Pages

Monday, February 17, 2014

Update diri dan Seminar Pengurusan Cinta

Assalammualaikum!!!

Letak tanda seru tanda aku tengah excited. Excited sebab..sebab. Banyak reason. Mungkin aku akan update satu persatu tapi masih perlukan kekuatan nak update. Lama kan tak update pasal diri sendiri. Pasal konvo, pasal study, pasal kerja.

Aku tengah fikir dan cari kekuatan untuk tulis supaya pengalaman aku boleh dijadikan pedoman atau sekadar pengajaran untuk sesiapa yang baca cerita ini. Insya Allah jika diizinkan aku akan post pasal pengajian aku as in kisah hidup yang berlaku sehinggalah aku dapat status bergraduat.

Rupanya bukan senang untuk mengenggam segulung ijazah. Banyak sangat air mata yang mengalir, banyak dugaan yang mendatang masa nak lalui satu demi satu semester sehingga ke semester sembilan. Aik, sembilan? Yup, sembilan. Tapi sekarang mampu tersenyum dan rasa begitu manisnya senyuman bila tengok status bergraduat dekat sistem.

Nanti aku cerita mengenai itu. Aku rasa pasti ada episod-episod post yang aku kena taip. InsyaAllah moga dipermudahkan.

Sebagai intro kepada update life aku, aku sertakan program yang aku join semalam. Seminar Pengurusan Cinta anjuran Langit Illahi Consultancy.


Aku mula-mula tak tahu pasal program ni. Sekali sahabat aku, Hamizah ajak aku. Aku tengok harga memang berpatutan. Tak fikir panjang aku terus ON je nak join. Tempat pun senang untuk pergi. Dekat UIA, Gombak. 

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Aku syukur sebab diberi peluang oleh Allah untuk turut serta dalam program ni. Banyak yang aku dapat. Program start sharp 9.00 am. Aiman Azlan jadi emcee sepanjang program. Aku jarang tengok vlog aiman azlan tapi he seems to be easy with the audience dengan keletah dia.

Dapat fail, majalah jom! and pamphlet


9.05 am: Program dimulakan dengan bacaan Surah Al-Mukminun Ayat 1-11.
9.15 am: Slot Hilal Asyraf.

1. Cinta, Kahwin, Rumahtangga.


Cinta merupakan yang paling asas dalam kehidupan manusia dan cinta juga adalah punca segala gejala sosial.

Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Raudhatus Sakinah, purata sebanyak 17.1 minit anak luar nikah sedang dilahirkan. MasyaAllah. Dan purata itu adalah untuk yang berdaftar yang tidak berdaftar wallahuallam.

Jadi, melihatkan fenomena yang berlaku pada hari ini, Langit Illahi Consultancy menganjurkan aktiviti sebegini untuk mengajak manusia untuk kembali ke jalan yang sebenar untuk melihat kembali apa erti sebenar cinta.

DEFINISI SEBENAR CINTA ADALAH MEMBAWA PASANGAN KITA KE SYURGA.

2. Bro Syarief: 4W 1H


Masa mula-mula aku baca aku dah fikir ini mesti 4 wife 1 husband. Haha. Sekali

 WHAT        - Apa itu perkahwinan?
 WHY          - Kenapa perlu kahwin?
 WHO          - Siapakah kita kepada calon kita?
                    - Siapakah calon kita?
 WHEN       - Bila nak kahwin?
 HOW         - Macam mana nak kahwin?

Satu persatu diulas mengenai perkahiwnan.

Apa yang aku tertarik dengan keyword Bro Syarief ni ialah PERKAHWINAN IALAH TANGGUNGJAWAB BUKAN ALICE IN WONDERLAND

Beliau menyampaikan satu persatu mengenai perkahwinan. Banyak input yang aku dapat dari slot ini. Salah satu yang aku rasa nak kongsi di sini ialah perkahwinan bukan bermaksud 'awak' 'saya' atau 'ana' 'anti' atau 'I' 'U' tetapi 'Kami' dan 'Kalian'.

3. UStaz Nor Muhammad:  Baitul Muslim Asas Pembinaan Ummah


Rasanya seluruh audiens bila dengar tajuk baitul muslim pasti ingat Ustaz nak cerita mengenai perkahwinan dan keluarga tetapi apa yang ditekankan ialah mengenai pembinaan ummah.

Untuk mendapat suatu kekuatan atau ummah kita perlu bermula dari bawah. Oleh itu, keperibadian seseorang itu perlu untuk mencapai ke arah baitul muslim.

4. Forum Cinta High Class: Ustazah Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi.


Pasangan suami isteri yang cukup aku kagumi. Bersama-sama memilih bidang yang sama untuk berdakwah. Ini kali kedua aku berkesempatan untuk mendengar kata-kata Ustazah Fatimah Syarha tapi sedih sikit beliau tiada suara namin dikuatkan juga semangat untuk menjawab ketika sesi soal jawab.


"Bila cintamu kenal Ilahi, jadilah cintamu berstatus tinggi."

Juga sempat diceritakan mengenai bagaimana kerajaan moghul yang menakluk negara dengan peperangan akhirnya menerima Islam kerana konsep kasih sayang yang ada pada Islam.


5. Ustaz Pahrol: Cinta dalam lipatan sirah


Ustaz Pahrol seorang yang sangat humble dan seperti ayah macam biasa memberikan sesuatu yang bermakna.

Menurut Ustaz Pahrol, cinta kepada orang lain atau benda lain adalah jambatan atau alat kepada cinta Allah dan Rasul.

Setiap yang kita lakukan pastikan kita kembali berfikir adakah cinta ini membawa kepada cinta Allah dan rasul.

PERKAHWINAN BUKAN CINTA TETAPI TANGGUNGJAWAB. PEKAHWINAN BOLEH MENJADI PUSARA JIKA KITA HANYA ADA CINTA TETAPI TIADA TANGGUNGJAWAB.

BEING A RIGHT PERSON IS MORE IMPORTANT THAN CHOOSING A RIGHT PERSON.

BAik adalah satu proses yang berterusan. Tiada indikator yang boleh menunjukkan yang kita sudah baik. Maka, apabila kita menilai pasangan kita lihatlah pada usaha mereka bukan pengakhirannya.


Itulah serba sedikit mengenai Seminar Pengurusan Cinta. Moga aku dapat praktikkan. InsyaAllah.

Last sekali ada persembahan khas  dari Bro Ameen Misran.

Beliau sampaikan poem "Are We In Love." Nice. Speechless bila dengar ayat-ayat tu.



p/s: Sempat aku angkut tiga buku dari sana. InsyaAllah ada masa aku share buku-buku ini. Rasanya buku-buku ini ramai yang dah tahu tapi nak juga share sebagai pendapat dari aku. Lagi satu buku Mizah pinjam..=)






1 comment:

  1. Teringat akan buku yang dikirim Azee kpd sy. Disana ada pasal "erti hidup pada memberi" :)

    ReplyDelete