bersyukur dan pelbagai lagi yang aku akan ceritakan di bawah-bawah yang akan datang.

Bermula di Tahun Pertama di UPM, aku ditempatkan di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah atau lebih dikenali sebagai KOSASS. Bagi setiap orang semestinya tempat pertama akan dikenang sepanjang hayat mereka. Bagi aku adaklanya ingin aku kenang sepanjang hidup tetapi ada kenangan yang membuatkan aku untuk melupakan perkara itu.

Aku berubah sebanyak 4 tempat perginapan sepanjang aku berada di UPM. Bermula dari KOSASS, Kolej keenam, flat ikan dan akhirnya berulang dari rumah.

Aku tidak mahu membuka aib sesiapa maka aku hanya tinggalkan kisah aku keluar KOSASS itu sebagai satu kenangan pahit yang ingin aku lupakan. Biar Allah sahaja yang membalas 'jasa' kalian.

Di KOSASS inilah aku mula mengenali bidang DEBAT. Aku mula aktif dalam Pertandingan debat interkolej bermula dari PENDEKAR dan seterusnya Liga Debat Putra. Bermula dari tahun pertama sehingga ke tahun kedua aku mewakili KOSASS bersama-sama dengan rakan-rakan aku yang lain. Alhamdulillah kami dapat menuju hingga ke semi final ketika di LDP.

Itulah kenangan manis pertama aku di UPM.



Bagi yang perasan, CYA di dalan gambar ialah bekas juara PABM-Pidato Antarabangsa BAhasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012. 

Selepas LDP kami mula berpecah membawa haluan masing-masing manakala Fathiah memilih untuk aktif di bidang ini. Alhamdulillah akhirnya cita-citanya tercapai. 

Bukan senang aku akui untuk menstabilkan akademik dan aktiviti debat ini. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi waktu rehat, waktu tidur yang kadang-kadang hanya sempat beberapa jam. Ia memerlukan mental yang kuat untuk melaluinya. 

Aku berusaha bersungguh-sungguh agar orang tidak mengatakan bahawa kerana debat aku tinggalkan akademik. Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk menstabilkan kedua-duanya. 

Selepas meninggalkan KOSASS pada tahun kedua di UPM aku menginap di Kolej keenam. Tempat baru, keadaan baru aku mula menetapkan azam yang baru. Aku mula bergiat aktif di Fakulti Sains. Bergandingan bersama sahabata-sahabat yang lain kami berusaha sehingga akhirnya diteruskan oleh junior-junior kami. 
Faculty of Science of Student's Association (FASSA) dengan rasminya mula beroperasi. 

Aku diberikan tanggungjawab yang begitu besar apabila diberi amanah sebagai Setiausaha FaSSA. It's not easy. Mungkin gah apabila didengar tetapi amanah yang diberikan cukup besar.




 Kami merupakan batch pertama FaSSA. Ikrar telah dilafazkan maka bermulalah fasa baru dalam hidup kami sebagai pelajar dan sebagai pemimpin Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains.

Ketika inilah aku mula mengenali bagaimana untuk berurusan dengan pihak-pihak atasan. Bukan senang untuk menyakinkan mereka untuk mengeluarkan dana apabila membuat program, bukan mudah untuk mendapatkan teamwork, menjadi leader bukan semata-mata memberi arahan tetapi segala yang dilakukan oleh anak buah perlu dijawab oleh leader. Begitu besar peranan seorang leader. 

Ketika ini juga persahabatan akan menjadi retak apabila tersalah rentak. Akademik akan menjadi kucar-kacir apabila masa melampui batasan kita. InsyaAllah semua itu akan aku ceritakan di episod 2. 

Ketika aku giat aktif di dalam Persatuan pelbagai program yang sempat aku sertai. Bertemu dengan ramai sahabat dari luar negara, bertemu dengan VIP's dan sebagainya. 

Each of then have their uniqueness that gave me a meaning of life. It's like a scattered puzzle that I joined together to make my life fun. Life is full of suprises. I have to agree with it. 

FASILITATOR KEM GERAK ILMU KIMIA
Aktiviti wajib yang diadakan oleh Fakulti Sains untuk semua jabatan untuk mengalu-alukan pelajar-pelajar baharu.






PROGRAM MOBILITI KIMIA UPM-UNY 2011
UNY= Universitas Negeri Yogyakarta

1.MALAM DIALOG MAHASISWA
2. KL DAYS 








DINNER TALK RAISING THE BAR WITH DR NUNGSARI




Bengkel Pengucapan Awam 
Selaku Setiausaha Program






MALAM DIALOG MAHASISWA UPM-UNY 2012
Diberikan amanat sebagai pengarah program.




Di setiap program tersebut terselit pelbagai pengalaman yang aku rasa aku akan sambung di episod 2. Insyaallah. Ia kenangan yang indah yang aku terima selama 4 tahun pengajian di UPM. 







2 comments:

  1. Tidak ada yang kebetulan di dunia ini, semua sudah di atur oleh Allah. Pertemuan kita dengan kawan2 pun pasti sudah diatur oleh-Nya. Pasti ada hikmah disetiap pertemuan dengan sesiapa saja :) .

    ReplyDelete